"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, August 26, 2009

Cerita Hujung Minggu

Isy..dah 5 ramadhan dah ni..baru nak update cite-cite mingguan. Maaflah..balik rumah mak mama kat kota tinggi. Tak de internet..tak boleh la nak meng'online kan diri..

1 Ramadhan tahun ni memang la sangat mencabar. Mana taknya, Tina elok je batuk dan selsema..mama pulak yang jangkit. Paling tak tahannya tu..1 Ramadhan mama memang flat giler. Sib baik kat rumah nenek, kalau tak..tak tahulah apa yang akan terjadi kat abah n tina.

Lepas sahur tu mama makan la panadol soluble n ubat batuk sikit. Tekak sakit sangat. Tapi akibatnya.. sampai zuhur mama tak bangun-bangun walaupun tina dah merengek-rengek. Memang tak tahan sangat dah.. kepala pening.. tekak sakit.. hidung tersumbat.. aduh...
Walaupun dalam pening-pening lalat tu, mama kena jugak bangun coz kesian kat tina. Bawak jugak dia main-main kat belakang rumah. Gasak la dia main tanah atuk sampai kena gigit semut.
Ini gambar basikal baru tina yang atuk n nenek belikan. Dah beberapa minggu atuk sibuk nak belikan basikal tapi kami tak dapat bawak tina balik umah nenek kota sebab abah sibuk. Ada 2 choice merah dengan biru tapi tina lebih suka biru. So beli yang biru untuk dia. Suka la dia. Sampaikan dari kedai nak ke kereta tak nak turun basikal. Sib baik tak jauh
Hehehe..gambar yang ni pulak macam mana? ok tak?
Mama dengan abah ajak atuk n nenek keluar sekejap ke bandar kota. Nak belikan tool car untuk baby kimi ( anak kakak abah). So masa tu nenek tuta ( mak abah) pulak telefon, katanya nak kirim tudung yang ada awning tu..nak bagi orang katanya. Mama kureng sikit la pasal membeli tudung yang itu sebab mama belum ada jenis yang itu. Abih, dah kata suruh pilihkan warna hijau n light purple..mama cari je la. Kain yang cantik, sejuk.. bila pakai je tudung tu punya bulat yang tutup kat dada cantik terletak. Mama berkenan..harap-harap memenuhi citarasa nenek tuta la..

Mama try sarung masa dalam kereta.. nenek kata macam ekin la..wakakaka...perasan siut.. terus terasa cantik lak.. hahaha.. mama pun rasa ok..puas hati dengan tudung tu.. harap la orang yang menerimanya suka..

Mama dah buang pulak gambar tudung tu, kalau tak boleh letak kat sini..maaflah ye..
So bila jalan-jalan kat kipmart kota tinggi pulak, abah berkenan dengan tudung untuk bebudak kecik ni. Dah lama nak beli tapi tina selalunya tak nak pakai pun..malas. Kali ni abah betuk-betul berkenan dengan tudung biru putih ni. Kami try kan dulu kat tina before beli, tengok dia nak pakai..so sambar la..tak mahal RM5 sahaja
4 hari kat rumah nenek kota, tina memang manja ngan nenek. Tina panggil 'mak' sebab nenek jaga tina lepas abis pantang masa mama keje. Pagi-pagi dah sibuk cari mak. Kesian jugak kat atuk n nenek..diorang selalu rindu tina tapi kadang-kadang tak dapat nak balik..abah banyak keje kat sekolah.

Sampai lah hari ni..mama masih lagi batuk teruk n selsema. Suara pun dah garau sebab tekak dah luka. Tapi tak pe lah..janji tina dah sihat. Dah nak menyusu dan makan semula. Senang hati mama..

6 comments:

Dilla Ady said...

hai kak..

rajin2 ye makan ubat biar cepat sembuh..num air asam jawa bebanyak sket..

sasha pun ade tudung camtu tau..amik mak ucu Agha die yg da tak muat..

Soooooo cuteeee...(hikhik,perasantan tulllll...)

@>--ummi zahra--<@ said...

comel nyer tina pakai tudung..x sabar nak tunggu zahra besar skit..blh pakai tudung gak..

Anonymous said...

Salam Sha,
Get well soon. Jgn lupa jaga diri. Untuk ubat batuk n sakit tekak tu, try minum madu+lemon. InsyaAllah elok. Kalau boleh cari pure honey, lg berkesan. :)

Lily@MamaZaraZareef said...

siannye mama Tina tak sihat plak bulan2 pose ni yek. hope cpt sembuh la. seksa jugak demam time2 ni kan..

cantik basikal baru tina. pndai kayuh ke tuh tina...hehe

Sha@Mama TinaAzra said...

Dilla - memang la seksa sikit batuk pose2 nih. Tekak gatal yang teramat tapi nak makan gula tak boleh...begitulah kira-kiranya

budak-budak kecik ni kalu pakai tudung memang cute sangat kan..

Ummi Zahra - ala dah tak lama dah..nanti boleh gi tengok2 tudung plak eh...sabar

Mrsdjones - Asalkan Tina dah baik..sha yang batuk tak pe. Sian Tina asyik muntah susu jek..

Nanti sha cuba ek..ni dah macam-macam sha sebat, tak tahan batuk punya pasal..ubat batuk Tina yang lama pun sha minum jek..sebab masa tu dah malam..malas nak kuar bli ubat batuk..hehehe...

Mama Zara - Kayuh lom pandai lagi pun..kayuh ngan kaki jek la...

MeRy said...

Hope you will recover soon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...