"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, May 25, 2014

Homework Time.. Homework Station

Penat ambil & simpan meja untuk belajar, mama mula fikirkan mana nak letak meja ni supaya tak perlu nak angkat & simpan setiap hari. Fikir punya fikir, makanya letak dekat ruang tamu kecil kami. Dekat dengan sliding door.. terang semulajadi..menghadap laman..


Ini view untuk hari ini. Masa untuk buat homework. Nasib arini tak banyak. hanya BM sahaja tapi banyak kene menulis.. huhu bm kan..

Hari ni kene menyalin teks dari buku teks, cari perkataan  " KATA BERIMBUHAN" & "KATA DASAR" dari teks lepas & buat pembetulan latihan lepas..




yang ini pembetulan latihan lepas..




Pemandangan biasa setiap hari kan. Esok last sekolah.. mesti berlambak keje sekolah menanti.. huhu..itu pun pemandangan biasa kan :)


Tuesday, May 20, 2014

Ok.. Ini Jawapannya..

 Omak aii.. terlupa kat post jawapan kat soklan lukisan sweetheart aritu..
ampun..ampun..

Ok..kalau lupa apa post tu.. INI DIA..

Ok lah.. meh kita dengar sendiri apa jawapan Tina ye.. 

 

Budak-budak ni memang jujur kan..
dia lukis apa je ikut perspektif dia sendiri
 Yang pasti..gen melukis ini bukan dari mama 
kihkihkih..



Friday, May 16, 2014

Happy Teachers Day Abah!

Hari ini.. HARI GURU

hari yang bermakna buat HERO KAMI

This is what we wanna say to you yang..



Poskad buat kat PIXAJOY

Monday, May 12, 2014

Anda Bijak? Cuba Teka Ini..


Okeh.. 
Cukup besar kan gambar tu..
Itu lukisan Tina, sweetheart mama..
Jika anda bijak..
cuba teka.. 

1. Kenderaan apakah itu?
2. Lukisan no.2 tu berkait dengan lukisan no.1, jadi yang no.2 tu apakah bendanya?

Kihkihkih..

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun

Rata-rata semua sekolah sekarang ni tengah exam week tak kira sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Sweetheart pun tak terkecuali..Dan yang menambah pening adalah bila exam sekolah kebangsaan & sekolah agama sama tarikhnya..huhuh..

Mama yang pening..

Jadual exam sekolah kebangsaan



Yang ni sekolah agama punya..

Macam ni lah..huhu.. mama yang pening. Mana tak nya, anak nak exam mama yang revision kan.. takpelah.. yang penting segalanya untuk anak :)

Thursday, May 8, 2014

Gambar Langit..

Tiap- tiap pagi bila reverse kereta keluar gate, selamat keluar je mesti nak tengok kanan sebab kanan tu arah matahari terbit :)

Mesti benti kereta tepi jalan.. sweetheart akan tanya..
"Mama nak buat apa?"
" Mama nak ambil gambar langit"
"Kenapa mama suka ambil gambar langit?"
" Sebab langit tu cantik.."
"Oooo.."




setiap pagi ada corak berlainan..warna berlainan..
Begitulah besarnya kuasa Allah..
SubhanAllah



sweetheart mama abah
Pinjaman Allah yang tak ternilai harganya
:)

Tuesday, May 6, 2014

Fevret Sweetheart Lagi - Potato Pedas Versi Mama

Sweetheart mama, Tina dengan potato memang tak boleh dipisahkan. Hari-hari makan pun takpe. Kadang-kadang mama yang pelik.. hari-hari masak pun tak jemu?

Ok.. hari ni meh kita buat resepi bergambar dengan tajuk POTATO PEDAS VERSI MAMA

Bahan-bahan :
Kentang dikupas & potonglah ikut sesuka hati. Potong wedges boleh.. potong dadu boleh..potong triangle boleh. Potong wedges sesekali je mama buat.. sebab bila nak makan kang mama gak nak kene potong-potong.. baik potong kecik terus.. :)

Cili kering kisar
Bawang merah besar 
Bawang putih
Ikan bilis
garam


Cara-cara :

1. Goreng kentang anda sampai empuk.. (lupa nak snap gambar..sori..)

2.Tumbuk bawang besar, bawang putih & ikan bilis sampai lumat


3. Lepas tu tumis dulu apa yang ditumbuk sampai naik bau, baru masukkan cili kisar & tumis lagi sampai masak cilinya. Nnt kang sakit perut pulak..


4. Bila dah cukup masak cilinya, masukkanlah garam. Kacau lagi & masukkan pula potato


5. Kacau rata. matikan api.. siap :)


Rahsianya.. bila kita tumis bahan tumbuk tu sampai naik bau..ala2 sedikit garing, apa masakan pun jadi sedap .. tu je.. :)

Ok.. phewww.. potato pedas pun nak post kihkihkih.. kiranya puaslah hati sape-sape yang berhajat tu ye.. silakanlah cuba.. :)

Sunday, May 4, 2014

Sedap Peria Katak Ni Rupanya..

Mama memang jakun.. nak nak lagi dengan ulam-ulam dan sayur kampung yang pahit-pahit.. aiyoo.. banyak yang cannot go. Tapi as time goes by, try juga sikit-sikit..

Tahun ini galak menanam peria. Sebab kebetulan abah kene kencing manis, selalu belikan peria katak kat pasar bila abah mak ada kat sini. Jadi biji benihnya tu banyak jugak dapat especially bila terlajak masak.. Cepat je tangan mencampak ke pasu..

Hasilnya..








Ini gambar bunga peria katak yang cun..


Ok.. so far sudah memetik hasil 2 kali ye..


yang lebih kurang sama banyak.. suka..suka..

Macam yang kawan-kawan ajar suh masak.. makanya mama pun try lah dengan bersungguh-sungguh....tadaaaaaa....

Ha..kan jatuh cinta sudah. Memang sedap lah peria katak ni. Rugi betul tak makan selama ni..Ok lah.. jadi mama pun gugel sket tentang peria. Mama bagi link.. korang baca sendiri lah ye..



selamat menanam peria katak ye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...