"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Sunday, December 30, 2012

Saja La Tu.. :)






Saja la tu kan.. dah lama tak menepek gambar sendiri kat blog.. Ni masa nak gi jemputan kawen kat Rini Hill last week..

Gambar sebelum masuk tahun baru kan.. aduhai..hahaha.. nak jugak...

Sekarang ni serba serbi malas.. sampai nak touch up muka sendiri pun dah naik malas..


Saturday, December 29, 2012

Drawing & Paint

Jangan tanya dengan mama.. sebab mama memang tak pandai & tak suka melukis. Dulu2 pun seni lukisan la paling membebankan.. huh!

Tapi Tina ni nampak macam ada minat dalam drawing. Ikut abah dia la kot.. mama selalu cakap dengan Tina.. kalau nak suruh lukis jangan suruh mama..suruhlah abah. sebab mama ni lukis cicak pun failed tau.. hukhuk

As long apa yang mama ingat.. abah pernah ajar Tina sekali ke dua kali kot melukis gunakan paint punya software.. kusmangat mama memang tak pernah perhatikan.. ai tak minat you!

But one fine day, abah terperanjat bila dia nampak Tina melukis dalam paint.. and he just cant believe it..hahaha. Siap tanya mama lagi..sape ajar?? Ehh mama jawab.. off course la bukan mama.. abah la. Haaaa... dia dah pening disana. Memang lah ajar tapi sekali dua je..

Ala budak2 kan.. sekali dua tu dah cukup untuk dia perhati semuanya :)

Gambar kat paint yang "itu" mama tak dapat snap..but few days later mama berjaya juga snap curi-curi gambar ni.. dia sedang melukis dengan paint.. sebelahnya tu youtube lagu berserta lakaran lukisan power puff girls dengan rody amenda ntah.. jadi dia akan menyanyi lagu lady gaga sambil melukis.. just like macam kat youtube tu la

Laju je korang dia lukis.. tapi versi dia la kan. But its very ok for me..



Melukis ni bagus untuk merangsang otak tapi kenapa mama tak suka??? hahaha...

Nasib baik abah tau nak melayn dia.. kalu tak pengsan la mama..hihi

Anyway good job sayang.... 

Thursday, December 27, 2012

Test Baju Sekolah .. JA6 Tahun 2013

Sedia maklum kan..sessi persekolahan tahun 2013 bakal bermula dalam beberapa hari sahaja lagi. Maknanya rutin bermula seperti biasa lah.. hantar & jemput Tina balik kindie

Few days lepas mama & abah gi kindie Tina uruskan pembayaran untuk persekolahan. Sekali ambil beg sekolah & set PE attire dia. Tahun ni PE attire warna kuning :) ..huhu.. terang mata mama nak oii..

So bila balik tu lupa nak test. Tadi baru teringat :) nasib baik elok je besarnya. Nampak bulat montel je dia hihi






ssttt... sebelum sekolah bermula ni dah nak kene mental & mind set preparation. Kalau tak nanti susah pula kan. Almaklum cuti lama.. gitu la :)




So sket2 tu dah mula juga balik pegang2 pensil.. menulis.. ingatkan dia semula ABC.. number.. nama dia.. biasalah kan.. 

so far so good je

Nak bangun pagi ni nanti.. dah sedap cuti sekolah bangun lewat..tido lewat...so... hmmmmm... :)

Monday, December 24, 2012

Misteri Parcel GD Express


Mula-mula pelik bila dapat kad dari GD Express.. sebab mama takde beli apa2 online yang akan dihantar melalui GD.. hmmm... call for 2nd delivery tapi dalam hati masih tertanya2..hihi 

So today, parcel arrived safely :) tengok kotak je dah senyum.. its parcel dari Drypers Malaysia. Hadiah 2nd Parenting circle untuk tahun yang ke-6 kalau tak silap.. 

Tina lah yang paling happy coz ada sticker cantik2 untuk deco bilik. Berkotak2 dah mama & tina dapat hadiah dari drypers ni tau.. since Tina umo 8 bulan more or less..


Hadiah sememangnya menggembirakan kan? hihi.. Tina happy..mama happy

Actually dengan hadiah dari drypers ni bukan sahaja Tina yang merasa pakai. Dengan diaper yang banyak sebelum ni kami dah hadiahkan pula kepada orang lain.. termasuk mereka yang memerlukan. Thats why mama suka hadiah diaper..

Terima kasih 
Drypers Malaysia!!

Monday, December 17, 2012

Butter Cake..

Agak lama tak membaking. Mood takde :( but today terasa nak membaking. Ingatkan nak buat moist chocolste cake. Bongkar2 dapo..alamak... susu cair nan ado.. huhuh.. cancel.. 

Gugel sana.. gugel sini.. tak jumpa yang berkenan dihati. Sekali bukak file compilation masakan..ahaa!! jumpa resepi butter cake.. disebabkan bahan2 yang diperlukan semuanya ada.. teruslah buat saja. Belum pro lagi so agak lama ye didapo..hihi 

So.. ni butter cake saya yang dah jadi hihihi... ala2 sama dengan yang beli kat kedai..hikhikhik perasan sket :)
 

Cantik tak bekas ni..hmmm... kakak ipar saya hadiahkan :) ..saya suka!



Tak keras.. smooth saja..



Ni bukti tau...saya buat setengah adunan sahaja.. (in case tak menjadi la tadi tu.. takde la banyak sangat nak di humbankan..)



cantik & sedap :)

Jom kita check resepi..

Butter Cake
( Resepi yg kat Mingguan Wanita..tp ntah tahun bila.. sori yer.. :)

250gm Mentega 
250gm tepung kek
245gm gula kastor
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Pukul mentega & gula sampai kembang
2. Masukkan telur ayam satu persatu & pukul lagi
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan tepung kek sikit2..
5. Masukkan dalam loyang yang dah di sapu minyak
6. Bakar sehingga masak

** Incase nak buat setengah adunan.. bahgi 2 je angka2 diatas..jangan risau..mesti jadi punya


See.. senang je kan.. selamat mencuba ye.. buat sendiri tu lebih puashati dari beli..terjamin kebersihan & keselamatannya :)

Friday, December 14, 2012

Bila Mama Menjahit Lagi..

Lama dah  mama tak menjahit. Setakat jahit seluar tetas tu biasalah kan..tapi menjahit yng memerlukan mama menggunting-gunting ni agak lama benti. Sampaikan langsir raya tahun lepas pun malas nak jahit.. hihihi

Tapi beberapa hari lepas, masa gi belanja kat giant tampoi, kami saja jalan2 kat kedai2.. cuci2 mata. Terberkenan kat kain cotton ala2 murah dot2 warna-warni. Mama beli 7 meter untuk buat baju sedondon dengan Tina. Tapi baju ni nak hantar kat orang je jahitkan lah :) hihi

Sebelum bayar, Tina sibuk nakkan kain gambar mickey mouse. Kata dia "nak bantal mickey.." , abah pun kata.. belilah.. nanti jahitkan yang simple2 dah la.. ok lah :)

Sejak beli, tak benti2 asik tanya.. bila mama nak jahit bantal mickey kakak?? So hari ni mama ada masa sket.. bentang kain..ukur bantal.. dan puaslah membelek sarung bantal beli tu.. camner dia jahit..

Bila dah dapat..maka mama pun nak jahit yang macam tu je lah.. 

So.. itulah hasilnya. Anak dara kecik ni ada 4 biji bantal. 1 besar bantal kepala, 1 sedang pun bantal kepala, 2 kecik untuk tutup telinga & peluk..okeh siap..

Tengoklah tu.. sukanya dia :D





Kain cotton murah je ni.. RM2.80 jer semeter.. tapi dah dia suka.. apa sajalah sayang oii..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...