"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Thursday, November 25, 2010

Oh Private Hospital..

Mama baca surat khabar pasal charge hospital swasta, Suratkhabar hari ni kan.. charge mahal..layanan..

Kalau ikut pandangan mama la, ikut kemampuan sendiri. Kalau rasa mampu nak bayar, bolehlah dapatkan rawatan kat sana. Kalau tak.. hospital kerajaan ada menanti untuk memberi khidmat.

Mungkin sebab mama tak pernah mengalami keadaan yang 'menyakitkan hati & perasaan' kat hospital kerajaan jadi mama tak berfikiran negatif tentang itu walaupun ramai kawan2 ada bercerita pengalaman yang tak enak didengar telinga..

Contohnya masa nak bersalinkan Tina dulu, mama & abah tak terfikirkan hospital swasta pun. Yelah..sebab kami ni bukannya mewah sangat. Lagipun abah 'orang gomen' kan..rugi rasanya tak ambil kesempatan atas kelebihan itu. Dapat wad 1st class.. hmmm..not bad. Bagi mama yang masuk pertama kali 1st class.. rasanya facilities sama je dgn private. Katil sama.. layanan sama..

Nurse2 yang bertugas sepanjang mama ada kat sana pun baik2 belaka. Bukan nak puji semacam tapi memang betul. Untung sangat dapat nurse yang prihatin..

Memang pengalaman yang ok jekla.. masa keluar pun bayarannya cuma RM32 sahaja. Berbanding sesetengah kawan2 yang terpaksa membayar bil bersalin kat private hospital yang mencecah RM2000.. huhuhu...tak mampu la mama& abah kot.. :)

Ini cuma pandangan tersendiri. Mungkin kalau mama ditempat & keadaan sesetengah orang..mama pun akan pilih private hospital.. tak mustahil..

Macam sekarang ni..kalau Tina demam.. mama & abah pilih ke puteri specialist..private kan tu. Walaupun klinik lain berlambak ada kat JB nih..kenapa?

Sebab setahun sebelum tu..asal Tina demam je..dokte tak dapat kesan kenapa demam dia berulang2..susah tido malam..& kalau selsema susah sangat nak baik..

Suggestion mak mama supaya bawak Tina ke puteri specialist tu..mama ikut..cuba dulu katanya..alhamdulillah kami dapat tahu pasal alahan hidung Tina dalam 2 minggu..she's cured. Memanglah alahan tu akan kembali..at least kami dah tahu apa masalahnya. Yang penting ianya tak berkaitan langsung dengan asma atau paru2 berair ke pe..ooo mintak simpang..

Jadi.. apa pendapat orang lain ek? Tepuk poket..tanyalah kemampuan... :)

7 comments:

Lelord said...

btul la along...pada aku kalau mampu ok jek kalau nak g private spital, spital gomen bukan x bagus, tp kadang2 mungkin nurse2 dh keletihan..ramai ooo yg pegi spital tu yg dorang dah x larat nak layan n senyum manjang

Lily@MamaZaraZareef said...

tulaa..kadang2 iku nasib gak gi hosp gomen nih..ade tpt yg ok, ada yg kate tk ok..mostly yg kp tk ok tuh sbb misi garang2 + ramai sgt dokter pelatih yg tk berpengalaman..=p. hosp swasta layanan kenalah lebih baik kan sbb kite bayar diorang..diorang wt bisnes..dpt duit, make layanan pon extralah,,huhu

Sha@Mama TinaAzra said...

Lord - betul la lord..nurse & dokte tu pun kan manusia..ada buat silap. Bukannya dokte 7 nurse private ni tak pernah wat silap pun..ala..namanya pun manusia..

Sha@Mama TinaAzra said...

Lily - Huhuhu..misi garang..common punya reason. Kata org2 berpengalaman..jangan masuk spital gomen ni tersalah masa..time2 misi pelatih tgh praktikal..donte2 pelatih tgh praktikal..uwah...kompem sakit ati punya :)

Diamilikku said...

su pulak lebih prefer private..bukan sebab kaya raya mewah duit..tapi sebab private kat kedah nih mahal mana sangatlah kalau dicomparekan ngan private kat kl kan..masih berkemampuan...su bersalinkan both kids kat private pada harga lebih kurang RM1.5k....kalau kat KL mesti dah 4k 5k kan...pasal rawatan anak2 pun su pegi jumpa paed (pakar) di swasta terus..sebab bawak gi gomen asyik2 ubat demam, batuk..anak tak baik2 pun..bila gi pakar ada antibiotik dll yang membuatkan anak kita cepat sembuh...

tapi...........
su tetap bawak diorang monthly check up yang kat klinik kesihatan ibu anak tu....tak penah miss :)

Unknown said...

pd aku pun ikut kemampuan masing2...aku pun dulu b'salin kat HSA jer..alhamdulillah sgt2 b'puas hati dr segi layanan..kali ni pun insya'allah akan ke HSA lagi....

tp klu bab check-up anak2 mmg aku sentiasa pi ke klinik pakar kanak2 (private la kan...) sbb kdg2 ubat dr klinik2 desa ni kurang sikit kesannya...

myself said...

betul tu long. semuanya balik pada kemampuan kita jugak. aku pun ade pengalaman hospital kerajaan ngan swasta. anak aku yg sulung hampir 2 bulan duduk kat wad neonatal Hosp. klang. kalau dikira brape dah kosnya. Alhamdulillah, layanan nurse gan doktor pun memang baik. tak dinafikan keje diorang memang teruk. tp sebab aku keje gomen, brape sen jelah kena bayar. and then, bile die demam teruk masa umur 3 thn, warded kat spital gomen tapi tak baik2. so transfer hospital swasta. total caj of RM3000 for 5 days warded. everything balik pada poket kita jugak la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...