Buah hati mama & abah dah 1 tahun 5 bulan beberapa hari yang lalu. Mama nak buat post tapi gambar baru Tina takde..so.. dah ada gambar baru..barulah boleh buat post..
Dalam minggu ni je..selera makan Tina berubah-ubah. Beberapa hari lepas Tina tak mahu makan bubur. Pandai tau dia..mama suap bubur dia kata ..'hmmm sedapnya' tapi bila nak suap untuk kali kedua..dia lari tutup mulut. Tapi bila mama nak makan je..saja panggil Tina. Dia mesti nak kacau mama makan so helah mama menjadi... Tina terbuka selera nak makan. Mama akan suap Tina dulu makan nasi lembik bila dia dah kenyang barulah mama pulak makan. Mama perhatikan..bila suap makan dengan tangan, jangan guna sudu..Tina makan lebih sikit dari biasa. Tapi kalau nak bagi dia makan berkuah susah la nak guna tangan je..kena jugak guna sudu.
Setakat hari ni, mama dah perasan yang Tina suka nak makan benda yang dia boleh pegang dengan tangan..suap sendiri dalam mulut. And Tina suka sangat makan carrot. So mama akan potong carrot dalam ukuran 1 inci panjang, potong 4 dan rebus sekali dengan nasi.Kalau ada brocolli atau cauliflower mama akan potong supaya Tina boleh pegang dengan tangan dia..seronok sangat tengok Tina makan sayur..
Vocab Tina pun dah semakin meningkat hari demi hari. ..dia dah pandai sebut 'cantik molek',pokok, bunga,bird,itik,putu (susu),ti ie nu ( disebut tienu utk handphone),tinu (minum),pandai sebut hello,jom, dan macam-macam lagi.
Setiap kali nak masuk tidur malam Tina mesti akan salam dan cium tangan atuk n nenek sambil cakap 'babai' sepanjang jalan ke bilik. Dah pandai nak mama peluk dia. Kadang-kadang dia akan tarik tangan mama dan letak kat dahi dia atau kat peha dia..suruh mama tepuk. Kalau mama selawat nak dodoikan dia..kadang-kadang dia suka..tapi bila dia tak nak mama dodoi dia akan tutup mulut mama dengan tangan dia..kelakar sangat.
Setiap bangun pagi mama ajar dia bukak stokin tapi dia masih sebut 'pipa'. Bila berjaya bukak stokin je..mama akan tepuk tangan untuk Tina. Dia suka..dia senyum. Kalau Tina mintak tinu mama bagi susu..dia takkan minum..dia mesti cakap semula kat mama..tinu la.. maknanya Tina nak minum air masak..bukan susu..
Kadang-kadang mama tak perasan Tina dah poo poo.. Tina akan panggil 'mama mama..bucuk..' banyak-banyak kali sampai mama bersihkan dia semula. Dan kalau diaper dia dah penuh pun dia akan kata 'bucuk' kat mama mintak ganti diaper..
Ini salah satu benda baru yang mama & abah beli untuk Tina beberapa minggu lalu kat Maidin JB. Board book ni ada banyak tajuk tapi yang masih available masa kami kesana aritu cuma ini jek. Yang lain dah sold out.
Ada banyak gambar dengan warna terang kat dalam ni. Tina memang tak pandai baca tapi dia akan bukak buku ni mintak mama sebutkan fruit & vege yang ada kat dalam tu..berulang-ulang kali setiap hari
Tapi Tina lom pandai sebut lagi fruit & vege ni..
Tengok lah aksi-aksi Tina dengan buku-bukunya. Minat dia terhadap buku memang menyejukkan hati kami. Jadi sebolehnya kami melayan dia tengok buku. Dalam sibuk dirumah pun, kalau mama nampak dia bukak buku mama mesti temankan dia. Bila dia dah tutup buku barulah mama sambung buat kerja lain.. nak memupuk minat pada buku kat diri anak kecil ni bukan mudah tapi kami akan try the best..
Tina suka dengan gambar. Kalau bagi album gambar..dia dah boleh kenal yang mana mama, abah, atuk, nenek ..Mama ada bukak kan album kawin mama & abah untuk Tina tengok. Mama seronok bila dia tunjuk dengan jari kat gambar.. dia kata ..abah abah..mama.
Tina enjoy sangat tengok cd fun song factory dia. Baru-baru ni abah ada beli 2 lagi cd fun song factory untuk Tina. Dan masa mama keluar pergi bandar aritu, ada sorang mamat ni datang bawak buku. Dalam banyak-banyak benda dia bawak mama cuma interested dengan cd nursery rhymes berserta buku lirik lagunya berharga hanya RM10 sahaja. Nampaknya Tina pun suka dengan cd tu..
Tina masih alah dengan semua makanan berasaskan coklat. Dia pasti akan sembelit. So mama sebolehnya elakkan makanan-makanan ini untuk dia.
Mama ingin nak belikan crayon untuk ajar Tina mewarna dan menulis tapi since Tina masih lagi suka gigit pensil yang mama bagi..mama masih takut nak bagi dia pegang crayon. Nanti dia makan pulak kang. But ini adalah satu benda yang mama ingin sangat nak buat.. Mama nak luangkan masa mengajar dan bermain warna dengan Tina. Hopefully boleh buat very soon..
3 comments:
Tina has grown up....a big gal.
Bagusnya Mama Tina ni rajen belikan buku untuk Tina. It is good to develop her reading habits. ;) Hopefully Tina boleh tambah vocab lepas ni hehe
Mery - hehehe..she's my sweetie
mrsdjones - bukan saya je..hubby pun pantang nampak board book, mesti nak belek utk anak dara dia tu...
Post a Comment