"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Friday, December 14, 2012

Bila Mama Menjahit Lagi..

Lama dah  mama tak menjahit. Setakat jahit seluar tetas tu biasalah kan..tapi menjahit yng memerlukan mama menggunting-gunting ni agak lama benti. Sampaikan langsir raya tahun lepas pun malas nak jahit.. hihihi

Tapi beberapa hari lepas, masa gi belanja kat giant tampoi, kami saja jalan2 kat kedai2.. cuci2 mata. Terberkenan kat kain cotton ala2 murah dot2 warna-warni. Mama beli 7 meter untuk buat baju sedondon dengan Tina. Tapi baju ni nak hantar kat orang je jahitkan lah :) hihi

Sebelum bayar, Tina sibuk nakkan kain gambar mickey mouse. Kata dia "nak bantal mickey.." , abah pun kata.. belilah.. nanti jahitkan yang simple2 dah la.. ok lah :)

Sejak beli, tak benti2 asik tanya.. bila mama nak jahit bantal mickey kakak?? So hari ni mama ada masa sket.. bentang kain..ukur bantal.. dan puaslah membelek sarung bantal beli tu.. camner dia jahit..

Bila dah dapat..maka mama pun nak jahit yang macam tu je lah.. 

So.. itulah hasilnya. Anak dara kecik ni ada 4 biji bantal. 1 besar bantal kepala, 1 sedang pun bantal kepala, 2 kecik untuk tutup telinga & peluk..okeh siap..

Tengoklah tu.. sukanya dia :D





Kain cotton murah je ni.. RM2.80 jer semeter.. tapi dah dia suka.. apa sajalah sayang oii..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...