"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, July 4, 2010

Mama Keguguran 11 Minggu

Memang dah ditentukan.. kandungan kali ini bukan rezeki mama & abah..bukan jugak rezeki Tina untuk dapat adik. Sekadar dugaan buat kami. 'Dia' hadir hanya seketika dan dia diambil pergi tanpa meninggalkan pesan.

29 Mei 2010
Mama ke klinik mengesahkan kehamilan selepas membuat ujian kehamilan sendiri dirumah. Doktor di poliklinik penawar kota tinggi mengesahkan mama hamil 5 minggu. Kami semua gembira..

26 Jun 2010
Mama ke Klinik Bersalin CS Koh untuk scan sekali lagi. Tetapi kali ini doktor mengesahkan yang janin tidak dapat dilihat didalam scan. Hanya sarung janin yang kosong dapat dilihat oleh doktor. Doktor menetapkan 2 minggu lagi untuk scan yang seterusnya.. kami keluar dari klinik dengan tanda tanya..

1 & 2 Jun 2010
Mama dapati ada cecair kecoklatan keluar dengan agak banyak. Mama agak curiga jadi mama & abah decide untuk scan sekali lagi. Tapi kali ini di Poliklinik Keluarga di kota tinggi.

Doktor di poliklinik keluarga mengesahkan bahawa kandungan mama hanya tinggal sarung yang berusia 11 minggu. Janin didalamnya sudah tiada. Doktor pasti yang mama sudahpun keguguran. Cuma darah & segalanya belum turun sepenuhnya sebab mama tak bleeding pun lagi.

Masa doktor sedang menerangkan kepada mama & abah, tina sibuk bertanya pada doktor..
Tina : takde ke?
doktor : takde sayang.. dah tak ada dah
Tina: baby sembunyi ke?
doktor : (hanya senyum)

Doktor minta kami tunggu seminggu lagi. Bagi tempoh supaya 'ia' turun sendiri. Minggu depan, jika hasil scan menunjukkan sarung itu mengecut, doktor akan memberi ubat supaya ianya boleh turun semuanya dengan selamat.

Tetapi doktor pesan, sekiranya mama demam maka mesti secepat mungkin ke hospital supaya d&c dapat dibuat segera.

Dan ketika post ini mama tulis, mama baru sakit perut sikit-sikit .. darah & lendir berserta sesuatu yag kelihatan seperti tisu basah yang hancur keluar sedikit demi sedikit tanpa rasa sakit. Mama tuam perut dengan batu sungai, minum air kunyit dan makan jamu supaya apa yang ada dapat keluar segera.

Mama & abah terima.. ini bukan rezeki kami. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Tapi apa yang mama tahu,mama tak sedikit pun menyesal dengan keguguran ini kerana mama dah buat yang terbaik 'untuknya' sejak tahu mama pregnant. Adalah rezeki yang lain nanti..

Thanks to Mummy Azie sebab belikan baju pregnant yang cantik untuk mama.. ada rezeki nanti lain tahun mama pakai ye..

Kisah 2nd pregnancy berhenti disini..

17 comments:

Lelord said...

xpe kan bukan rezeki along ngan grob dan juga tina...
mana tau rezeki datang bergolek dpt twin lak hehhee

Lily@MamaZaraZareef said...

Takziah sekali lagi ye Sha..jaga kesihatan betul2..smoga sume dpt 'turun' ngan selamat..insyaAllah, ade rezki lain akan dtg..

Diamilikku said...

Sha jgn sedih2 tau...mungkin allah ada perancanganNya tersendiri...sha sabar k..insya allah...ada rezeki lagi nanti....su doakan tina akan segera dapat adik....

Zaidah said...

mungkin tak ade rezeki....jangan bersedih...insya Allah...rezeki lain akan menanti...

jiHAN said...

along.. jangan sedy2 tau.. insyallah, ada rezeki lain kali!! amin!

Sha@Mama TinaAzra said...

Lela - Insya'allah ko doakan la aku cepat sihat & leh pregnant lagi..kita sesama tau!

Sha@Mama TinaAzra said...

Lily - Thanks.. sha harap macam tu jugak

Sha@Mama TinaAzra said...

Sue - Takpe sue, sha redha..terima ketentuan. Bukan rezeki kami. Takpe..sha rest & makan ubat..dah sihat sok bolehlah pregnant lagi

Sha@Mama TinaAzra said...

Zai - thanks zai.. insya'allah

Sha@Mama TinaAzra said...

Jihan - Than ean.. takpe.. cuba lagi bila dah betul2 sihat nanti

Unknown said...

Sha, umur masih muda, masih boleh diusahakan lagi....ketentuan ILlahi, KITA KENA REDHA,...

SABAR yer sha..insyaallah, ader hikmah disebaliknya tu..

@>--ummi zahra--<@ said...

takziah sha..sha jgn sedih2..kena kuat..mungkin Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk sha nanti..

Unknown said...

jgn sedih2...insya'allah ada rezeki kemudian hari...semua ni ada himahnya....jaga kesihatan n bykkan berehat.....

Unknown said...

lama tak singgah sini.. rupanya ada khabar begini..
Insya allah semoga dipermudahkan rezeki lain kali... berpantang gugur ni harus jaga baik2... take care ya

MommyAngel said...

Yes .... this time cannot then maybe next time. All we want is a healthy baby right? You are doing the best you can sha and rest well for now ya :) take care ....

Ju@Lucky^Mummy said...

alahai...

x pelah.. kali ni belum ada rezeki lagi..
jaga diri baik2 ye..

MeRy said...

Sad to hear that...You r still young.......still have the chance!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...