"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, June 29, 2010

Tina Selsema & Batuk Lagi

Ahad lepas mama & abah bawak Tina ke klinik dr.chum sebab dia selsema & batuk yang agak teruk. Tapi bila check dr.chum kata Tina tak demam cuma suhu badan dia naik sedikit sahaja. So dia tak kasi ubat demam. Cuma kasi ubat selsema, batuk & kahak sahaja. Ingatkan dapat antibiotik..tapi tak dapat rupanya..sure la lambat nih sembuhnya..

Malam tu Tina batuk tak berhenti.. adala setengah jam agaknya.. sampai mama sapukan nipis-nipis kapur kat leher dia.. barulah dia boleh tidur beberapa jam selepas tu. Kesian sangat. Mungkin tekak dia gatal dan lendir banyak menganggu tidur dia.. tapi alhamdulillah selepas tengah malam Tina tidur lena ..tak batuk pun..

Malam ni tadi.. mama siap bawak besen kecik letak tepi tilam. Takut Tina batuk sampai muntah. Memang nak tidur malam ni sangat seksa.. bila terlelap je Tina akan batuk. Dia muntah sekali. Mama tadah dengan besen so nampaklah.. lendir berbuih, kahak dan hingus hijau dia keluar sekali dengan muntah. Sangat seksa tengok dia batuk.. kesian..

Kejap tadi ni muntah lagi. Tapi kali ni sikit aje. Ada lendir buih2 je.. dan sekarang Tina tidur semula. Tak tahulah kalau dia akan muntah lagi.. mama & abah sangat risau. Mesti alahan dia tengah teruk sekarang ni. kalau tak dia takkan muntah sampai macam ni. Tapi ubat alahan mama baru bagi 2 ke 3 hari je..

Siang tadi hingus dia dah tak cair dah..mama ada kesat hingus sekali aje..pastu takde kuar dah. Kalau tak reda jugak nampaknya terpaksalah bawa dia ke puteri lagi.. mungkin dia lebih serasi dengan ubat dari puteri.. tapi cubalah yang ini dulu..

Sunday, June 27, 2010

Jika Ini Bukan Rezeki Kami.. Kami Terima Dengan Hati Terbuka

Mama ajak abah gi scan pregnancy semalam petang.Kononnya kalau segalanya lancar, minggu-minggu depan bolehlah gi buat kad merah kot. So kami decide nak scan kat CS Koh Skudai, dekat je dengan rumah MIL mama.

Kami sampai dalam pukul 4 petang. Ada ramai yg tengah menunggu untuk check-up. Tiba giliran mama, kami bertiga masuk sekali.

Bila dokte koh scan, katanya ada nampak kantung janin tapi puas di pusing kiri dan kanan.. atas bawah.. janin didalamnya tak ada. Kantung tu kosong!! Mama terperanjat jugak sebab mama bagitau dokte koh,masa scan confirmation 5 minggu aritu memang ada bulat sebiji kacang kat dalam rahim. Dan dokte kat penawar memang sahkan mama pregnant 5 minggu.

Lama jugak dokte koh cuba cari dengan scan tapi tak jugak jumpa.Kantungnya memang ada. Dokte tanya ada bleeding tak? Mama kata setakat ni tak ada. So dokte kata better to wait another 2 weeks dan scan semula. Jika tak nampak jugak mungkin kandungan tu bermasalah dan merupakan salah satu tanda kurang baik untuk early stage pregnancy..

Mama dengan abah tak fikir apa2 pun. Mama call mak mama bagitau hasil scan tu.. mak mama pun pesan supaya jgn fikir apa2.. dan jangan buat keje berat2 jugak dulu.. kata mak mama kalau dah bukan rezeki biarlah ia 'turun' dengan selamat..jgn tinggal apa-apa kat dalam. And dalam hati mama memang doa macam tu.

Balik dari klinik kami singgah rumah bidan yang selalu urut mama tu.. mama suruh jugak dia rasa kat perut sebab mama kata dokte scan tak nampak janin. Bidan tu rasa.. then dia kata buku darah masih ada. Dia tak berani nak kata akan jadi janin ke tidak tapi buku darah tu masih belum jadi janin pun. Jadi dia taknak mama buat apa-apa. Tunggu dulu..

Pagi tadi berbual dengan abah.. kata abah kalau dah bukan rezeki kita kali ni tak apalah. Kita boleh cuba lagi. Masih banyak masa. Tapi still terselit jugak rasa sayang kan.. sebab dah nak masuk 10 minggu..

And mama sekarang ni ok jek.. tunggu-tunggu jugak kalau-kalau manalah tau ada bleeding ke apa.. sebab dari awal pregnancy ini mama dah kata pada diri sendiri, jika ini rezeki.. mama&abah terima tapi jika bukan.. 'turunlah' dengan selamat.. mama redha.. tak kesal pun sebab mama dah buat yang terbaik untuk'nya'..

Apa pun hasilnya selepas 2 minggu nanti.. syukur alhamdulillah

Saturday, June 26, 2010

Kelly's Life Giveaway

Mama dah lama jugak ikuti Kelly's Life ni. Seronok baca cerita2 kat dalam blog ni. Pemilik blog ni sangat rajin pergi kelas masakan, buat kek, hias kek.. dan macam2 kelas lah dia pegi.. hasilnya pulak cantik2 belaka..

So, sekarang ni Kelly's Life ada buat giveaway tau.. jom tengok hadiah dia dulu nak bagi naik semangat ber'giveaway' datang..hohoho...


Hadiah pertama :
Set Ros Hitam ( Teko & 6 cawan + piring )
Piring bujur bunga kangkung & ros merah putih OC




Hadiah kedua :
Set Ros warna-warni ( Teko & 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2 )




Hadiah ketiga :
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )

Oke, sudah tengok hadiah kan.. syarat2 penyertaan dia sila tengok kat SINI

Jom..Jom.. meriahkan giveaway Kelly's Life.. OOO..lupa plak.. ada hadiah misteri jugak untuk referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen..hehehe jadi sesiapa yang tau mengenai giveaway ni dari blog mama silalah sebut blog mama ek..TQ IN ADVANCE..


Musim... Musim..

Bila tiba je musim hujan..maka tiba samalah musim demam, selsema & batuk. Anak-anak kakak ipar mama dah selsema & batuk2 seminggu lepas lagi. Sampai la ni belum baik. Then semalam Tina pulak dah batuk & malamnya selsema..hingus dah keluar. Malam semalam tido dah ada bunyi dari hidung dia, so mama dah start bagi ubat alahan.. harap tak berpanjanganlah..

Bukan apa..kesian sangat la kalau dia batuk..tu pun dari bangun pagi tadi asyik bergolek-golek je kat atas comforter.. badan sakit agaknya. Pegi sana baring.. gi sini baring.. risau mama. Sebab Tina kalau tak betul2 demam, dia takkan baring2 macam ni..

Stok ubat ada lagi..tengok lah, kalau perlu kena la jugak gi klinik nnt.. sian anak mama



Thursday, June 24, 2010

Tukar Lagi!

Ya..sudah tukar lagi...
Macam mana?

Wajah Baru ~ Tagline pun Baru :)

Takde pape..
saja je nak me'refresh'kan minda & pemandangan yang suram
dengan warna hitam yang misteri
Buat gambar header baru jugak
sedondon dengan background
tak ada keje sebenarnya
hehehe...

Wednesday, June 23, 2010

Aktiviti Bersama Abah

Cuti skolah aritu abah sempatlah melayan anak dara dia melukis dan belajar. yelah, abah masa cuti tu pun sibuk kan..dengan kursus..tusyen.. tapi sempat jugak melapangkan masa kul 10 malam melayan Tina nak melukis. Siap gunting-guntng & tampal kat 'Learning Wall' Tina lagi ha..



Macam-macam benda dorang ni lukis, handphone la..gajah la..cicak la..cd upin ipin la..pendek kata, apa je Tina sebut abah akan lukiskan dan guntingkan..



Ada pooh jugak, remote alarm, bola.. suka la Tina

Last but not least.. video 2 beranak ni..


Tuesday, June 22, 2010

4016 Red Delicious Apple


Semalam sempat menyinggah ke Tesco dan kat bahagian buah mama terpandangkan apple kat dalam kotak. Kat situ ada sangat banyak saiz apple tapi mama berkenankan yang paling besar dan paling merah.. tengok-tengok namanya 4016 Red Delicious Washington Apple. Dan harganya pulak..jangan terkejut.. RM1.89 sebiji.Wah..

Tak nak bagi kempunan mama ambil sebiji sahaja. Esok-esok kalau teringin belilah lagi sebab kat rumah ni mama sorang je yang suka makan apple. Abah suka pisang..tapi semalam kat tesco pisang takde.. Tina memang tak suka apple..

Ini gambar dari yahoo.. malas betul nak ambik gambar apple kat peti ais tu.. yang mama pilih semalam lagi merah 50% dari gambar nih.. nampak sangat sedap okeh..

Layankan je la selera orang morning sickness ni ek..hehe

Sunday, June 20, 2010

Sudah Kembali..

Pergh..!! punyalah lama mama meninggalkan alam siber ni. Almaklumlahkan dengan keadaan sedang mengandung macam ni, ditambah oleh tekak yang taknak bekerjasama dengan makanan dan bau. Mama decide balik rumah mak mama. Bukan sekejap tau..seminggu mama & Tina kat sana. Sekurang-kurangnya dapatlah melayan tekak yang ntah apa2 nih..

So, semalam malam baru sampai JB semula. Tak larat nak meng'online'kan diri sebab terlalu letih dengan perjalanan. Mama baring dulu..tina abah dia uruskan. Dengan mandi, pakai baju, susu.. bila mama sedar dia masuk baring sebelah mama.. sekejap tu dah tido dah..

Mintak2 lepas ni mama dah tak terlalu malas nak online lah ye. Kesian blog tak berupdate. Dan mama sebenarnya bercadang nak ganti puasa tahun lepas. Mintak doa diizinkan tuhan lah niat mama nih. Tak tau lagi boleh ke tidak..kena cuba dulu..

Jumpa lagi nanti ye!

Thursday, June 10, 2010

15454

Isnin lepas mama dail 15454.. sebab lampu jalan tak menyala dah seminggu lebih. 15454 ni talian aduan @ careline Tenaga Nasional. Mama buat la laporan tentang kerosakan lampu jalan. Katanya aduan akan disalurkan kepada pejabat Tenaga Nasional yang berkenaan.

Dan malam semalam.. lampu jalan sudah kembali menyala. Mama lega sangat-sangat. Yelah, rumah-rumah di jalan ini yang paling banyak hendak dipecah masuk, rosak pulak lampu jalan.. tak ke menambah lagi kegelapan dan mengudang semakin banyak peluang jenayah?

Terima kasihlah kepada pihak yang berkenaan. Berkesan rupanya talian 15454 ni walaupun inilah pertama kali mama guna. Syabas kepada Tenaga Nasional... Terima Kasih!

Tuesday, June 8, 2010

Sample Susu Enfamama Dah Sampai




Efficient betul la MeadJohnson ni..beberapa hari lepas call jek, hari ni dah sampai sample susu mama.

Dulu cuba minum masa pregnant Tina tapi tak boleh masuk, akan keluar balik tapi kali ni kena cuba lagi.. bukan untuk mama..untuk babay yang kat dalam ni..

Tina pun excited nak tengok susu mama..kan selalunya Tina je yang dapat sample susu..hehe




Muka baru bangun tido nih..hehehe.. rasa macam makin tembam jek pulak Tina nih..

Monday, June 7, 2010

Cerita Breakfast


Hehehe..tengoklah bila sikecil belajar buat 'peace'.. penat ajar tau
Breakfast yang dah lama tak buat kat rumah.. mushroom soup & garlic bread
Tina memang suka mushroom soup tapi mama tak nak dia selalu sangat makan macam ni.

Pagi tu Tina menghabiskan semangkuk pink tu mushroom soup & 2 1/2 keping roti gardenia bakar sapu garlic spread.. jangan tak caya tau!

Apakah Itu...?

Berbeza dengan situasi sewaktu mengandungkan Tina dulu, 2nd pregnancy ni .. sejak dari mama check +ve aritu, bila mama berjalan-jalan @ buat kerja rumah lebih sikit akan ada sedikit light coklat stain keluar. Bila mama cium baunya.. tak pulak berbau apa-apa. Mama cakap dengan abah hal ni..

Tapi benda ni keluar cuma sedikit dan tidaklah berpanjangan. Bila tukar panty liner, dah takde lagi. Kadang-kadang risau juga sebab masa Tina dulu tak macam ni. Tapi bila fikirkan.. kalau ada rezeki takkan kemana.. mama redha dan jaga aje sebaik mungkin kandungan yang baru berusia 6 minggu lebih ni.

Mungkin mama penat seharian dirumah dengan Tina agaknya.

So mama & abah decide nak scan sekali lagi sebelum pergi buat kad merah nanti dan waktu tu mama akan tanyakan dengan doktor sekali lagi kemusykilan apakah benda itu. Masa scan yang pertama kali aritu doktor kata itu biasa. Mungkin kesan dari embrio baru nak melekatkan diri kat dinding rahim. So bila kita wat keje sket akan ada sedikit darah @coklat2 keluar. Tapi aritu kata doktor kalau ianya tidak berpanjangan tak perlu risau..

Semoga semuanya berkeadaan baik hendaknya..

Friday, June 4, 2010

Selera Makan & Susu Tina Sudah Kembali

Update untuk hari ini.. semalam mama notice that Tina sudah mula menyusu dan makan dengan berselera seperti sebelumnya. Untuk makan tengahari je Tina menghabiskan 2 senduk nasi putih berkicap dengan ayam goreng dan untuk makan malam pula semangkuk sedang nasi putih berlaukkan ayam kurmak yang dimasak oleh kakak ipar mama.

Untuk susu pula.. sebelum tidur malam semalam sahaja Tina mintak 4 botol susu yang setiap satunya 5oz. Dalam masa kurang 1/2 jam. 4 botol dalam masa setengah jam tau bukannya setengah jam sebotol!!

So itu tanda visible yang dapat dilihat. Mama pun dah bawak Tina pergi urut badan. Bidan tu kata urat2 seluruh badan Tina tegang kerana dia memang tak gheti dok diam langsung..hehehe..

Ok lah tu kan.. at least mama tau Tina dah nak recover dari selsema & batuk sejak 2 minggu lepas tu..

As for mama, sometimes mama rasa okeh sangat..but sometimes bila ada benda-benda @bau-bauan yang mencetuskan loya.. mama akan terus rasa sangat pening kepala dan tak larat. Macam semalam.. sejak sampai umah kakak ipar mama petang tu mama okeh sangat. Tapi bila je kakak ipar mama panaskan lauk ayam masak kurmak kat dapo.. adeh..mama dah rasakan angin muntah dah sampai kat hujung tekak..

Suap Tina makan ayam masak kurmak sangat menyeksa hidung dan tekak. Tapi sebab dia nak jugak mama suap.. tahankan je la..hahaha... bayangkan camner..

Dah 2 pagi mama bangun awal. Abah gi sekolah je mama dah tak tidur.. dan mama akan tido sekejap masa Tina tido tengahari.. buat macam tu rasa oke sikit lah.. so mama kena buat macam tu untuk segarkan badan.

Walaupun hati meronta-ronta nak mengalih-alih pasu di porch.. tapi terpaksalah butakan mata sementara waktu.. bukan apa..biar berhati-hati.. jangan menyesal kemudian..

Jumpa lagi..!

Thursday, June 3, 2010

Apa Yang Sedap Buat Masa Nie..?

Kalau dah namanya pregnant mestilah sedikit sebanyak ada pening, loya.. mual.. macam-macam lah. Biasa la semua tu kan. Tapi alhamdulillah untuk waktu ini masih boleh menjamah nasi walaupun tak sebanyak mana. Masa pregnantkan Tina dulu langsung tak boleh bau nasi.. hehe

Ikan dan hidangan yang terselit ikan walaupun sedikit tu sudah ditolak oleh tekak sepenuhnya. Baunya pun tak ingin hahaha... jadi kalau abah & Tina nak makan ikan kenalah makan kat rumah Mummy Azie & umah nenek sahaja oke.. sian abah..

Setakat ni mama boleh buat keja rumah seperti biasa. Cuma lebihkan hati2 sikit lah dari yang selalu. Masak untuk Tina..layan dia semuanya berjalan seperti biasa. tak ada yang berubah. ragam Tina je yang bertambah jadi mama kenalah BERSABAR banyak2..

Apa yang mama boleh makan buat masa ni? Apa yang paling sedap ditekak mama ialah.. nasi putih, sambal (lada kering kisar +bawang putih+garam) dan ayam goreng yang digoreng dengan garam semata2.. hahaha..alhamdulillah lah kan..boleh jugak makan.

Buah-buahan..pun alhamdulillah semuanya suka..apa pun boleh masuk. paling suka jambu makan dengan kicap + gula sket. Tapi buah-buahan ni baguskan..mama makan je apa jenis buah pun..bagus untuk penghadaman, serat dan kecantikan kulit mama & bakal baby..hehe

Nampaknya itu sahaja update terbaru dari mama.. Oh ye.. Tina dah 90% sihat dah. Batuk pun cuma sekali sekala aje. Tapi pemakanannya mama masih jaga.. tak berminyak sgt..nnt tekak gatal, seafood, telur & kekacang mama masih banned kat dia. Belum boleh selagi tak sihat betul.

Jumpa lagi di post akan datang!

Wednesday, June 2, 2010

Tak Tahu Kenapa..

Tak tahu kenapa sekarang ni..penyakit 'M' datang bertimpa-timpa. Ya Allah kadang-kadang ada masanya nak online pun tersangatlah malas. Rajin jalan-jalan blog kengkawan sekelian tapi.. nak letak komen pun punyalah'bencinta'.. aduhai...

sekarang ni tiap-tiap malam tido awal sikit. Bukan apa..nak elakkan pening dipagi hari. Mama harap kengkawan mama sekelian faham ye.. bila semua ni dah beransur ok..mama akan ber-online semula seperti selalu. Rindu nak update blog tapi MALAS nya YA ALLAH..

Mama berdoa agar fasa ini dapat dilalui dengan tabah.. hehehe.. elleh macam la baru 1st time pregnant ek..hahaha..

Takdelah..tengah malas tahap gaban tu je..

Tuesday, June 1, 2010

Masih Batuk La..

Hari ini pun Tina nampak sihat dari semalam. Hingus dah tak meleleh lagi tapi batuk belum sembuh sepenuhnya. Isy..kalau yang namanya batuk memang lambat la nak sembuh. Malam tadi pun batuk-batuk sampai muntah sket..

Harap-harap cepatlah sembuh batuk ni.. risau la anak sakit lama-lama nih..ubat masih ada lagi. Kalau tk sembuh jugak sampai stok ubat habis nampaknya kena la jumpa doktor lagi nih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...