Last week, khamis 5 Jun 2014 mama seperti biasa check kan tahap gula kencing manis abah. Sayalah dokte..sayalah misi :) . Sejak abah disahkan menghidap kencing manis, reading check up buah pinggangnya pun tak berapa nak cun & kolesterolnya menjangkau 7.. kami sangat risau.
Saya tak benarkan abah makan pil kencing manis or apa2 pil langsung kerana tak mahu membebankan buah pinggangnya. Usianya dah banyak.. kami cuba berikannya benda lain untuk membantunya. Yang pastinya, pemakanan sunnah pilihan terbaik kami untuk abah..
Kalau lupa boleh baca post
Reading pada 5 Jun 2014 menunjukkan bacaan 8.4mmo/l .. wuhuu.. abah nampak sangat gembira. Mama apatah lagi la kan. Sungguh bersyukur.. macam-macam dah kami lakukan untuk menurunkan tahap gula sampai ke bacaan yang ini.. pencapaian terbaik abah adalah 10.0mmo/l tapi mama lupa bila. Buku catatan kat rumah mak. Mama memang catat setiap kali ujian untuk rekod. Senang-senang nanti mama snap kan & share kat sini ye..
Apa yang abah amalkan kali ini?
1. Beras Faiza Herba Ponni Tajmahal
Abah dah tak pernah lagi makan nasi biasa. Hanya nasi dari beras ini sahaja. Biar berapa kali sehari pun abah makan, jika dengan beras ini.. kami tak perlu risau.
2. Minyak Habbatussauda
Minyak ini asli dibeli dari tanah arab oleh besan abah yang memang mempunyai kedai yang menjual barang-barang asli dari tanah arab. Harganya bukan murah tapi kesihatan abah lagi mahal harganya buat kami. Adik ipar mama yang supply minyak ini buat abah. Tiap kali hampir habis, inform dia dan di rombongan umrah seterusnya dia akan belikan lagi.. tq efa & adik :)
Abah minum satu sudu teh, sekali sehari. Orang sihat pun boleh amalkan, tapi hanya setitik sahaja sehari bergantung kepada kesannya kepada badan anda. Minyak HS ini bersifat panas, bagi yang tak tahan boleh adjust pengambilan. Mama & sweetheart mama pun ambil tapi hanya setitik dan ambil dalam 2 kali seminggu sahaja.
So far, ini serasi buat abah. Lama dah kami consume minyak HS ni sejak dari sebelum abah kencing manis lagi.
3. Pucuk Betik
Yang ini baru je amalkan dalam 2 minggu sebelum 5 Jun. Jadi mak & abah dah tanam banyak pokok betik sekeliling rumah. Abah akan makan sehelai sehari pucuk betik tu. Ikutkan dia mampu telan sehelai setiap kali makan nasi tp nanti supply pucuk betik tak cukup. Hihi.. so kami kata sehelai sehari. Jadi boleh pusing setiap pokok betik cukup untuk seminggu lebih jika sehari 1 pucuk dari 1 pokok :)
Apa khasiat Cuka Kurma ni secara overallnya?
Dan cara pengambilannya,
So, kepada yang berhajat nak dapatkan cuka kurma ini boleh cari mama :) tapi untuk diposkan mungkin tidak lagi sebab botolnya kaca. Takut pecah diperjalanan. By hand almost welcome dan harganya sangat berpatutan. Tak padan dengan khasiatnya yang banyak :)
5. Kurangkan Makanan Lain
Yang part ini mama rasa kene try & error. Kalau abah, memang tak boleh makan makanan lain kerap. Makanan seperti biskut, oat, roti memang kene di HADkan pengambilannya.
Sukar sangat nak buat kerana abah pemakan. Dia suka makan. Dia selalu lapar. Jadi mama memang suruh abah try, hanya makan nasi beras tajmahal sahaja. Makanlah berapa kali sehari pun kerana hanya nasi yang boleh buat dia kenyang lama. Makanan lain kenyang sekejap sahaja.
Frankly speaking memang sedih buat mcm tu. but i have to. Kadar gula yang sangat tinggi akan memberi kesan sangat tak elok pada abah. Dan kami kene bantu abah kawalnya..
6. Kurangkan Minuman Bergula, Elak Carbonated Drinks
Ha.. yang ini pun kami try & error walau dah tau. Abah takde masalah untuk tak minum manis pun. Itu menyenangkan lagi lah kan. Air bergas dalam tin kami memang banned abah minum. Pernah minum, perghh jauh tinggi naik gulanya.. bahaya!
Abah banyak minum air masak. Dan kalau buat air manis pun kami hanya guna 2 sudu gula sahaja untuk satu koleh besar. Dengan kami2 sekali ikut pantang gula hihi.. takpe..untuk kesihatan kan
7. Keep Exercise
Abah memang tak reti duduk diam. Ada sahaja yang dia nak buat. Itu bagus dan kami takde masalah nak suruh dia exercise pun. Time rajin abah & mak akan jalan kaki diperumahan waktu petang. Kalau tidak pun, sejak pagi dia sudah akan keliling rumah buat keje dilaman. Ada saja yang nak dibuatnya.
8. Elak Makan Selepas 8 Malam
Ini kami sendiri pun cuba buat. Tapi abah memang akan makan sebelum maghrib. Jika lapar waktu malam barulah dia akan ambil biskut atau roti. Itu pun jarang sangat. Normal lah kan..ada masa kita memang lapar. Tapi sebab rutin abah memang akan makan nasi jam 6 petang mcm tu. Jadi kurang lapar waktu malam. lagipun abah memang tidur awal..
This is all apa yang kami bantu abah buat. Memang sejak abah disahkan kencing manis, kami banyak membaca tentang penyakit-penyakit yang bersangkutan dengannya. Disamping bantu abah, kami cuba buat juga. Sebab mencegah itu lebih baik dari merawat. Bukannya orang tua je akan kene kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi bagai.. yang muda2..yang kurus2 pun boleh kene. Jadi meh sama-sama amalkan gaya hidup sihat
We love u abah..
Gambar terbaru abah. Jauh sangat kurusnya sejak kene kencing manis. Tapi takpe yang penting terkawal. But you know la kan.. hati anak.. simpan sebak dalam dada kerana fizikalnya tak lagi seperti dulu. We will do the best for you abah
Syukur Allah masih memelihara kesihatan abah. Kita hanya berusaha & berdoa. Allah jua penentu segalanya. Setiap penyakit itu ada penawarnya. Yang penting kita tak jemu mencari & mencuba..
Kami akan bersama2 dengan abah.. kita sama-sama kawal ye..
Insya Allah..
1 comment:
Sian abah.. Biasalh.. Kalau kencing manis kena kawal gula mmg cpt kurus kan
Post a Comment