"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, December 21, 2008

Aktiviti Hari Minggu ...Surprise Utk Mama




Pagi Ahad..Abah nak basuh kereta, Tina pulak sibuk nak berjalan tapi bila mama dah pakaikan kasut..dia sibuk pulak kacau Abah basuh kereta. Habis seluar dengan baju dah basah..tangan dah sejuk-sejuk dah tapi ehh..nak jugak mengacau Abah lagi. Bila mama tak perasan je..tangan dia asyik pegang tayar kereta..dah hitam-hitam..

Tengok ni..apa jugak la yang disibukkan dek si comel ni tau. Penat dah..nak jugak mencangkung kat tepi parit ni tengok air lalu. Lepas tu..abis penuh parit rumah dengan batu kerikil..semua keje dia la tu..

Tak boleh miss kejap pun.. batu pun dia nak masuk mulut. Hish..yang oii..mama suruh makan bubur nasi bukannya makan batu..!

Tu sampai puas hati tu mencangkung kat situ..ada jugak la 15 minit..





Penat mencangkung tepi parit..dia sibuk nak berjalan pulak.. ni kat tengah jalan la ni. Nasib baik waktu pagi jalan depan rumah ni tak sibuk..

Ha..jalan..jalan..






Current Wish Come True!
Surprise Utk Mama Dari Abah..


Belum lama lagi rasanya mama postkan Fun Google Tag, ala..yang ada current wish tu..

Petang ahad kami ke JB, cadangnya nak jalan-jalan dan shopping barang dapur kat Giant Tampoi. Lepas siap shopping kami makan dulu kat food court. Bila mama tanya dengan abah next destination..abah tanya balik..nak gi Angsana ke Jusco Bukit Indah yang baru bukak tu. Mama rasa baik Jusco Bukit Indah kan.. tapi masa boboy call abah..dia kata kawan dia stuck kat jammed on the way ke Jusco Bukit Indah. Kata dia dari simpang Bukit Indah nak ke Jusco..40 minit. Ah..dengar mcm tu..malas la nak cari masalah..



So kami ke Angsana..sebab kata abah..kat Angsana ada Tommy Girl.Rupanya abah baca Fun Google Tag tu..hai..nampaknya hari ni mama akan dapat Tommy Girl! Seronoknya..
Abah kata kesian mama..dah bertahun nak beli Tommy Girl tak dapat-dapat. Bukan mama tak nak beli tapi selalu ada je duit tu nak guna ke lain..sudahnya Tommy Girl tinggal kat dalam diari..

Kami beli Tommy Girl tu kat Irina..kedai perfume sama tempat kami beli perfume untuk hantaran bertunang. Abah nak belikan yang 100ml tapi mama pilih yang 50ml je la..tu pun dah RM100++...lagipun perfume Issey Miyaki hantaran bertunang dulu pun belum habis lagi..belum setengah pun mama guna. Sayang sangat nak guna perfume tu..sentimental value tu..

Kata abah..rumah coming soon nak dapat kunci..one wish will be fulfil..Tommy Girl abah belikan harini..tapi baby boy abah tak boleh nak janji..tu keje tuhan..

Anyway..yang, thanks..mama seronok sangat hari ni..My Current Wish Come True!


Perfume CK abah punya..










2 comments:

MommyAngel said...

Wah wah wah, your husband really extremely nice lah, read your blog then fulfilled your wish. You have a nice husband and hope your wish for having another baby will come true soon ya :) Happy New Year in advance to you!!!!

Si Qistina dah besar ya, active pula tu ..... that's good :) Like to see more of her photos soon :)

Sha@Mama TinaAzra said...

Thanks Caroline..ya super nice. Didn't expect he read my post. Anyway I'am so happy.. :)

Qistina is so active nowadays. Kadang-kadang tak larat nak layan. Very energetic..

And Angel is a big girl now ya..you must miss those times which Angel is still baby kan..so cute so adorable..Angel looks so girly la now..I love it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...