"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Monday, February 2, 2009

Perjalanan Jauh Yang Pertama Buat Tina, JB ~ KL ~ JB ( 26~28/12/2008 )

Cuti sekolah yang baru je lepas ni, nenek Tun Aminah & Mummy Azie ajak mama, abah dan Tina gi KL jalan-jalan. Mulanya kami rasa macam tak nak pergi sebab teringat yang Tina tidur buai waktu malam. Kami fikir .. kalaulah dia nangis nak tidur kat umah orang nanti.. isy..tak syok la. Tapi akhirnya kami decide untuk pergi jugak...tanpa bawak buai pun .. jeng jeng jeng .. kalau Tina nangis malam jawabnya sama-sama la mama & abah tak tido ..hehehe...

Kami gerak dari Tun Aminah around pukul 11 pagi selasa 26/12/2008. Sepanjang perjalanan ke KL Tina ok je.. tak buat hal pun. Mungkin dia seronok jugak nak berjalan jauh. Jadual tidur siangnya tetap macam biasa walaupun dalam kenderaan. Lama jugak dia tidur atas pangku mama ..sampai lenguh tangan. Kami sampai KL dah petang. Maklum je la..ada bawak 2 orang kanak-kanak dan 2 baby .. tak boleh lah nak cepat-cepat. Lagipun bukannya kami nak rushing kemana-mana ..saja nak berjalan je..

Sampai kat rumah uncle Aid je .. masing-masing dah kepenatan. Malam tu mummy azie masak ala kadar dan kami makan kat rumah je. Tak de siapa yang larat nak keluar lagi. Lepas makan kami rehat-rehat luruskan badan sambil tengok tv then tidur.

Surprisenya Tina boleh tidur..senang jugak la nak tidurkan dia. Mama bawak Tina masuk bilik, padam lampu sambil dodoikan dia sekejap. Sedar-sedar dia dah pun tidur. And by that time rumah dah senyap.. sebab semua orang dah tidur sebab penat. Mama salinkan diaper Tina, pakaikan minyak dan stokin pas tu ..mama pun zzzzzzz ....


Hari Pertama 27/12/2008

First untuk first day, kami jalan-jalan ke Jalan TAR. Sebenarnya nak pergi Petaling Street tapi dapat info Petaling Street tutup cuti Chinese New Year. So kami ke Kamdar dan jalan-jalan kat kedai-kedai yang ada dekat-dekat situ je. Lepas Kamdar kami singgah belikan kasut nenek kat Bata, kemudian kami singgah ke kedai borong barangan kulit beli sedikit barang.

Tengahari kami makan around situ jugak. Sebelum keluar dari Jalan TAR kami beli sedikit kuih untuk nenek kat rumah. Kedai makan yang kami singgah makan tengahari tu ada banyak betul kuih dan aneka pengat serta bubur manis. Beli sikit-sikit je..

On the way balik kami singgah ke Giant Selayang kalau tak silap sebab Pak Su kirim perfume murah. Banyak jugak la yang dikirim tu.. lama jugak mencari bendanya. Sempat jugak singgah butik avon kat situ.. jalan-jalan je..butik tu tak best lah.. kosong je..

Tina kami bawak sama. Kesian jugak dia atas dukung je..penat tapi takkan nak tinggalkan dia kat rumah. Kesian pulak. Lagipun kami cuma nak jalan-jalan je. Walaupun Tina penat tapi dia tak meragam. Bila haus je dia bising sikit. Bila masuk dalam kereta je.. dia tidur kena aircond..

Kami sampai semula kat rumah pukul 5 petang lah rasanya.. lepas rehat kejap .. badan dah sejuk mama mandikan Tina, cuci rambut dia supaya dia segar semula. Lepas mandi Tina masih boleh main-main dengan sepupu-sepupu dia yang lain .. cuma jam 9 malam dia dah mula merengek.. penat agaknya. Dalam pukul 10 mama bawak Tina masuk bilik. Tak sampai 15 minit Tina dah tertidur lena. Tak bergerak-gerak .. terlalu penat agaknya. Kebetulan rumah tu memang panas. Tidur dengan kipas..Tina tambah lena




Abah & Tina di Kamdar Jalan TAR


Hari Kedua 28/12/2008 ~ Balik JB




Pagi-pagi lagi semua orang dah bangun sebab kami nak gerak balik JB pagi ni. Lepas breakfast, dalam pukul 11 pagi kami pun gerak dari rumah uncle Aid. Sempat jugak kami singgah ke IKEA dulu. Lagipun mama & abah belum pernah ke IKEA .. seronok dapat ke sana. Lebih kurang 2 jam kat sana kami sempat la beli beberapa barang-barang kecil untuk rumah baru. Selesai membayar jam dah pukul 1 petang. Kanak-kanak pun dah sibuk lapar..
aksi-aksi Tina & Opie di IKEA


Kami semua makan di restoran Satay Kajang Haji Samuri. Oh inilah dia satay kajang yang disebut-sebut orang tu. Hmm.. bolehlah .. Tina pun makan sama.





Siap makan dah pukul 3 petang. Kami bergerak pulak ke Putrajaya. Dan disinilah berlaku insiden yang tak diingini. Tina jatuh dalam parit kolam taman yang ada bendera depan bangunan pentadbiran kerajaan. Nasib baik parit kolam tu tak ada air waktu tu. Asalnya mama biarkan Tina dengan abah jalan-jalan kat situ. Mama duduk tak jauh pun dari Tina. Tiba-tiba sewaktu Tina meniti-niti kat parit kolam tu, Opie datang dan dia tertolak Tina. Apalagi..Tina tergolek jatuh dalam parit kolam tu. Kuat dia nangis. Geram betul mama.. apalagi..masa mama dukung Tina nak bawak pergi pujuk dia.. mama dah tengking Opie. Geram sangat. Dah selalu mama pesan kat dia, jangan jalan dekat-dekat dengan Tina sebab Tina tak kuat lagi, nanti Opie tertolak dia. Banyak kali. Semua orang yang ada terdiam tengok mama tengking Opie. Abah pun tak cakap apa-apa sebab dia tau mama marah..yela.. sape tak marah ..

Terus mama bawak Tina jauh kat dataran.. pujuk dia..bagi susu.. tersedu-sedu dia nangis. Membebel-bebel mulut dia. Sambil bagi susu baru mama perasan yang kat alis Tina ada luka kecil. Mama check kat belakang kepala .. alhamdulillah tak de apa-apa. Tunggu jugak takut Tina muntah ke apa ke ..tapi alhamdulillah tak ..

Lama jugak mama jauhkan Tina dari diorang .. geram tak hilang lagi .. bila mama tengok Tina dah nak jalan-jalan semula .. main-main lagi.. hilang sikit rasa marah tu.. tak sedar pun masa mama tengking Opie tu.. amik kau!




kat sini pun sempat main pasir lagi ..







Gambar-gambar lepas jatuh parit kolam Putrajaya



Kami sampai semula kat JB hampir pukul 9 malam. Sampai je, mama terus mandikan Tina dengan air suam.. basuhkan rambut dia biar dia segar dan tak pening kepala. Then suap Tina makan bubur sikit. Tak lama lepas tu dia tidur. Kesian sangat tengok dia tidur ..penat betul dia.. hampir 12 jam dalam perjalanan .. singgah sana sini .. penat sangat la tu. Mama & abah pun penat. Tapi tak sedar pulak pukul berapa abah tidur sebab mama dah tidur dulu dengan Tina.


p/s : Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar dalam digital camera yang belum sempat di upload. Internet kat rumah kota ni slow sangat, nanti lah.. slide akan menyusul dengan lagi banyak gambar-gambar kami kat KL ...


2 comments:

Anonymous said...

kesiannya Tina jatuh.. mmg takut kalau jatuh especially kat kepala. Sensitif tu. Nasib baik Tina tak apa2. Alhamdulillah :)

Sha@Mama TinaAzra said...

Yelah kan.. kepala nikan sensitif sikit. Sib baik tak apa-apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...