"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, October 6, 2010

Jumpa Doktor Chaterine Lagi..

Isnin lepas mama & abah decide nak bawak Tina pegi check up kat Puteri Specialist. Dia kan selsema & batuk. Few days ago ada mild fever. Lagipun lately ni sistem 'pembuangan' Tina nampak macam tak begitu baik la. Asyik nak kena bantu dengan "Lactul Solution' jek.

Mama & Tina siap-siap tunggu abah balik sekolah. Abah balik awal hari tu. Tina memang dah siap. Mama jek belum lagi. Gilir-gilir mandi sebab takde sape nak teman Tina..mama snap beberapa keping gambar dia yang tengah cantik tu..hehehe


bila suruh posing..mesti buat muka yang pelik2..hihihi





hidung berair..selsema..tapi tetap control cun muka yg macam2 dia tu :)





Ipin tu beli kat pasa mlm. Sibuk betul nak..sampai kat rumah sekejap jek mainnya..


Takde la lama sangat menunggu sebab orang tak ramai pun. Kebetulan hujan lebat sangat. Bila masuk check, dokte kata Tina selsema sebab alahan. Macam biasalah. Batuk. Dokte tengok hidung dia..quite kronik jugak la sebab hidung dia sempit kerana alahan tu. So dia kena makan ubat alahan lebih sikit dari dos yang lepas.Ubat masih yang sama.

Then dokte kata Tina tak perlu antibiotik & ubat selsema. Reducekan alahan dia..selsema akan hilang. One more thing, perut dia tak ada apa-apa masalah ..susu pun bukan masalah, tapi syndrome 'usus malas'. Serius mama pun nak tergelak dengar.

Syndrome usus malas ni adalah disebabkan oleh kurangnya serat dalam makanan anak. So dokte sarankan mama bagi Tina lebih sayur-sayuran hijau dalam makanan harian dia. Contoh senang nak tunjukkan yang dia perlu makan banyak sayur adalah macam ni : kalau kita buat bubur nasi, letak sayur sekali biar sampai bubur tu jadi hijau dek kerana sayur. Ha..macam tu la. Pas tu kena bagi dia buah-buahan. Bukan puree atau jus tapi buah potong. Then dokte stressedkan lagi..jangan bagi pisang untuk redakan sembelit. Pisang bukan pilihan terbaik untuk itu. Betik, belimbing, kiwi... antara pilihan tepat untuk anak.

Satu lagi dokte pesan jangan bagi kentang banyak. Kentang boleh memadatkan najis dia..macam tu la dokte pesan.. ooo baru mama perasan, sejak raya ni kan asyik makan makanan berat jek. Mana ada orang buat open house masak salad kan raya-raya ni hihihi...so mama kena masak back to normal la..sayur, ikan & buah untuk tiap hidangan makan Tina.. :)

Keluar je Puteri Specialist, Tina ajak ke Giant. Mama & abah pun saja nak jalan-jalan beli diaper fitti yang tengah murah kan..so ok jek la. Berjalan2 3 beranak. Mestilah nak makan kan. Abah balik sekolah tu makan sikit je kat rumah sebab mama masak bubur. Tina tak sihat..dia tak nak makan nasi. So kami ke FC dulu..isi perut..tengok gambar budak comel ni jumpa KFC..



semuanya dia nak..tengok tu..





pilihannya tetap mashed potato & coleslow..eh camni ke eja dia..





makan dengan berseleranya sebab everything masih panas..


Kenyang perut kitaorg bersenam & berjalan-jalan tengok2 barang. Takde yang spesifik pun..cuma sesaja merayapkan. Hahaha..keluar2..suku trolley gak sudahnya.. Tina mama letak dalam trolley, tengok apa dia buat..








asyik betul dia dengan buku upin ipin tu. kepit la kesana kemari. Buku tu actually terselit jek celah2 buku lain kat kedai buku depan cashier counter..tapi dia nampak pulak tu.. mata budak-budak kan..terang lagi tajam..


Balik dari giant tu..Tina mintak susu. sekali sedar-sedar senyap jek kat belakang..rupanya..


6 comments:

MeRy said...

Hope tina will recover soon.

Lily@MamaZaraZareef said...

tina batuk2 lagi yek..hope cpt sembuh k..nway, mmg cantiklah tina arituh..siap ngan skirt n kasut berposing ye..=)

Unknown said...

comelnya tina~

Sha@Mama TinaAzra said...

Mery - I hope so..pity her..

Sha@Mama TinaAzra said...

Lily - uisy..susah nak dressed kan dia macam ni. selalu pakai sandal jek..agak jakun pakai kasut la..hihihi..tapi tetap comel kan..

Sha@Mama TinaAzra said...

Izzah - Thanks for being here ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...