"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, January 6, 2014

Test Gula ..

Ingat lagi tak pasal penawar penyakit kencing manis, darah tinggi & jantung menurut perubatan islam yang mama post kat SINI aritu..

Mama janji nak update kan.. apa perkembangan kencing manis abah mama selepas amalkan 7 biji kelapa tu.. means 2 minggu lepas lah lebih kurang..

Gambar ehsan yahoo images..

Mama belikan abah mesin ini.. khas untuk check gula dia. Tapi dia tak operate menda ni sendiri la.. mama yang buatkan.. dolu2 kan berangan nak jadi nurse..kihkihkih..

Tapi pasal 1st time guna accu check ni mama tak teringat nak snap gambar result..huhu..

Tapi result yang dapat dari accu check ni adalah 16.5mmo/l dengan pagi tu abah tak makan apa2 or minum apa-apa pun lagi kecuali air suam

19 December 2013 - 26.9 mmo/l
5 Januari 2014 - 16.5 mmo/l

Jauh juga kan perbezaan? Hmm.. serasi nampaknya kaedah ni.

Tapi bukan hanya kelapa ini usaha kami..

1. Tukar beras kepada FAIZA HERBAPONNI.. instead of beras biasa

2. Elak makan nasi selepas jam 8 malam..

3. Kawal lauk-lauk juga, amal berlaukkan peria katak.. seminggu sekali mcm tu. Lauk-lauk berlemak pun dikurangkan sebab once gula tinggi boleh lead kepada penyakit-penyakit lain

4. Banyakkan minum air suam, air bercampur titisan limau nipis  & jika minum air bergula pun.. sudu gulanya kami kurangkan

5. Mintak abah  bergerak mengeluarkan peluh.. buat keje sekeliling rumah

Sedikit sebanyak itulah yang kami usahakan. Alhamdulillah berhasil.. berkotak ubat kencing manis masih elok tersimpan.. :)

Menunggu untuk fasting blood sugar test nanti 13 Januari.. dua-dua abah & mak. Walaupun mak takde apa masalah, tapi tak salah kan nak pastikan semuanya ok :)

To those yang nak mencuba.. boleh lah mencuba.. kami dah cuba & ianya memang berkesan. Mengurangkan paras gula darah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...