Hari ini 15 Jun mama & abah ada parents day kat tadika kakak. Mama request sangat abah dapat datang sama dengan mama untuk tengok result progress kakak yang pertama. Alhamdulillah abah dapat keluar awal..
Ni gambar sebelum pegi. Mama tanya kakak nak pakai baju sekolah ke? kakak kata takmo.. huhu
Masa sampai tu dah pukul 10 lebih. Ibu bapa pun ramai. Jadi kene gilir2 lah masuk jumpa teacher anak masing2. Kene menunggu dalam stengah jam jugak lebih kurang.
Bila teacher dia tunjuk report, kertas exam dia & cerita pada kami tentang kakak kat sekolah.. hmm.. alhamdulillah senang hati mendengarnya
Terasa berbaloi apa yang kami buat selama 4 bulan lebih ni. Tapi teacher dia pun sangat ambil berat, setiap kali ada masalah dengan Tina.. teacher akan jumpa & cakap.. apa kelemahan.. apa perlu ditekankan semasa belajar kat rumah.. mama & abah cuba buat sebaik mungkin. Apa yang termampu..
Ni kat sekolah la ni.. lepas amik progress report.. ada refreshment sket, kami jamah juga :)
Ni kat rumah.. happy sangat dia..
Bila kami tanya, kakak nak hadiah apa? huhu.. korang nak tengok hadiah yang dia mintak..
TARAAA ....
TARAAA ....
Nak hadiah kek angrybirds hahaha... nasib baik kat mutiara rini pun ada jual. Puas la hati dia..senyum2 sampai telinga. Balik rumah dia cakap nak nyanyi happy birthday song.. nyanyi la nak oii.. :))
Kami makan 3 beranak keknya.. meraikan kejayaan kakak..
Alhamdulillah.. syukur..
3 comments:
Hehehehee mintak kek ye tina....congrats
congrats....
Is a nice Parents- Teacher's Day meeting for everyone.
Happy to know that Tina is doing well at school.
Post a Comment