"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Saturday, May 26, 2012

TTC

Kalaulah anda perasan TTC ticker mama kat tepi tu.. nampak tak? See.. lama dah kan sejak keguguran. Saja je letak sebagai peringatan..huhu peringatan yang kekadang mengundang stress sendiri..

Hati naluri percaya, rezeki itu ada. Cuma masanya je tak diketahui. Apa yang boleh dilakukan.. usaha sebaik mungkin & berdoa moga dimakbulkan. Bukan tak irihati melihat & mendengar orang lain dengan senangnya "dapat" .. bohong sangat kalau kata tak kisah..

Almaklumlah umur dah angka 3 ni.. kesihatan nak kene jaga. Impian & harapan tetap hidup subur.. masih menunggu dengan sabar..

Apa la yang aku merepek nih.. ok la korang. Sebenarnya nak cakap.. doakan ye ..moga2 dengan doa2 kalian semua mengiringi.. cepat dimakbulkan.. amin..

Tuesday, May 22, 2012

Momen.. 1st time Tina Amik Neb..


Masa ni batuk sgt teruk.. kata org tak bagus kalau nak kene neb selalu..ye ke?

Thursday, May 17, 2012

Nukilan hati Tina Untuk Abah.. :)


Dia mungkin belum begitu faham.. tapi effort & kesungguhan dia sangat menyentuh hati kami berdua lebih2 lagi abah..

Mama guide & tolong sebutkan huruf ..dia yang menulis sendiri.. suruh mama buatkan "heart" sebab katanya.. tina tak pandai..

Syukur Ya Allah.. walau hanya dia seorang tapi hati seorang mama & abah sangat berbangga memiliki dia.. :)

Tuesday, May 15, 2012

Kad Teacher's Day Dari Tina Untuk Teachernya.. :)



Ini tulisan budak montel kesayangan mama untuk teacher dia.. bangga dia boleh menulis semua huruf walaupun baru masuk kindie hampir 5 bulan dan umurnya pun baru 4 tahun 7 bulan je..

Dia excited sangat nak sambut hari guru.. dia tau kene beli hadiah untuk cikgu2 dia.. :)

You did a very good job sayang :)

Monday, May 14, 2012

Update Monavie after 2nd bottle

Okeh.. kita cerita pasal monavie punya update ye.. botol kedua sudah selamat ke titisan terakhir dah..

So far, Tina memang lom clean lagi dari batuk & selsema. On off la 2 benda ni. cuma hidung dia dah kurang bengkak bila dia selsema. Mama pun cuba kurang2kan bagi ubat. Bagi minum air suam banyak & terus monavie je..

Sekarang tina minum monavie pun dah tak payah minum air lagi dah. dia dah ok sangat2..

sepanjang monavie ni badan dia memang kerap berpeluh2.. basah2 baju & bila baju lembap dek peluh..mula lah dia akan ruam.. hihi.. so kat rumah mama selalu pakaikan short & singlet sahaja.. biar badan dia tak lembap sangat..

so skrg ni masuk botol ke-3 monavie ye.. :)

Thursday, May 10, 2012

Yes.. true.. I Am Happy For you My Friend :)

:)

untuk kali ini .. dari banyak2 kali yang lain.. mama rasa sangat gembira dengan berita baik yang disampaikan oleh seorang kawan. Dia pun sama macam mama.. dah lama menunggu rezeki utnuk 2nd baby.. so hari ni dia bgtau mama berita tu. Alhamdulillah la kan.. penantian salah seorang dari kami dah berakhir dengan gembira..

semoga dia selamat hingga ke akhir proses..

Mama macam biasa.. minta doa dari semua juga untuk rezeki sekali lagi. Semoga Allah yang maha kuasa mendengar doa kami..

amin..

Thursday, May 3, 2012

Selalu Sangat Jatuh Cinta..

Mama jatuh cinta pada roses kembali. Hukhuk.. dulu-dulu pernah jatuh cinta & beriya2 tanam tapi dek kurang ilmu.. hampir 90% kiok begitu sahaja..

Sekarang ni mama dah jumpa group orang2 yang cintakan roses kat facebook. Banyak ilmu mama dapat dari sana.. bagus betul!

Hasilnya..



1st time beli pokok ros online weh!! Alhamdulillah pokok ni sampai dalam keadaan segar & sihat walafiat pun..pasu kecil tu GREEN APPLE & pasu besar tu DIJON





yang ni hasil rembatan kat nuseri pasar peladang skudai.. namanya belum dipastikan




Ini pun hasil rembatan dari nuseri yang sama jugak tapi dah dikenalpasti namanya.. FRILL WHITE






hahaha.. susah kalau dah jatuh cinta nih kan.. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...