"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Friday, July 27, 2012

Agar-Agar Santan Gula Melaka Juadah Berbuka 6 Ramadhan

Bertahun2 asyik makan agar-agar yang orang je buat. Pastu pandai lak komen itu ini..hihi.. jadi ramadhan kali ni nekad nak cuba sendiri. Kat rumah sendiri je kan.. kalau tak jadi pun takde org tau gitu hihi




Alhamdulillah menjadi agar-agar mama.. cantik.. tak keras.. just nice je.. manis pun just nice :)





Masuk acuan kuih puteri ayu sebenarnya.. cantik bila dah keluarkan. Yang bulat tu masuk acu kuih lompang..ala..acu yang merah kecik2 tu





Puashati sangat :)


Resepi : Agar-Agar Santan Gula Melaka
Sumber : Blog Kak Nor

12gm agar-agar ( mama guna yang tali2 tu.. dah beli lama)
1/2 cawan gula merah (mama guna 3 keping gula melaka)
1/4 cawan gula putih (mama tak guna)
1150 ml air (1100ml)
120ml air campur 1 paket santan serbuk (mama guna suku kotak santan KARA)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.


Senang je kan.. :D tak susah pun. Ada kawan-kawan kata boleh diletak pewarna juga tapi mama tak try la.
Anyway..selamat mencuba ye.. :)

4 comments:

Unknown said...

peberet damya nih....sedap makan sejuk2..

dieya said...

tak pernah tgk yg dlm acuan mcm ni.. selalu tgk dlm loyang je, potong 4 segi

Sha@Mama TinaAzra said...

Is.. dah sejuk baru sedap ek..

Sha@Mama TinaAzra said...

Dieya - hihi.. konon nak lari dari kebiasaan la kiranya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...