"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Friday, February 8, 2013

Kek Lapis Pandan Kastard

 Kalau nak tau.. resepi ni mama nak try tahun lepas lagi. Bahan-bahan dah beli tapi hati tu takut tak menjadi.. tu pasal postpone jek niat.

Tetiba semalam macam terajin la sangat nak buat.. maka tunggang langgang lah dapo :)

Kek lapis pandan kastad ni kalau beli kat bakery dah mahal tau sekarang. Tahun lepas masih dapat lagi la RM5++ saiz kek gulung tu tapi aritu beli dah tak dapat harga tu.. harga dah naik jadi RM8++.. huh..

Moh la try.. boleh makan sampai lebam hihihi...



 Ni masa kek baru dilapis & boh kelapa parut kering atas dia.. siap nak masuk peti ais la ni..



Ini rupanya masa belum betul sejuk dalam peti. Dipotong tak cantik kan.. so kene sejukkan lagi..




Ok.. yang ni rupanya bila dah cukup sejuk.. dipotong kastard dia cantik je.. 

Ok.. resepi dia ye..

KEK LAPIS PANDAN KASTARD
sumber : Kak Dayang
Mama ambil dari : Mamamya
bahan-bahan kek :
  • 100 g tepung gandum*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50-60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak & tepung gandum yang dah di ayak dengan serbuk penaik  hingga kembang dan gebu. Bila dah gebu.. masukkan tepung sikit2. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
  • kelapa parut kering secukupnya
Cara-cara : 
satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :
1. Cari loyang yang lebih besar sedikit dari kek yang sedia ada tu.. letakkan lapisan kek pertama. Curahkan kastard hingga menutupi permukaan & ruang tepinya sekali
 
2. Letakkan lapisan seterusnya.. tekan sedikit supaya kastard betul2 padat dengan kek.. so buatlah sampai habis layer. hentak2 sket pun takpe supaya kastard elok cantik dalam loyang.
 
3. Boleh masuk peti sejuk dulu sebelum dipotong untuk kekalkan kecantikan kastardnya
 
 
Hmm.. senang je kan :)
  Tapi ada satu lagi version kastard dia tau..mama jumpa kat my resepi..mcm ni


  • BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
  • 1050 ml santan
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jelly
  • 1 camca teh paste pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam


Tapi resepi yang guna tepung Hoen Kwee ni mama tak try lagi tau.. next time la kot..

Selamat mencuba ye :D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...