"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, August 24, 2010

Gardening Di Malam Hari?

Hmm..sebenarnya sejak bulan ramadhan ni mama jarang sangat keluar ke halaman waktu siang. Tak tahan rasanya nak berjemur walaupun pada cahaya matahari pagi. Keluar pun sekejap je untuk dapatkan vitamin D..hehe

Tapi malam ni balik je dari rumah MIL mama kerana berbuka kat sana, mama ajak abah keluar kat halaman. Tapi terlebih dulu bukak CD untuk Tina. So dia asyik layan CD..tak perasan kami keluar jap lalu pintu dapur. Hmm..sejuk je kan..berkebun di malam hari.

Sempat jugak mama cabut lobak putih sepokok. Hahaha..pendek je lobaknya. Terbantut mungkin. Mama tak pernah tanam lobak sebelum ni, tak tau camner..bila nak cabut. Bila mama tengok pokok lobak tu dah siap berbunga2 sekelian..terasa pelik pulak..ah..try je cabut. Mungkin boleh buat lauk sahur esok.. :)






Sempat membuat pembakaran terbuka sikit kat laman..huahua.. sampah daun-daun banyak sangat..bila dah bakar tu nanti boleh la ambik tinggalannya untuk campur dengan tanah. Boleh buat medium penanaman.

Lagipun sekarang ni tengah mengaruk serangan siput..perghh!! tension tul. Habis daun sawi mama yang baru nak gemuk dimakannya. Jadi mama kadang-kadang suruh abah round jap untuk buangkan siput..
Lebih kurang pukul 10 malam, mama masuk dulu. Tinggalkan abah yang masih cabut rumput kat luar..



Toyol: hehehe..dah buat lauk untuk sahur dah lobak malam tadi tu.Tumis dgn bawang & ikan bilis jek...hmm..delicious!

2 comments:

Zaidah said...

rajinnyer sha berkebun di malam hari....projek kolam ikan dah siap blum...

Sha@Mama TinaAzra said...

Hehehe..husband kata itu projek taun..so lom siap sepenuhnya la. Nak kata separuh pun tak lagi..belum jadi seperti apa yang diinginkan katanya...kalau dah siap nnt sure akan diupdatekan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...