Sambungan dari entry lepas..
Detik Itu Tiba Jua ..Terima Kasih Ya Allah..
Entry ditulis pada 18 Ogos 2015
Detik Itu Tiba Jua ..Terima Kasih Ya Allah..
Entry ditulis pada 18 Ogos 2015
Lepas jumpa dokte.. scan confirm pregnant. Separuh hati alhamdulillah sedikit tenang. Tapi temping suhu untuk BBT Chart masih tetap seperti biasa.
Berselang hari masih celup upt.. bukan mudah nak bagi hilang risau hari demi hari. Seribu satu kemungkinan tetap ada setiap masa. Sama macam kita makan nasi.. kalau bukan rezeki kita.. tangan dah suap ke mulut pun nasi boleh jatuh ke lantai..
Sentiasa berpijak dibumi nyata..
11 Ogos jumpa dokte.. 14 ogos , celup lagi..
Alhamdulillah semakin terang T line.. UPT strip yang berharga RM0.80 ni sangat-sangat berguna. Walau murah harganya, mama dah biasa guna dan sekadar nak tengok peningkatan.. ini sangat-sangat berbaloi. Beli online je ni.. kat FB : Test Hamil dan Subur murah . Ini closed group. Jadi jadi member dulu kalau nak berurusan :) or boleh pm mama kat my fb ye..
16 Ogos.. celup lagi..
Semakin terang dan nyata..
UPT strip yang terakhir dalam simpanan. Celup 18 ogos..
Sebabnya semalam seharian dari subuh sampai ke tengah malam diserang mabuk dan masalah angin. Celik-celik subuh dah termuntah-muntah, badan lemah dan tak daya nak buat apa. Tapi paksakan juga diri memasak seadanya untuk makan.
Nak makan pun tak boleh. terasa angin penuh dan loya sepanjang masa. Teruk sangat rasanya. Mujur ada beberapa biji apple atas meja makan. Itulah yang sudi nak masuk tanpa muntah. Pagi sebiji..petang sebiji..lewat petang sebiji..
Malam keluar pegi cari apple lagi. Roti juga. Kalau pun tak boleh masuk nasi.. roti dan buah pun jadilah. Makanya sebelum pergi sapu minyak dakam kat kaki dan pakai stokin. Gagahkan diri berjalan.. beli juga sekotak susu HL coklat
Balik terus minum susu HL secawan dan mintak izin kekasih nak baring. Kekasih tung tang..tung tang kat dapo masak dinner.. Tq hubby.. love u lah..
Menjelang tengah malam terjaga.. sweetheart dan abah dia dah siap makan. Bangun tu rasa lebih sihat.. angin hilang..
Terus iron baju sekolah jap.. siapkan beg sekolah bagai. Jamah buah sikit alas perut dan tido..
Subuh bangun.. celup upt bawah tu.. :)
Mama share kan juga rupa BBT Chart ( Body Basal Temperature Chart) mama cycle kali ini yang positif. BBT chart ni salah satu cara untuk korang kenal badan dan tahap hormon korang sendiri. Tak susah nak buat ini kalau korang betul ada kesungguhan & disiplin diri..
Mungkin masalah angin semalam tu berpunca daripada minum petang hari sebelumnya. Goreng cempedak.. bekas goreng cempedak tu goreng sikit pisang. Mama tak makan cempedak..makan pisang goreng je. Itu kot masalahnya..dah la badan memang berangin-angin kan..
Jadinya pagi ni.. minyak bekas gorengan tu selamat dinyahkan. Takut sangat kene lagi..
Tapi bila jiran-jiran memasak.. baunya masuk ikut air well.. uwaaaa... "dia" datang balik..
Sendiri pun masak kat dapo rasa nak pakai penutup hidung..
Bertabahlah.. dugaan nak dapat rezeki besar memang macam ni..
Doakan mama sihat.. kandungan ni kuat..
Aamiin..
Kita sambung kat post lain nanti ye..
Kita sambung kat post lain nanti ye..
2 comments:
=)
Post a Comment