Selamat Hari Raya Aidilfitri To All Muslim.................HAYE A NICE CELEBRATION!!!
"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."


Pagi Sabtu 20/09/2008, ada perempuan call dari Synovate untuk buat soal selidik tentang susu baby. Mama layankan je. Dia tanya tentang susu qistina, jenama-jenama susu yang mama tahu, iklan-iklan susu, mana dapat information tentang susu..macam-macam lah. Sebelum dia letak telefon dia minta nak jumpa untuk bagi hadiah soal selidik tu. Sebab masa tu mama kat JB jadi suruh dia datang rumah JB je.
Dalam tengahari, ada kereta getz berhenti depan pagar rumah, keluar sorang perempuan. Mama pun keluar. Betul la dia yang call pagi tadi tu. Dayang nama dia. Dia tunjuk kat mama dia ada list penuh calon-calon soal selidik. Mama tengok list tu ada semua info tentang mama dan tina..mcm alamat, no.telefon, nama anak, umur anak, tarikh lahir anak. Dan dia beritahu mama, untuk area kota tinggi ada 4 orang calon yang dia akan pergi jumpa.
Selepas 1/2 jam, dia siapkan kertas soal selidik dia ajak mama pergi kat kereta untuk ambil cenderahati. Masa tu mama cuak jugak tapi buat biasa je sebab ada ramai orang kat rumah. Hadiah yang dia bagi ialah sehelai tuala mandi warna peach. Terima kasih Synovate..
Balik je dari kerja 17/09/2008, tengok atas meja ada sampul surat besar putih dari drypers..dah dapat agak apa isinya sebab ramai mommies kat MP forum dah terima milestone mereka. Yang ini mesti milestone Qistina.
Tina mula berdiri sendiri pada 13/7/2008, masa tu malam. Dia berdiri depan mama, nenek & atuk. Mama terus tulis kat calender tarikh bermakna tu. Sejak tu, dia suka berdiri tapi dia masih belum lagi memulakan langkahnya yang pertama. Mama & abah tertunggu-tunggu masa tu.. tak sabar nak tengok Tina berjalan.Ini adalah perkembangan terbaru Tina. Biasanya mama & abah akan pegang tangan Tina sambil nyanyikan lagu 'Tepuk Amai-Amai' . 2 ke 3 bulan jugak dah kami buat tapi Tina masih belum boleh tepuk tangan sendiri.
Hari selasa 16/09/2008, nenek cerita..bangun pagi je Tina terus tepuk-tepuk tangan sambil mulutnya terkumat-kamit. Nyanyi lagu sendiri la tu ..
Video ni mama ambil masa tengah berbuka puasa. Sejak pagi yang dia pandai tepuk tangan tu..Tina akan selalu tepuk tangan.. Jia Yu Tina..

Kebelakangan nie, Tina dah pandai nak panjat keluar dari walker. Mulanya mama tak percaya tapi bila tengok sendiri macam mana dia nak panjat keluar .. eiii hai ..boleh sakit jantung. Tengok lah aksi dia tu. Bahaya tinggalkan dia dalam walker sekarang ...



