"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, April 3, 2013

Naluri..

Orang tua2 selalu kata..suami & isteri ni macam ada telepati..kan.. hihi pelik tapi benar..ini yang berlaku..

Pagi-pagi tadi lepas hantar Tina kindie.. mama terasa nak pegi pasar. Walaupun sejak awal tahun memang sangat pemalas nak jejak pasar. tak tau apasal.. Tapi dalam kereta lagi dah teringat.. nak cari jantung pisang..nak rebus & cicah sambal goreng ikan bilis cilipadi.. perghh boleh meleleh air liur.

Sampai kat pasar.. pergi tengok ikan dulu.. orang ramai.. pilih ikan kembung yang besar-besar 5 ekor jek.. hihi cukuplah. simpan lama2 nanti tak sedap

Pas bayar.. pergi pulak kat bahagian sayur.. pilih bendi sket.. beli cilipadi kampung RM1.. waktu melintas nak bayar.. terpandang tempe.. tak berniat nak beli tapi tanya juga kat makcik tu.. 4 keping RM1 katanya.. tangan mencapai 4 keping dan terus bayar..

Terus pula ke bahagian buah. sebab dah janji dengan Tina nak belikan dia pisang. Sudah beli pisang.. menonong je terus balik.. huhu ..nampak tak? ntah apa2..

Sampai kat rumah.. pelik tengok dalam plastik barang ada tempe.. kenapa aku beli tempe ni tadi? huhu sebab tak plan nak masak tempe maka biar kat tepi sahaja..

Masak lemak ikan kembung & tumis bendi..

Petang waktu abah balik.. mama tengah kupas betik. Ni betik dari laman..abah bawak plastik. Katanya.. teringin pulak nak makan tempe & tauhu goreng dengan sambal kicap.. sambil letak plastik tempe & tauhu.. 

Now i know... ooo patutlah mama beli tempe tadi. Rupanya abah yang nak makan.. hihi.. bila mama cakap kat abah mama dah beli tempe pagi tadi dia terkejut.. aik?

Kami sama2 ketawa.. naluri masih kuat.. cinta makin dalam & luas la kan..

Jadi oleh kerana memang mama belum makan nasi pun tengahari tadi..maka kami makan bertiga beranak asar tadi lah.. yang paling istimewa tentulah tempe goreng dengan sambal kicap :)

Keistimewaan cinta suami & isteri kan.. wallahuaklam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...