"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, July 12, 2015

Krunchy Karamel Almond @ Florentine Cookies

Baru tahu namanya Florentine Cookies..
Selama ni tak pernah ambil tahu macam mana nak buat. Bila saban tahun tengok harganya semakin naik.. baru rasa sedar diri nak ambil tahu. Mati-mati ingat buat dia macam buat cornflakes madu tu.. oihh lain beno rupanya..

Mula lah menjelajah segala blog nak tengok resepi ini. Tapi sangat berkenan kat post blog kak Azlita . Gambar yang cantik.. penerangan yang padat tapi cukup ringkas. Memang senang nak faham. Ok.. kita ikut resepi yang ini ye. Meh kopipes kat sini..


Krunchy Karamel Almond
 
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
* mama tambah sedikit walnut. Tak banyak.. dalam satu bekas taufufa yang bulat

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
 *************************

Tu je..


Alas dulang pembakar dengan kertas kek. Masa mama pergi kedai kek, owner suruh guna kertas minyak. Tapi sebab dah baca kat blog kak Azlita tu.. mama tanya balik kat owner since dia insist suruh guna kertas minyak..

Mama kata.. " saya nak buat krunchy almond. Kertas ini boleh ke guna? Setahu saya tak boleh.."
Owner pun kata.. " oo krunchy almond tak boleh guna kertas minyak.. then barulah dia ambilkan kertas kek ni. Kertas ni boleh recycle kalau anda cermat menggunakan. Kalau koyak..tak leh guna dah ye..

Mahal ni.. so hati2..


 Campur kacang2 yang dah panggang dengan tepung florentin secukupnya. Gaul rata







 Barulah masukkan bahan yang dicampur tu dalam loyang pembakar. Ratakan nipis. Ni pasal mama boh walnut sket jadi tak boleh nak rata betul..



 Keluarkan je dari oven.. teruslah potong. Memang panas..memang agak lembik tapi hati2 sebab ia cepat keras. Once dah sejuk sket memang tak boleh potong dah. At least bila dah buat garisan potongan ni..senang nak patahkan dan ianya jadi kepingan yang cantik



 Hasil potongan. Kalau guna pemotong pizza beroda tu lebih cantik sekata garisannya. Tapi takde.. guna pisau pun bolehlah







Senang je kan?
Nanti boleh try ye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...