"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, October 11, 2008

Makan Luar - 15/10/2008


Mama & pak su (satu-satunya adik mama) rancang nak makan diluar sekiranya dia dapat balik beraya tahun ni. Jadi pada malam 15/10, kami menempah makanan di Restoran Seafood Hassan Mohd Ong. Kami turut mengajak mak busu (adik bongsu my mum) untuk makan bersama kami. Menu malam itu ialah nasi putih, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim thailand, kailan ikan masin, udang goreng tepung, sotong goreng kunyit, sup sayur dan kerang masak daun kari.


Penuh semeja dengan makanan. Semua orang sibuk nak makan dan melayan baby-baby sekelian sampai lupa nak ambil gambar. Adalah sekeping dua gambar qistina yang mama sempat snap.


Lepas mama suap Tina makan nasi dengan ikan, mama letak nasi dalam pinggan kosong untuk Tina makan sendiri. Pandai jugak dia ambil seketul nasi dengan tangan dan masukkan dalam mulut tapi...comot dan bersepah sikit la. Bila udang goreng tepung dah sejuk, abah buang ekor udang dan kasi pada Tina. Tengoklah mulut dia penuh dengan udang tu ha..

Semua orang kenyang..kosong semua pinggan..



Ini Zulaikha sepupu Tina. Anak adik mama. 03/11/2008 ni genap 2 tahun. Tengoklah cara dia nak ambil isi kelapa tu..sampai tak hirau orang lain dah..

3 comments:

Sarah's Daddy and Mommy said...

Tina very good girl and behaved when she is dining at outside. So nice.

Sha@Mama TinaAzra said...

Not so la Joanne. She like to stand up in baby chair to get everything on the table. Just like she wants to eat like we do.. so funny and cute

Sarah's Daddy and Mommy said...

Hehe..I thought Tina is behaved better than Sarah, but I think both of them are almost the same..hehe.

But Sarah will not stand up. She will just asked me to carry her out from it.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...