"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, May 14, 2015

Cerita Tentang Ikan..

Kekasih hati pegi memancing last 2 weeks kot.. lupalah plak. Dan dia balik sangat lambat. Jadinya waktu dia balik, mama tak tengok amenda dia bawa.. pandai-pandai dia la nak uruskan huhuhu...

Esoknya bukak peti ais bahagian atas..
Nah! amik ko.. melintang ikan seekor..beso giler..Gambo maleh nak snap.. 

Hari ini barulah ada mood nak tengok ikan yang dia dapat tu. Amik yang kecik2 je dulu. Ahli tak ramai. Masak bebanyak sape plak nak makan kan..

Pilih 2 ekor yang sedang2 sahaja..goreng!

Memang tak sun siang ikan tau.. tak luka jari tak sah. Ada saja la..tercucuk duri la.. kang tak tercucuk duri..kene pisau la plak.. tak kene pisau.. luka kene alat pembuang sisik ikan la plak.. haru tul.. calar balar tangan mengurus ikan 2 eko nih..huh..



Pastu..bila masukkan dalam fb.. hahaha.. banyak versi nama ikan ni rupanya..




Ikan kapas, ikan daun baru, ikan kitang.. ikan bawal darat.. macam2 nama. Tapi ikan ni memang cantik.. sedang elok je kalau letak dalam piring lauk tau.. hihi..

Ha, menu apa boleh buat dengan ikan ni?
Singgang boleh, lemak cili padi boleh, goreng garing buat sambal cili padi garing pun boleh, sup ikan boleh.. asam pedas pun boleh..
Suka hatilah nak buat yang mana. Boleh belaka lah ikan ni..jangan risau. Isi dia memang tak tebal tapi insyaAllah sedap.. :)

Mama buat masak ni..

Goreng ala-ala garing & buat sambal cili padi pun ala-ala garing.. boh kat atas dia. Senang je..

Pasal apa pilih menu yang ni? 
Sebab menu ni sweetheart paling suka. Dia memang minat sambal cili padi. Dan ini salah satu cara nak pancing dia makan ikan. Kalau tak..agak payah juga nak suruh makan. Banyak alasan dia.. tulang la.. apa la..

Dengan menu ni tadi.. bertambah-tambah dia makan.. mengulang mintak ikan dengan sambal..
So..pilihan tepat..

Mama memang fail sket nama-nama ikan ni..lagi2 yang tak selalu nampak..tapi takpelah.. kekasih hati kan ada..pemancing mesti la tahu nama-nama ikan kan..hihihihi.. wife dia tak tau nama ikan takpe.. 

Ok lah tu.. ni menu arini.. sayur takde.. esok la plak makan sayur..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...