"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, March 30, 2014

School Holiday March 2014 - 3rd day.. Ronda Lawat Kawasan Sekitar CH

26 March 2014

Di pagi hari ke-3, kami bersarapan di apartment sahaja. Buat sendiri. Selesai makan kami siap-siap dan turun untuk memulakan sessi jalan-jalan CH kami. 

Tempat pertama yang kami singgah ialah Galleria Time Tunnel. Abang ipar yang teringin nak masuk.Lupa lah.. RM5 ke RM3 tiket dia. Kami masuk semua termasuk anak-anak hihi..



Tunnel ni banyak barang-barang nostalgia tau. Zaman mama abah kanak-kanak dan zaman-zaman sebelum itu lagi pun ada. Collectible sangat banyak.. lama kami kat sini sebab banyak benda nak tengok :) Korang kene tengok slow-slow, atas bawah tepi kiri kanan semua banyak benda :)











 Korang ingat iklan ini tak?













Penat jalan tengok collectible, kami posing-posing snap gambar. Acara wajib hihi..



Masuk pulak Time Tunnel Cafe .. menjamu selera..




Menu bertajuk strawberry ok.. sebab kat sini ada ladang strawberry jugak di belakang nun.. 


Simple menu tapi sedap sebab makan panas-panas.. licin semuanya.. hihi

Ok.. selesai makan kami dok bincang-bincang kemana nak pegi. Abang ipar & family dah beberapa kali datang so almost semua tempat diorang dah sampai. Jadi mereka meneman kami berjalan for the 1st timer lah ni.. Kea Farm katanya jammed..huhu tapi orang yang belum pernah datang mesti nak pegi tengok apa yang ada .. huhu mari meredah jammed menongkah gunung..


Makan masa juga nak sampai. Jammed kan. Nasib baik je tak jauh.. kalau tak mau keluar semua strawberry tadi tu kang..

Nak park kereta memang menjadi sket masalah disini.. huhuh..penuh.. makanya korang tengoklah parking lot diorang ni.. kalau tak betul-betul kering hati memang takkan parking. Dia punya curam.. kusmangat.. perghhh...



Bangunan tak siap tau ni.. huhuh..ngeri

Ok tinggalkan kereta, menongkah pulak naik memanjat dikecuraman ini.. adoii.. jom naik atas.. tengok apa ada..



Kedai-kedai tepi jalan & macam pasar lambak gitu kekdahnya.. tapi macam-macam ada.. sayur, buah, strawberry, madu, mainan, pokok, beg.. ehh macam-macamlah..Dan kat sini mama sempat lepaskan hajat nak makan strawberry celup coklat. Abah lupa nak snap gambar hihi.. bestnya!! sedap sangat korang.. lain la feel dia makan strawberry kat atas nih..hihi statement tak leh jalan.. :)

Ok ..penat..
Kami nak turun bila abang ipar tunjuk rose valley. Tapi kami tak nak tengok pun. Pelik kan.. peminat ros tapi dah sampai tak nak tengok.. len tahun lah

Otw turun, kami singgah di sini.. Cactus Point


Ha.. pitam jap tengok cactus..







Membeli juga sket cactus.. 6 pot RM10 ..kecik la pot dia. Ronda-ronda tu beli jugak gerbera kuning sepasu & abah tersangkut kekwa purple sepasu. Cukup.. nanti tak muat nak bawak balik

Turun lagi.. kami ke Mardi.. 
Sayang sangat Mardi ni tak dijaga dengan rapi. Sungguh sayang sebab tempat ini sebenarnya sangat-sangat cantik. 


Sempat tengok strawberry..




Tengok Laman Bunga..




 
Ada anggur jugak


Ok..ronda sisi lain.. a million thanks kat abang ipar sebab sudi jadi fotographer kami hari itu hihi..












Haaa... penat..panas..
balik apartment masak, makan & rehat

Malam sejuk.. menyucuk tulang..ehh nak keluar lagi tu..gi Pasa Malam Brinchang jom tengok apa ada..


Macam-macam ada..siyes.. dari makanan, pakaian, mainan, bantal, bundle, pokok, souvenir.. semua ada. jalan je lah cari. Kat sini jugalah kami perasan cactus pot comel tu lagi murah.. so len kali sape-sape minat cari kat pasa malam ni ye.. boleh dapat 8 pot kecik untuk RM10.. siyes!






Sempat makan durian lagi tu. Jangan kecur katanya nak makan durian kat tinggi-tinggi ni.. iyolah.. mama tak layan sangat sebab durian dia pahit-pahit..uweek..

Ok turun.. jumpa kawan lama kat Uitm Segamat dulu.. Zila..


cik mek molek ni memang selalu diatas sini.. jangan pelik la kalau nampak dia. Asal cuti keje je naik sini.. hihi tempat fevret katanya :)

Pukul 11.15 malam.. kami (abah & mama) decide nak buat foot spa.. chewah.. tinggi seh nak foot spa. Tapi lupa snap gambar kedai. Ala.. selang satu kedai dari Hill Station Cafe jek..auntie & uncle ni bagus. Urut tak sakit.. or ke sebab mama memang takde apa sakit pun. Tak de rasa sakit .. 45 minit RM35.00 sahaja..

Ok pukul 12 malam eh baru siap hahaha.. menggigil2 kesejukan waktu balik.. sampai apartment rilex-rilex makan apa yang beli kat pasa malam tadi tu..

Tido lena selena-lenanya.. :)

Sambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...