"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, January 26, 2011

Nasi Lemak Ayam Goreng POP

Ha..nak kongsi satu gerai makan. Diorang ni dah lama beroperasi tapi mama dengan abah baru je terbuka hati nak cuba malam tadi. Gerai ni dekat Tun Aminah..dekat dgn rumah MIL mama je..

Ni ha tempat dia..

Version gambar amik dari dalam kereta

Gerai lori ni parkingnya kat selekoh depan Kedai Pengantin POP. Ni kedai pengantin cina tau. Kalau masuk dari simpang Restoran MAEDO (restoran cina kawen..mama yg bagi nama), gerai ni kat sebelah kiri anda.

Mula-mula dulu rasanya cuma ada 1 khemah kecik jek. Sekarang ni dah jadi 4 khemah kecik. Jom tengok apa yang mama & abah makan..

Close Up




Kami amik 2 set Nasi Lemak Ayam Goreng. Abah minum teh ais & ais kosong, mama pulak amik teh tarik kurang manis. Tina? tak yah..kongsi jek hahaha...

Not bad.. nasi lemak dia masih panas..ayam goreng dia very the rangup & sedap..timun dia bagi 2 slices tapi tebal ye hirisan dia. Cuma sambal dia tak 100% masak mungkin sebab dia nak sentiasa panaskan bila org order. Tapi sambal dia pun sedap. Tak pedas sangat..ada rasa la..

Air dia pun ok..mama punya teh tarik kurang manis sedap. Mama suka. Tina? dia tak kisah pun..apa je dia makan..Tina banyak minum ais kosong jek. Tak minum air yg kami order sangat

Altogether baru RM11.50 je..

Overall..sedap! Bolehlah pergi makan lagi bila-bila teringin. Anda tak percaya? Cuba sendiri.. :)

Ini pulak reaksi abah..





Tak lupa gambar budak comel rambut gulung-gulung berbaju t-shirt kuning..


Mama buat iklan secara percuma je nih. Kakak gerai yang peramah tu tak suruh pun..tapi sebab makanan dia sedap, mama sukarela nak share dgn korang-korang semua.. kalau ada sape-sape nak pegi..tak tau tempat boleh tanya mama.

Gerai lori ni bukak sampai pukul 11 malam tetapi bergantung pada makanan dia lah. Kalau dah habis dia tutup awal. Dinasihatkan kalau nak pegi, datanglah awal sebab ramai sangat orang yang datang makan kat sini.. kang sampai-sampai dah habis..menyesal pulak kan..

sekian
~iklan ini tidak dibayar siarannya~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...