"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, September 4, 2013

Tragedi Rindu Yang Kritikal..

Bukan tak pernah kene tinggal.. tapi tak pernah kene tinggal lama. Bukan abah tak pernah gi kursus tapi biasanya kursus balik hari je.. or kursus dekat yang boleh balik rumah

Tapi kali ni agak lama.. 4 hari.. tak boleh balik sebab jauh.. merentas negeri..

Isnin 2 september,

Abah gerak awal pagi dari rumah. Waktu dah siap2, abah kejut tina.. cakap nak pegi.. dan dia takmo bangun..takmo tengok muka abah jugak. Pas cium2 dia abah angkat2 barang..

Mama kejut & ajak dia salam abah.. payah sekali nak bangun. Bukan dia tak sedar dah.. tapi dia memang tak nak hantar abah ke pintu.. Pujuk lagi.. dia bangun juga..

Salam & peluk cium abah, dia dah bergenang air mata.. Allah.. 

Lepas abah pegi, dia sambung tido sebab isnin tu dia cuti.. demam sejak semalamnya..Bangun pagi tu.dia ok je lagi  . Mungkin sebab baru pegi pagi tu kan.. malamnya pun dia ok..cuma asyik tanya kenapa abah belum balik.. 

Abah call.. dia masih ok

Jalan terbaik..ajak tido cepat sket..


Selasa 3 september

Bangun pagi dah tanya abah..  dia dah start nangis dah..mama ambilkan kain pelekat abah kat bilik bagi dia.. tengok lah tu apa dia buat..



Puas menangis.. dia ok.. sepanjang hari memang on off bertanya itu dan ini tentang abah.. sabar je lah melayannya..

Tengahari & petang abah call.. dia ok je..

Malam tu..maghrib je dia start balik dah 


 Menangis & menangis.. mata bengkak-bengkak dah.. abah call pun digasaknya menangis kat phone.. 

Lama juga nak bagi dia tenang..asyik bertanya & bertanya.. soalan yang sama juga..

Ringkas cerita .. dia bagi nombor macam ni..
1 - malam ni, tido
2 - bangun pagi esok gi skolah
3 - petang gi ngaji iqraq
4 - malam, tido lagi
5 - bangun lagi ..sekolah lagi
6 - ngaji iqraq lagi
7 - malam abah balik

itu je dok diulang-ulang tak jemu-jemu.. 

Ok sket, ajak baring-baring je.. tak lama dia tertido..selamat 


Rabu 4 september

Bangun pagi dah start tanya & cerita pasal abah. Mama tak layankan.. terus ajak siap-siap nak gi skolah.. nak turun kereta sempat tanya.. mama hari ni nombor berapa? Ooo hari ni no.2..

Petang nak gi ngaji tanya lagi.. mama, ni nombor berapa? Nombor 3..

Tengahari & petang abah call.. dia ok je.. siap cakap, malam nanti saya nak cakap dengan abah lagi tau. Saya tak nangis dah..

Maghrib menjelang..

Datang kat mama dan cakap..

" mama, cuba mama tengok..mata saya ni ada air lah.. "

baru je nak tengok.. alolo.. dah peluk dah.. nangis okeh..sama macam maghrib semalam.. lagi abah call.. dengar suara abah lagi kuat dia menangis..katanya " saya tak payahlah cakap dengan abah.. nanti saya sedih"

Kritikal okeh hari ni.. lama betul dia menangis..





Abah hantar gambar kat phone mama.. dia siap besarkan sampai satu skrin & letak kat pipi.. aduhai..meruntun jiwa mama okeh.. anak..anak..

Penat menangis dia dah pun tertido tapi tidurnya tak lena malam ni.. mengigau entah apa..

Cepatlah abah habis kursus.. cannot tahan la weh nak handle this..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...