"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, June 28, 2009

New Sport Sippy

Actually sippy cup Tina dah lama sangat tak tukar. One day masa all of us pergi makan kat Restoran haji Daud, Kota Jaya .. one of her sippy cup tertinggal kat sana. So far to turn back so thats why mama n abah eager to find a new sippy cup for Tina. This time we plan nak beli yang besar sikit so that abah boleh share sama..hehehe..

We bought this at Tesco tebrau City for RM10.90 but bila dah balik rumah barulah nampak sport sippy cup kat giant baru RM7.90 .. exactly the same cuma bukan brabd anakku je la.. apa nak buat..dah beli dah pun. Tak pe lah..

Tina suka sport sippy ni tapi kalau mama isi air separuh pun dia dah tak mahu pegang sebab berat sikit..so mama kenala isi air 3/4 je..senang Tina nak pegang..kan Tina?

Saturday, June 27, 2009

Tina Dan Piano ABC nya...

Kalau kat rumah.. ini lah hiburan Tina selain fun song factory dia.. Kesian sangat tengok dia sorang-sorang tapi dia lebih banyak tengok buku n piano ABC ni daripada yang lain-lain...tengok la tu..

Kalau tak silap mama n abah belikan piano ni masa Tina umur 1 tahun. Dan sekarang dia dah pandai pilih apa yang dia nak belajar. Sama ada dia nak belajar ABC sahaja, ABC dengan bunyi, Find it ataupun music. Tapi dalam banyak-banyak pilihan Tina lebih suka 'Find it' .. dia akan tekan apa sahaja asalkan piano dia berbunyi. Mungkin dia belum faham sangat tapi dia menunjukkan minat terhadap piano ni dan ABC tu.. thats enough for me up to this time.

Mama taknak paksa sangat dia belajar. Asalkan dia suka belajar.. itu pun cukup untuk masa ni..

Kenapa Ni??


About last week mama terperasan yang tapak kaki Tina mengelupas. Dua-dua belah kaki pulak tu. I dont know why but may be Tina alah dengan lantai tiles kot. Teruk jugak mengelupas ni... Wah..mama pun pening coz try letak bio-oil and lotion tapi tak ada apa-apa perubahan pun. Apa lagi ye..
A-hah ... hoping that apa yang mama buat ni takkan memburukkan keadaan kaki Tina..mama sapu jek dengan Ellgy..krim untuk tumit mengelupas tu. Produk tu sebenarnya untuk orang dewasa tapi mama tak de pilihan lain la..tu je yang ada kat rumah. Ting!! letak selama 2 hari bertutut-turut.. kulit tapak kaki Tina dah kembali seperti biasa. Sukanya hati mama.. so mama dah tak letak lagi la ellgy tu..cuma mama terus letak bio-oil jek.. Hmmm... dah cantik balik tapak kaki Tina!!

Monday, June 15, 2009

Better Than Yesterday



Sejak malam semalam mama dah start bagi ubat, so bangun pagi ni Tina nampak ok sket dari semalam. In fact until this post Tina hanya poo poo 2 kali je. Dan bila basuh poo poo pun dia dah tak nangis. Ok jugak cream yang Dr.Chum bagi tu.

Bangun pagi ni..dia senyum pada mama. Sekejap lagi dia datang balik kat mama..dia jalan jengket-jengket..sekali mama tengok..hmm..dah poo poo..terus je ajak mandi n berus gigi. Sambil mama masak bubur dan basuh pinggan kat dapur, Tina tengok fun song factory. Dia ok hari ni.

Video ni mama ambik masa teman Tina makan. Dia dah pandai suap sendiri. Walaupun ada la yang tumpah-tumpah sikit.. Hehehe dulu masa baby bila nak pakaikan bib masa makan bukan main la susah tapi sekarang ni pakaikan tuala good morning kat leher masa makan pun dia tak kisah. She's used to it. Senang sikit. And Tina dah pandai makan sambil tengok tv.

Anyway betul jugak kata kc..sian Tina main sorang-sorang..tak e la Tina kan, mama ada..abah ada. Kalau boring kita pegi la umah nenek ke..umah mummy ke main-main dengan kimi, abg opie and abg danial..

Hai my little curly princess..cute sangat rambut tu..sayang Tina tau!


Sunday, June 14, 2009

Tina Tak Sihat

This week memang minggu yang mencabar kesabaran betul. Tina demam, bila demam dah sembuh dia kena cirit-birit pulak. Dah la macam tu..mama beli diaper brand Diapex bulan ni..Tina alah pulak dengan diaper tu. Habis kelengkang dia melecet dua-dua belah. Padahal baru pakai tak sampai 5 keping pun. Apa lagi..bila dia mula cirit-birit hingga 6 kali sehari..makin parah la tempat yang melecet tu.

Mama cuba letak cream C9 kat tempat tu..melecet makin teruk. Mama cuba letak Allano pulak..2 kali mama letak..2 kali jugaklah Tina terkencing just after mama letak Allano..menjerit-jerit..terlompat-lompat and menonggeng kesakitan. Hush..macam mana ni..risau..


Lastnya malam semalam mama bawak Tina pergi jumpa nenek ru dia kat skudai. Nenek ni bidan yang urutkan mama masa bersalinkan Tina. In fact nenek ni jugaklah yang selalu mama pergi masa mama pregnantkan Tina dulu. Nenek ru urut..Tina diam je. Rupanya Tina tetegur dan terperanjat sikit. Sebab tu la najis dia warna hijau lumut, berlendir dan berbuih. Tapi nenek ni pun moden jugak. Dia suruh mama bawa Tina jumpa doktor untuk refer pasal perut Tina tu.

Mama memang nak bawak Tina jumpa doktor Chum pun. Tapi on saturday klinik tak bukak. So kena tunggu arini. Doktor Chum nbagi ubat air untuk cirit-birit, serbuk garam untuk setiap pagi dan malam serta garam berubat untuk campur dengan air masak..harap-harap Tina cepat sembuh. Tak sanggup tengok dia menjerit-jerit sakit setiap kali mama nak cuci punggung dia..kesian sangat...
Hang on ye Tina..mama cuba sabar 400% untuk Tina..mama sayang Tina tau..Cepat baik ye sayang..

Saturday, June 13, 2009

Hadiah Dari Drypers





Last week mama terima 'parent circle' dari drypers untuk bulan Jan-Mac 2009. Ingatkan sama lah macam yang lepas-lepas. Tapi mama baca setiap pandangan bagi soalan yang telah di keluarkan untuk tambah ilmu.

Mama nampak response mama kat dalam tu, siap ada nama lagi. Mama seronok jugak tapi response tu tak dapat 'star letter' jadi tak dapat lah hadiah. Di mukasurat berikutnya... wahaha..ada nama mama lagi..kali ni dapat 'star letter'!!!!

Hmm..seronok sangat rasanya bila response kita terpilih dan dicetak. Abah tanya mama.. apa hadiah 'star letter' tu. Mama pun mana lah tau kan. Tup tup esoknya orang dari Sca Drypers call mama! Tanya saiz diaper Tina, tanya Tina pakai Drypentz tak dan orang tu dengan sweetnya kata.." Puan, kami nak hantar hadiah untuk star letter puan dalam minggu ini" Aduh..bestnya. Mama tak sabar sangat nak bagitau kat abah. Bila mama bagitau abah pun seronok.

And 12/05/2009 petang, ada van dari skynet berhenti kat depan rumah. Mama dah agak dah..mesti hadiah dari drypers tu yang sampai. Dalam kotak tu ada drypers L24 1 pack, drypantz L8 2 pack dan sebuah buku untuk Tina. Ok lah tu kan..jimat jugak belanja diaper.

Hadiah ni mendorong mama untuk hantar lagi response yang lebih bernas untuk kali ini dan harap-harap mama dapat 'star letter' lagi...



Tina, Your Baby Chair Is Here!





Last week masa balik rumah nenek kota, mama bawa balik baby chair Tina. Kesian Tina, kat rumah baru ni Tina tak ada kerusi kat meja makan. Kerusi yang ada tak selamat bentuknya untuk Tina. Tina seronok sangat makan atas baby chair ni. Dan mama dapatlah disiplinkan dia sikit. Selagi tak habis makan, tak boleh turun. Kerusi Tina ni menghadap tv, jadi dia akan makan sambil menonton tv.

Kat rumah baru ni, mama tak boleh selalu sangat bagi Tina main kat luar. Dan mama pun tak selalu sangat bukak sliding door yang hampir dengan tv tu sebab lalat akan banyak masuk kat dalam rumah. Mama pun tak tahu mana datangnya tapi kalau pagi-pagi mama selalu dengar bunyi ayam berkokok disertai oleh bau yang kurang menyenangkan. Jadi ada waktu-waktu tertentu sahaja yang boleh bukak sliding door.

Jadi sepanjang hari dunia tina cuma dalam rumah. Hiburan dia cuma vcd dan tv sahaja. Tapi untuk tak buat dia bosan mama ajak dia menyanyi dan menari bila menonton fun song factory. Time dia tak mahu di ganggu, mama biarkan dia baring dan menonton.

Ada masanya Tina pun bosan jugak, dia akan mintak mama bukak pintu depan sebab dia nak main-main kat car porch. Sambil Tina main bola kat car porch mama boleh la tengok pokok-pokok bunga dalam pasu.

Breakfast Roti Canai Mamak



Ini bukan kali pertama kami bawa Tina makan kat kedai mamak tapi ini kali ni bersama abang danial dan oppie. Restoran mamak ni dekat sangat dengan rumah nenek. Saja lepak dengan anak-anak sekelian.

Tina & mama makan roti telur. Macam biasa, Tina memang makan banyak roti telur. Dia memang suka. Dia nampak happy sangat...

Friday, June 12, 2009

Her First Steamboat & Family Reunion Dinner






Bila semua adik-beradik abah berkumpul memang meriah. Maklum la diorang ni ada 6 adik-beradik, 4 daripadanya dah berkahwin jadi bila semua dapat berkumpul sekali sekala riuh jugak keadaan. Cucu dalam family abah ada 5 orang tetapi Tina sorang je 'kelab bunga'. Yang lain semuanya 'kelab harimau'. Sian Tina..selalu kena tinggal je dengan kelab harimau.

So malam tu kami semua keluar makan. Kali ni di Rawa Steamboat, Taman Gaya JB. Agak jauh jugak dari rumah tapi masing-masing mencari kelainan dari dinner-dinner yang telah sudah. Hampir sejam perjalanan kami sampai di destinasi tetapi jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Walaupun restoran ni dibuka sehingga pukul 1 pagi, tetapi dah tak berapa ramai orang. Tapi kami peduli apa..yang penting makan.

Tina pun excited sama. Tengoklah aksi-aksi dia tu. Seronok sangat dia. Tina tak lah makan banyak sangat tapi last bila semua orang dok sibuk makan aiskrim, dia pun merengek nak jugak. Setengah batang aiskrim dimakan, Tina tersedak. Habis keluar semua makanan bila dia muntah. Bila dia dah tak muntah, mama lap dengan wipe kemudian dukung Tina masuk kereta. Tukar baju, sapu minyak yu yi seluruh perut, dada, belakang dan kaki. Kemudian Tina tertido. Lenguh jugak la pangku dia sambil menunggu abah abis makan.

Kami sampai rumah pukul 2 pagi. Tina dah lena sangat dah tido. Nasib baik jugak dia terus tido bila mama angkat letak atas tilam. Dia tak colic pun malam tu. Tak terjaga pun. Mungkin sebab terlalu penat. Mama & abah pun cepat-cepat bersihkan diri, salin baju dan zzzzz.....

Kenyang, ngantuk...huaargghhh.....

Tina Dan Kerusi Baby Kimi





Tengoklah aksi Tina dan kerusi ni. Ini bukan kerusi Tina tau, ini kerusi baby kimi sepupu Tina. Masa kami pergi rumah mummy Azie nak siramkan pokok bunga, Tina terus je duduk kat kerusi kimi ni. Dia nampak senang hati sangat duduk kat kerusi.

Kalau tak silap kerusi ni berharga RM99/pcs. Cute sangat kerusi ni walaupun kimi belum boleh duduk lagi sebab kaki tak sampai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...