"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, December 29, 2010

Stream Bath Di Parit Hj. Amin

Sambung cerita cuti2 mesia ek. Lepas je meround kat pekan parit buntar esoknya kami Parit Hj. Amin pula. Kat sini ada perkhidmatan stream bath ala-ala tradisional. Mama kenal gitu2 je la dengan wife owner dia tapi adik mama memang baik dengan dia. Berketurunan cina, tinggal dalam kampung orang melayu..tapi come out with stream bath idea yang sangat bagus untuk menjaga kesihatan

5 tahun dulu masa berbual2 dengan owner tempat ni, dia memberitahu yang bahan bakar adalah tempurung kelapa yang dibeli dari sekitar kampung saja tetapi setelah tempat ini mula terkenal dikalangan masyarakat sekitar, tempurung kelapa diimport dari Thailand untuk menampung kekurangan.

Duduk dalam stream bath room ni, bagi sesapa yang tak biasa memang agak 'melemaskan' la. Maklum..hawa panas sahaja kat dalam tu..sampaikan tarik nafas tu hawa panas berbau serai wangi menusuk hidung. Kalau selsema kompem boleh sembuh punyalah.

Mama masuk dengan mak & abah mama. Adik ipar mama nak masuk tetapi hanya selepas kandungan 6 bulan je yang boleh. So dia kena tunggu kanak-kanak kat luar. Sebelum masuk dinasihatkan minum air halia yang disediakan tuan punya..dimasak guna dapur kayu jek tu..

Setiap 15 minit kami keluar sejukkan badan dan minum air. Lepas 3 kali keluar masuk mama dah tak leh tahan dah..panas!! Mama kuar minum air lagi sambil jalan2 kat sekitar.

Dikelilingi sawah padi menghijau, tanaman sayuran, air terjun buatan, pondok dan kolam ikan membuat empat ni sangat nyaman. seronok duduk kat situ..





Jangan bimbang, kemudahan tandas & tempat bilas badan ada disediakan. Home made lagi..guna kayu..air dia sejuk giler..

Owner ni ada bagi mama site untuk dikunjungi..kalau korang berkenan nak baca bolehlah tengok kat :
http://www.bicycle-adventures.com/sauna-in-malaysia.html
&
http://www.bicycletouringmalaysia.com

Mama kalau datang perak mesti nak ke sini walaupun sekali..hehe..best!
Kalau korang datang perak especially ke bagan serai atau parit buntar..singgahlah recharge korang punya energy sambil keluarkan peluh 'jahat' hahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...