"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, September 18, 2010

Cerita Hari Raya 2010 - Episod Parit Baru, Pontian

Alkisah raya tahun ini mama sekeluarga beraya dirumah family abah di Parit Baru, Pontian Johor. Gilir-gilir kan.. so 9hb kami dah bertolak balik ke kampung parit baru. Dengan berpuasa, mengemas rumah yang baru siap dibina memang sangat mencabar keimanan..hehehe.. mama duduk mengisi kuih dalam balang dan duduk membungkus hidangan yang nak dihantar ke rumah-rumah je. Rilek sket la..curi tulang.. :)

Pagi raya abah & para bapa sekelian pergi ke mesjid sembahyang sunat hari raya tapi yang ibu-ibu tak ikut pun. Mana nak ikutnya.. anak-anak sekelian tak mandi lagi. Maklumlah bilik mandi ada 2 je yang comel2.. kena amik turn. Jadi kami dahulukanlah orang yang nak pergi sembahyang raya. Diorang dah pergi maka mama pun cepat-cepat siapkan Tina dan bersiap untuk diri sendiri..

Balik sembahyang raya masing-masing berterabur buat tugas masing2. yang melayan anak-anak la..yang sibuk menyiapkan kamera untuk photo session la.. yang lebihnya masih kat dapur menyiapkan hidangan dimeja makan

Apa pun, tradisi family abah ialah bertakbir anak beranak dipagi raya. Didahului oleh atuk, diikuti oleh abang ipar yang sulung, yang kedua, yang tengah, kemudian abah dan diakhiri oleh adik ipar mama.

Selesai bertakbir, atuk memberi nasihat & peringatan kepada anak-anak, menantu & cucu sekelian. Habis itu.. maka bermulalah upacara bersalaman. Yang pertama.. isteri2 bersalaman dengan suami masing-masing. uiskh.. berderai-derai air mata masing-masing.. hehehe..termasuklah mama & abah. Siap berpeluk-peluk bagai nih.. hahaha... drama betul la.

Kemudian, barulah bersalaman dengan seluruh ahli keluarga. Bermula dengan atuk, nenek, kakak ipar yang sulung dan seterusnya. Kami beratur mengikut turutan siap dengan cucu-cucu sekelian sekali. Yang kecik macam Tina & kimi pun kami ajar bersalam. Yela walaupun diorang ni belum faham tapi Tina bagus jek sebab dia ikut apa yang mama & abah buat. .. :)

Dan sessi bergambar-gambar bermula.. mama tunjukkan gambar keluarga sebelah abah..

Berdiri dari kiri : Mama, kak linda, kak yus & baby adam, kak azi, kak leena, atuk, nenek, pak su, kimi & abg sharif, abah, abg aid

Duduk : Awisy, Tina, Opie, Danial & abg amy







Tahun ni tema maroon ek.. cuma ibu-ibu sekelian je yang tak maroon menyala sebab nak matching dengan family masing-masing.



Lepas sembahyang jumaat, kami pun gerak beraya ke rumah saudara-saudara yang tua kat kampung tu. Ada 3 ke 4 buah rumah jugak yang diterjah. Balik rumah sudah sangat penat okeh.. malam tu ada kejadian misteri nusantara berlaku...sambung part 02 la..ek..tunggu

Sebelum tu.. layan gambar raya Tina, mama & abah dulu ye..





1 comment:

Lily@MamaZaraZareef said...

meriahnye raya korang kat pontian ni..sume sporting ikut tema plak tuh..=)..nway sha, baru tau psl hidung tina yg cedera terhantuk sofa..sian die..nasib tk cedera teruk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...