"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, January 5, 2009

Kelas Belajar Menjahit Bermula...

Dari sebelum berhenti kerja lagi mama dah cakap dengan abah yang mama nak belajar menjahit. Tujuannya bukanlah untuk ambil upah menjahit pun..sekadar untuk kegunaan diri sendiri je. Dapat jahit baju sendiri pun ok lah tu..

Mama belajar menjahit kat Sekolah Jahitan Hong Ching kat bandar Kota Tinggi je. Yuran kelas RM60 bagi 10 kali kelas jahitan dimana setiap satu kali kelas adalah 3 jam. Kelas pertama bermula hari ini..pukul 2 hingga 5 petang.

Untuk hari pertama ini mama diajar mengukur badan dan lakaran ukuran yang pertama diajar ialah lakaran untuk membuat baju kebaya. Dua tiga kali jugak buat pelan lakarannya.. maklumlah orang 'buta menjahit'. Lepas tu diajar pula buat lakaran baju kurung dengan kainnya sekali. Uiskh..untuk orang first timer macam mama ni.. penuh kepala otak dengan ukuran dan lakaran

Sebelum kelas hari ini berakhir.. mama disuruh memotong kertas lakaran baju kurung kerana esok akan diajar pula cara untuk menggunting pada kain sebenar. Hmm.. cukuplah untuk hari ini.. terasa penat otak..

10 comments:

the little prince said...

so good, still can find sewing school now.

I cant find one in KL/selangor...

Enjoy!

Sha@Mama TinaAzra said...

Just for myself.. at least I know a bit. Not totally zero one! This is and old sewing school ( shop) I can find here..the only one. The teacher is a friendly chinese auntie..

lovely_girl said...

bestnya dapat blajar menjahit...
saya pun minta menjahit tp x tau nak blajar kat mana?
klau awk x keberatan, ble x bagi alamat tmpt awak blajar menjahit
kat kota tinggi 2....

botak said...

ader lg x tempat mjhit 2 skrg kat kota tinggi..

Sha@Mama TinaAzra said...

botak - ada lagi tempatnya. kalau nak cari..senangnya cari bank islam. seberang kalan bank islam awak akan namapk deret2 kedai..tak silap saya ia bersebelahan dgn kedai runcit india..

Unknown said...

akum..kak,bleh share x kt mane lokasi akk bljr tu..saya pun tgh cari cikgu yg bleh ajr jahit fesyen..tq..

Eyna Aryna said...

Apa ea nma kedai tu.. Ad lg tak 2015. Ni..

Eyna Aryna said...

Apa ea nma kedai tu.. Ad lg tak 2015. Ni..

Sha@Mama TinaAzra said...

Eyna, alamak..tak ingatlah nama kedainya. dan tak tahu jugak ada kelas lagi ke. Boleh try tanya sebab kawan tahun lepas pegi belajar still ada..

sebelah kedai runcit india kalau tak silap. sederet dengan kedai Hassan ong

fifi shop said...

Sy pun tgh cari kelas,menjahit d kota tinggi. X jumpa2 lg. Sy nak trylah cari y awk pergi ni.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...