"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, March 5, 2014

Mood Kembali : kek Pisang In Da House

Kelmarin jalan-jalan di Giant Pulai nak beli minyak masak yang kebetulan dah habis sangat2 dah huhu.. menyambil pulak tengok beras & telur yang bakal habis..

Round punya round, ternampak troli barang reduce price. Kalau kami yang tengok mesti akan cari buah2 yang masih elok macam pisang untuk buat jemput2.. or kadang-kadang mama sengaja beli yang reduce untuk buat enzim.. baja untuk pokok2.. :)

Akhinya kami ambil 2 plastik pisang, 3 plastik buah-buah yang reduce price semuanya..Balik je tanya kat abah.. banyak pisang ni.. nak buat apa? Kata abah.. buat cekodok pun sedap.. buat kek pisang pun sedap sebab pisang ni wangi. Ini lah pisang untuk buat kek.. huhu.. hapah mama tak tau pun. Segala pisang pun bantai je buat cekodok hahaha...

Gugel resepi kek pisang.. kat blog CMG lah paling best kot.. hihi

Tapi mama kopipes jugaklah resepi tu kat sini ye..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
  3. Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

 Senang je kan.. bahan pun tak leceh..
Ni kek pisang mama yang dah jadi :) weee...


 Dah potong sket sebab nak tengok dalam :)


 close up!




 Believe me rasa dia sangat sedap. Kek pisang mestilah sedap kan. Dan sangat2 lembut. Tak berminyak.. hihi harap abah suka :)
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...