"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, June 7, 2011

Ayam Goreng Berempah



Dah kenyang makan, dah banyak kali buat..baru kali ni rasanya nak kongsi resepi yang mudah & sedap nih.

Resepi mama ambik dari Blog Mrs Fiza. Korang patut cuba sebab resepi ni memang sangat lah mudah & sedap. At least beza la dari ayam goreng kunyit yang biasa tu kan..

Ok ok.. Ni resepi dia..

Bahan-Bahan :

*Ayam - ikut suka la nak potong beso ke kecik..
*Serbuk Cili Babas - mama menderhaka sket sbb takde serbuk cili. Mama ganti dengan cili kering kisar jek..huhu
*Rempah Kari Babas
*Bawang Putih
*Bawang Merah
*Bawang Besar - ketiga2nya dikisar, guna sket jek air..menderhaka lagi..mama tumbuk dgn lesung jek
* Tepung Gandum
* Garam Halus


Caranya:

*Bersihkan ayam, toskan & lumur dengan kesemua bahan-bahan sekelian. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam untuk rasa yang lebih sedap hingga ke dalam


Senang tak?..see.. senang sangat2 kan. And memang betul kata Mrs Fiza, lebih lama perap lebih sedap sebab ayamnya tetap lembut berbanding digoreng kunyit gitu2 jek.

But abah lebih prefer ayam ni digoreng 70% cook dengan luaran yang sedikit garing. Lebih juicy katanya. But mama prefer well done lah.. :).

Tina universal..pape pun dia makan jek. And kalau mama buat ayam goreng berempah ni, Tina suka sangat meratah ayam cicah sisa2 gorengan tu..kan buat dari bawang kan..rasa bawang goreng lebih la.. :)

Gambar kat atas tu mama ambil masa bercuti2 mesia kat KL aritu. Kakak ipar mama nak rasa ayam goreng berempah ni so mama pun dengan senang hati tunjukkan kat dia. Komen dia..ok..sangat sedap..

Sape2 belum try patut try sesekali..memang best! Thumbs Up..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...