"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, April 12, 2015

Menyemai Biji Avocado

Masa tengah chit chat dengan kekasih.. dia tunjukkan satu info..

" Cuba lihat bentuk avocado seperti apa? Ia seperti rahim wanita. Dan avocado sangat bagus untuk kesihatan rahim wanita"

lebih kurang gitu lah bunyi dia..

Mama memang tak pernah telan avocado hokey.. tak tau apasal.. rasa pelik. Telan tak pernah tapi tak suka.. acaner tu?

So, waktu gi cari2 lemon reduce price..kekasih jumpa avocado. masih elok tapi dah direducekan. Dia beli nak suruh mama makan.. owh no..

Entah berapa lama pulak selepas itu.. baru teringat. Pergi tengok.. avocado dah busuk huhuhu..dengan gigih kupas..cuci.. tengok biji dia..masih elok..

Ada 3 biji.. tanam dalam 3 pasu kecil comel

Tunggu punya tunggu..apasal tak tumbuh2 eh? Muda kot? Eh hati kata biarlah dulu.. seminggu dua nnt tengok balik. Kalau muda tentu dia busuk.. baru lah buang..

Dan minggu2 kemudiannya teringat lagi.. kali ni pergi tengok & mama cungkil nak tengok apa jadi kat biji tu.. wallah.. dia sudah kuo akar la..



Bila dah tahu ia hidup.. makin gigih la menunggu..
kemudian..

Biji pertama mula bercambah..


Lebih kurang a week after..

wallah sudah kuo daun weh..

Dan ini yang terkini..



Ingat kan..mama kata tanam 3 biji avocado..
Biji pertama dah berdaun.. biji ke -2 baru nak bercambah..


Biji ke-3 belum jadi apa lagi pun. Biarkanlah dulu..

Berangan-angan nak tanam sepokok avocado di halaman ini.. biar tak ku makan buahnya tapi..inilah perasaan pelik gardener.. suka tengok pokok2..

Apa kata korang cuba
Entah bila nak berbuah tak tau la kan. sebab kata org tanam guna biji ni lambat berbuahnya..
wallahuaklam..

1 comment:

Wak Lat said...

Salam. Hee rajinnya mak ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...