Berlaman sejak pindah rumah ini, mama memang suka sangat dengan pokok kunyit. Sebab apa? Pokok kunyit senang hidup. Hijau.. gumuks.. seronok je tengok daun lebar2 macam nak bungkus nasi lemak hihi..
Pokok kunyit berbunga, memang tak pelik di halaman rumah ini. Dari dulu memang biasa tengok. Yang tak biasanya.. ambil bunga kunyit & makan. Yang tu memang tak pernah..
Dan sejak berkawan dengan ramai orang di alam maya ni, banyak dapat ilmu2 baru. Contohnya bunga kunyit tu. Kat rumah orang lain memang menunggu-nunggu pokok kunyit berbunga. Masya Allah.. kat rumah mama biarkan je sampai kering sendiri kat pokok.. tak baik tau.. huhu..
Bila kawan-kawan bagi tau aritu, kebetulan mama kat rumah tengah bongkar tempat tanam kunyit. Tanam guna kotak poly yang putih tu. Bila dah lama, tanahnya dah keras. Tu yang bongkar. nak tanam balik kunyitnya.. sian kunyit tu dalam tu. Dah rupa duduk rumah pangsa tapi isi sampai 40, 50 orang huhu..
Dalam pada nak hidupkan balik yang itu, yang dalam pasu lain dah kusmangat banyak hidup pulak. Bukan apa, selalu campak kulit bawang, kulit kentang.. pasti dalam tu terselit lah mata kunyit sekali. Ha.. mudah sangat hidupnya.. apalagi bila dapat baja dari roses.. hijau naiknya.. :)
Ok.. Pagi ni waktu jalan-jalan kat laman nampak pokok kunyit berbunga lagi..
Hah.. alang-alang dah ada kan. Marilah kita projek ulam bunga kunyit arini.. sedap agaknya. Dah orang kata sedap buat ulam, mestilah sedap kan. Bukan sorang tu yang bercakap.. ramai..
Jom projek..
Tempat dia kuar bunga..
Wuuuu.. meriah.. panjang.. terasa beratnya di timbang dengan tangan :)
cantik sangat..
Apa khasiatnya? Tentu khasiat dia sama dengan khasiat kunyit kan.. tapi nak details meh baca yang ini.. dapat dari LAMAN SERI
***************************************
Bunga kunyit pula berwarna putih atau
kuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu
induk. Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah.
Ia dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam
pantang (selepas bsersalin). Daun kunyit berbentuk lebar, tunggal,
bertangkai panjang dan runcing di hujung. Tepi daunnya rata dan warna
hijau cair.
Rizom dan akar berubinya digunakan untuk tujuan
ubatan dan penyediaan makanan. Selalunya bahagian ini akan direbus dan
kemudiannya dikeringkan. Kemudiannya ia dihancurkan menjadi serbuk.
Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan
utamanya, curcumin, yang juga merupakan ramuan ubatan paling aktif.
Ramuan inilah yang telah menjadikan kunyit suatu herba ubatan paling
utama sejak dahulu lagi.
Kunyit dan ramuan aktifnya, curcumin,
telah terbukti memiliki sejulat luas tindakan penyembuh dalam kajian
melibatkan haiwan mahupun kajian terhadap manusia tanpa mengakibatkan
sebarang ketoksidan (keracunan). Kajian-kajian ini telah menunjukkan
bahawa kunyit mempunyai sifat-sifat seperti antipengoksidaan,
antiradang, antiplatelet, mengurangkan kolesterol, anti ketumbuhan,
penyembuh luka, malah mungkin juga kesan anti-HIV.
Agen antibakteria
Dalam
amalan Ayurvedic, kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak. Di Asia
Selatan, kunyit digunakan sebagai antiseptik sedia untuk luka, luka
terbakar dan luka lebam. Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria.
Di
beberapa negara Asia, kunyit diambil sebagai suplemen makanan, yang
dipercayai membantu dengan masalah perut dan penyakit lain. Ia sangat
popular sebagai teh di Okinawa, Jepun. Di Pakistan juga menggunakannya
sebagai agen anti-inflamasi, dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan
berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan
lainnya. Di Afghanistan dan barat laut Pakistan, kunyit diletakkan di
atas sepotong kain yang dibakar, dan diletakkan di atas luka untuk
membersihkan dan merangsang pemulihan. Di India, selain perubatan
Ayurveda, penggunaan kunyit dipelbagaikan dalam bahan kosmetik seperti
krim kulit dan dieksport ke negara jiran.
Kurangkan darah beku
Kunyit
atau lebih dikenali dengan nama turmeric (Inggeris) ini dikatakan
mempunyai khasiat ubatan tersendiri. Kunyit dikatakan mampu digunakan
untuk merawat arthritis (sakit sendi) dan asma (lelah), masalah kurang
pencernaan, jaundis (sakit kuning), masalah hati dan pepundi hempedu.
Kajian
telah menunjukkan bahawa curcumin mempunyai sifat-sifat melindungi hati
daripada sebilangan sebatian toksik. Kunyit juga menghasilkan kesan
menggalakkan pengaliran hempedu. Selain itu, kunyit turut mengandungi
beberapa sebatian asli yang bertindak sebagai bahan antiasid asli yang
melindungi salutan perut daripada asid berlebihan dan pembentukan ulser.
Kunyit juga dikatakan telah terbukti berupaya mengurangkan platelet
(suatu bahan kandungan darah yang terlibat dalam pembekuan darah)
daripada bergugus-gugus, lalu memperbaiki peredaran darah dan membantu
melindungi daripada arteriosklerosis.
Kecutkan rahim selepas bersalin
Dalam
perubatan Cina, akar atau ubi kunyit digunakan untuk merangsang
pengaliran san menguraikan pembekuan darah dan lebam. Kunyit juga
digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan. Perubatan Thai
menggunakan kunyit untuk membuang bisa ular tedung. Bagi masyarakat
Melayu, kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu terutamanya kepada
ibu-ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci
darah. Dalam ilmu perubatan Hindu, kunyit disyorkan sebagai pes untuk
mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.
Walaupun terdapat
pelbagai khasiat ubatan kunyit, namun begitu, penggunaannya perlulah
mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan
kemudaratan di kemudian hari kelak.
**********************************
See, apa khasiat kunyit macam tu lah khasiat bunga dia jugak. Lebih kurang halal la gitu.
Mama ada banyak tanam pokok kunyit, actually bukan tanam awalnya..diorang ni tumbuh sendiri. Bila dah beso.. mama alih masuk pasu sendiri2.. berdikari. Jarang boh baja jugak. Sesekali je campak baja bila teringat..
Jom tengok..
Ini yang paling gemuk. Dok atas tanah. Yang berbunga tadi tu yang inilah. Tinggi paras pinggang mama.. Ada orang nak mandi air daun kunyit? meh datang amik hahaha..
Yang ini dalam kotak poly putih. Dapat mana kotak? Dengan tak malunya mengaku, pegi amik kat pasar. Ada uncle2 india & cina masa tu tengah mencari sesuatu dalam tempat sampah besar giler kat pasar tu. Dengan muka tak malunya pegi dekat uncle cina tu, dia tanya.. u nak cari apa? Mama cakap,
uncle.. saya nak poly box tu..(tunjuk).
Dia jawab.. ooo apa mau bikin?
saya mau tanam sayur lah uncle..
Dia senyum.. ooo banyak bagus la u.. rajin ha.. takpe.. saya ambil kasi u. Kene pilih yang elok saja..
Dalam hati happy giler..
Mama ingat masa tu dapat 6 poly box yang besar2..
puas hati woo..
Uncle tu siap tolong susun masuk dalam kereta lagi.. addehh.. hahaha
After saying very much thank you..
balik dengan gembira..
eh.. tu dah masuk citer lain hahaha...
Ada yang tanam dalam baldi cat..
Dan ada yang dalam pasu biasa. Kat area depan. Maleh nak gi snap.. hihi
Dalam pada projek amik bunga.. sempat bersih2 kan sket daun2 kering.. cakap kat pokok kunyit tu.. "berbunga lagi banyak2.. gemuk2 ye.. terima kasih sebab indahkan..wangikan laman mama"
Korang jangan plak cakap kuat2 sorang2.. kang lain plak orang fikir hahaha...
Mama akan dapat lagi 2 jambak bunga kunyit dalam waktu terdekat.. tengok ni..
yeeha!
Ok lah..pepagi lagi dah membebel..
cukup..
Lain post kita share menda lain pulak ye..
Tq sebab baca..
bye!