"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Wednesday, April 24, 2013

Oooo... Perfect 365 ye..


Sebelum ni mama selalu nampak gambar orang cantik2 kat FB.. macam takde cacat cela langsung.. licin mulus gitu..

Rupanya!!

Allah..mama yang tak tau okeh.. ada application kat android.. "Perfect 365" itu yang mama jumpa.. jadi saja mengada2 download & mula menggodek gambo.. hahahaha.. 

Makanya.. jumpalah rahsia kecantikan & kemulusan gambar mereka2 itu.. hihi... Ni mama saja la letak sebelah2 gambar yang edit dengan perfect 365 dan yang original picture. 

Guna yang "natural" jek.. kang kalo guna breeze la, angle la.. tu semua application siap bohkan mekap lagi hihi.. kelako plak rupanya :)

Application tu buat kulit jadi mabeles giler la.. hihihi.. perasan lawoo sekejap la ye.. ampun.. :)

Korang dah try?? Hahaha... ala tau..mama je yang tertinggal kapal terbang :)

Sunday, April 21, 2013

Pati Delima Sebagai Supplement..





Things happend again.. apa bendanya tak payahlah mama ceritakan. Buat sedih jek :( 

But then ada yang mengesyorkan mama cuba ambil pati delima. Actually mama dah lama berkenankan PATI DELIMA GULSHAN.. banyak kali search.. tapi tak jugak beli sebab hati berbelah bagi. So bila terjadinya hal ini sekali lagi, maka paksa diri gi cari & beli jugak..


Ni buktinya.. mama dah beli pun. dan dah start makan pun dengan abah :) .. berusaha kene la bersama-sama kan jadi kesihatan tu mesti dijaga bersama2 jugak.. adil gitu :)

Ni mama ada sertakan khasiat2 yang mama kopipes je apa yang mama jumpa.. harap2 manfaat dari pemakanan Rasulullah SAW ni dapat membantu usaha ttc kami..amin..
Caiyok!

KHASIAT DELIMA

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.

***************************************

 khasiat delima

-Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit

-Melancarkan peredaran darah

-Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)

-Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita

-Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
 
-Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
 
-Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
 
-Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
 
-Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas.
 
-Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi
 
-Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
 
-Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
 
-Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
 
-Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
 
-Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
 
-Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
 
-Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.
 
-Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.
 
-Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
 
-Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
 
Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.


Banyak kan? So, tak salah kita mencuba sesuatu yang baik & bagus untuk kesihatan kita :)

Friday, April 12, 2013

Salam Jumaat..


Terapi minda & penyeri pagi jumaat mama..
Harap dapat memberi ketenangan pada anda juga terutamanya pencinta bunga :)

Semoga hari kita lebih bersemangat & segala yang kita lakukan diberkati Allah..

Saturday, April 6, 2013

Sambal Cili Padi Kentang & Tempe For Lunch..


hari ni mode tak berapa nak rajin.. belakang sakit..pinggang sakit sebab merumput petang semalam.. hukhuk.. tapi tekak tetap nak makan..

Meh kita buat lauk lunch 2 dalam 1 je.. sebab Tina suka kentang walau apa pun masaknya. Tak kisah. Balance tempe masih ada.. dari kering gitu je.. baik masak cepat :)

Bahan A:
Tempe
Kentang
ikan bilis
** potong ikut suka. jangan nipsi sangat jangan la tebal sangat. jangan la garing sangat gorengnya tu.. ala kadar sesedap rasa


Bahan Sambal :
cili padi
bawang besar
bawang putih
ikan bilis
** tumbuk semuanya sampai lumat
** tumis sampai naik bau & masukkan garam & gula sket
** boleh la masukkan bahan A tadi.. gaul rata & matikan api


Senang je kan.. :)

Wednesday, April 3, 2013

Naluri..

Orang tua2 selalu kata..suami & isteri ni macam ada telepati..kan.. hihi pelik tapi benar..ini yang berlaku..

Pagi-pagi tadi lepas hantar Tina kindie.. mama terasa nak pegi pasar. Walaupun sejak awal tahun memang sangat pemalas nak jejak pasar. tak tau apasal.. Tapi dalam kereta lagi dah teringat.. nak cari jantung pisang..nak rebus & cicah sambal goreng ikan bilis cilipadi.. perghh boleh meleleh air liur.

Sampai kat pasar.. pergi tengok ikan dulu.. orang ramai.. pilih ikan kembung yang besar-besar 5 ekor jek.. hihi cukuplah. simpan lama2 nanti tak sedap

Pas bayar.. pergi pulak kat bahagian sayur.. pilih bendi sket.. beli cilipadi kampung RM1.. waktu melintas nak bayar.. terpandang tempe.. tak berniat nak beli tapi tanya juga kat makcik tu.. 4 keping RM1 katanya.. tangan mencapai 4 keping dan terus bayar..

Terus pula ke bahagian buah. sebab dah janji dengan Tina nak belikan dia pisang. Sudah beli pisang.. menonong je terus balik.. huhu ..nampak tak? ntah apa2..

Sampai kat rumah.. pelik tengok dalam plastik barang ada tempe.. kenapa aku beli tempe ni tadi? huhu sebab tak plan nak masak tempe maka biar kat tepi sahaja..

Masak lemak ikan kembung & tumis bendi..

Petang waktu abah balik.. mama tengah kupas betik. Ni betik dari laman..abah bawak plastik. Katanya.. teringin pulak nak makan tempe & tauhu goreng dengan sambal kicap.. sambil letak plastik tempe & tauhu.. 

Now i know... ooo patutlah mama beli tempe tadi. Rupanya abah yang nak makan.. hihi.. bila mama cakap kat abah mama dah beli tempe pagi tadi dia terkejut.. aik?

Kami sama2 ketawa.. naluri masih kuat.. cinta makin dalam & luas la kan..

Jadi oleh kerana memang mama belum makan nasi pun tengahari tadi..maka kami makan bertiga beranak asar tadi lah.. yang paling istimewa tentulah tempe goreng dengan sambal kicap :)

Keistimewaan cinta suami & isteri kan.. wallahuaklam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...