"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, January 22, 2015

Jom Tuai Sayur Di Halaman

Minat menanam tu tak pernah kurang, apatah lagi hilang. Tapi penghujung tahun lepas tahap kerajinan menurun sampai level negatif. Pokok-pokok bunga terbiar sampaikan berpasu-pasu roses mati macam tu je..huhu sadis

Tahun baru.. semangat baru. Pecahkan tembok malas huhu. Mula sikit je dengan menyemai benih kacang panjang. Tu pun kacang panjang yang beli untuk sayur. Bijinya pun belum kaler coklat. Dalam hati..ah nasiblah.. try je..

Waaa.. idup lah 4 pokok. Tapi masa baby dah kene baham siput, tinggal 2 pokok je. Jadilah. Maka teruslah menjaga.. baja.. sampai dah besar kini dan selamat dari jadi makanan siput durjana hihihi..

Buah pertama 3 biji tapi tak ambil. Nak biar jadi benih. Buah batch ke-2, banyak juga .. adalah dalam 15 batang lebih kurang. Jadilah untuk sayur sekeluarga..


kecik je pokoknya. Tapi buah kusmangat..alhamdulillah. Lepas sayur :)

Yang dipetik pagi tadi..

Bila tengok kat pokok peria, nampak 4 biji kecik2.. hmmm.. alhamdulillah.. masih berbuah. Dah tua pokoknya ni. Yang baru tengah semai ..

Dan, kat rumah ni yang paling suka kacang panjang adalah sweetheart. Tumis dengan cili padi sikit. wallah..
Alhamdulillah..siap!


Sayur apa lagi nak tanam? 
hmmmm....

Belum sempat publish post.. sweetheart datang dengan mangkuk dia..
"hmmmm.. nyum..nyum..nyum.. sedapnya mama masak..
Saya nak sikit lagi boleh tak?
Terima kasih mama sebab masak kacang .."

Senyum..tanpa perlu kata apa-apa :)
alhamdulillah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...