"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, October 1, 2013

Masak Lemak Ketam & Peria


Inilah menu lunch hari ini.. simple je & mudah nak masak..
nak makan je leceh sket huhu.. 
Masak resepi sendiri yang belajar dari mak :) hihi.. tumbuk2 campak2 saja..senang :)

Resepi 

1 kg ketam
Santan sebungkus ( beli siap RM1 @ RM2 boleh )
Minyak masak
1 biji bawang sederhana besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi ( nak pedas boleh tambah lagi )
1 inci halia
1 inci kunyit
sedikit air @ santan cair
Daun kunyit ( jika ada)
Garam
Aji
Gula

Sayuran :
peria cina
terung
apa sayur pun boleh jika nak :)

Cara :
1. Blend bawang besar, cili padi, bawang putih, halia & kunyit sampai halus
2. Panaskan minyak dalam kuali, minyak takmo banyak sangat ye
3. Tumis bahan yang dah blend sampai naik bau
4. Masukkan sedikit santan cair, masukkan ketam & peria cina sekali gus
5. Tutup seketika bagi mendidih, buka sesekali & kacau rata
6. Bila dah separuh masak, barulah masukkan santan pekat & kacau selalu
7. Masukkan bahan2 perasa.. ikutlah selera anda :)
8. Biar mendidih sambil kacau
9. Agak2 ketam cukup masak..peria pun cukup masak boleh tutup api

** kalau guna santan kotak.. kene guna air untuk cairkan sket. santan kotak sangat pekat

** Masak dalam kuali besar supaya senang nak kacau. Walaupun 1 kg ketam tu nampak sikit je tapi bila terjongkang dengan sepit2 semua susah nak kacau nanti hihi

** Agak2 lah penggunaan santan ikut citarasa. Dirumah tak berapa suka pekat.. jadi masak kene cairkan sket kuah :)

Yeay!! Selamat Mencuba :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...