"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, January 5, 2016

Detik Itu Tiba Jua..Terima Kasih Ya Allah..

Tarikh entry ini ditulis ialah 9 Ogos 2015

Journey kami ( mama dan abah ) sebagai TTC ian couple bukannya sekejap. Umur sweetheart kami dah 8 tahun. Dan menanti cahayamata ke-2 dalam jangkamasa 8 tahun bukan sesuatu yang sangat mudah. Kawan-kawan terdekat.. family.. saudara mara.. ramai yang tahu kami sangat berusaha untuk memperolehi cahayamata lagi. 

Bagi yang mengikuti.. memang tahu dah cerita. Tapi banyak off record..off blog post yang korang tak tahu. Bukan sesuatu yang membanggakan bila mama kata, mama dapat mengandung hampir setiap tahun. Tapi semuanya berakhir dengan keguguran. Bayangkanlah 8 tahun..kalau setahun tu lekat sekali je..dah 8 kali. Tapi ada tahun yang dapat lekat sampai 2@3 kali? So..korang rasa? 

Yes..sangat2 down. Dan tahun lepas selepas kesekian kalinya gugur lepas confirm dengan dokte pregnancy tu.. mama betul2 rasa stress. Sampai dokte perasan dan banyak kali nasihatkan supaya jaga emosi. Stress ni sangat membunuh kesuburan. Mengkucar-kacirkan hormon yang balance dan lebih membuat susah nak conceive.

Masa tu memang hormon ke laut lepas.. buat BBT Chart pun nampak sangat chart tu kelaut pattern dia. Alami anovulatory cycle.. cycle dimana ovum tak dikeluarkan akibat kondisi hormon yang sangat teruk. Mama ambil masa nak tenang. Mungkin sebab masa tu dah terlalu berharap..

Kadang-kadang dengan faktor orang sekeliling yang selalu bertanya .. selalu membuat andaian yang bukan-bukan.. dan ada juga yang judge kami tanpa tahu cerita. Allah.. tak larat nak sebut dah tapi semua memang menguji..

The best part is.. Allah hadiahkan mama dengan suami yang sangat positif. Sangat menenangkan dan tak pernah menekankan soal2 macam tu. Dia selalu kata..

" Kalau Allah dah kata kita ada kakak (sweetheart) sorang je pun alhamdulillah. Ada orang lain yang tak ada anak langsung tau. Kita patut bersyukur, seorang pun DIA bagi juga.."

But, nanti mama selalu cakap kat dia macam ni..

" Tapi tak salah kan kalau kita terus berusaha. Kalau tak usaha, macam mana nak dapat lagi kan?. Thats why selagi mampu..sihat.. kita mesti terus berusaha.."

Trying to let the hope stands high. Jangan putus harap..
Selepas kejadian jumpa dokte sebab stress dan hormon tunggang terbalik tu.. slowly mama kembali tenang dan sibukkan diri dengan biz QASEH GOLD. So, tak lah terlalu memikir sangat. Tipu la weh tak fikir langsung tapi bila masa sibuk dengan order, stock, pelanggan.. siyes lupa sekejap hal tu..

Few month later memang BBT Chart cantik semula. Hormon stabil kembali tanpa sebarang ubat. Kalau tak.. dokte siap2 kasi sonulut untuk stabilkan hormon. Which is..si kepala batu ni tak makan langsung sebab mama betul2 fikir yang mama tak perlukan ubat tu. Just simpan sahaja..

Buat apa yang menjadi passion.. mama kembali ke laman.. tanam RJ.. jaga balik pokok2 ros.. tanam sayur.. and so on lah. Jadi terapi itu menjadi sangat2 dan hormon elok kembali.

2015, seperti biasa doa dan azam tahun baru mestilah nak mengandung dan dapat cahayamata no.2.. Tina pun dah mula pandai bertanya kenapa orang lain ada adik beradik.. dia tak ada? Huh.. sape nak jawab tu. Kami ajar dia berdoa sama2 lepas solat.. Moga Allah counts every doa yang dia ucapkan..kami aminkan.. Isi hati kanak-kanak sangat tulus. Dia mintak ikut apa dia nak je..Lebih kurang macam ni doa dia..

" Ya Allah Ya tuhan kami, berikan saya adik syawalina dan Fikri. Sholeh dan Solehah. Cantik macam saya, mama dan mak. Hensem macam abah dan atuk"

see.. dia fokus mintak memang ini lah setiap kali doa. Banyak kali dia tanya.. bila Allah nak turunkan baby dari bintang tu masuk dalam perut mama? Dah lama dah kita doa.. tapi Allah tak bagi pun..

Ko rasa?

Jangan bagi dia putus harap.. sama macam kami..

" Allah tak bagi lagi sebab agaknya doa kita belum cukup. Kita kene doa lagi. sampai masa nanti Allah bagi.."

 Ramadhan 2015

Simpan harapan dan impian yang ramadhan kali ni dapat mengandung dan puasa terus sebulan. Sama seperti harapan ramadhan tahun2 sebelumnya..

Niat nak berdoa setiap kali sebelum berbuka.. tapi yang teringat hanya beberapa kali. Itupun doa2 ringkas je. Straight to the point kata orang..

Tapi ramadhan tahun ini pun tak cukup juga puasa.. Bit down.. itu normal.. mama hanya manusia biasa. Bila sibuk nak raya.. lupa lah semua hal2 tu..




BBT Chart bulan ramadhan. Cantik graf. Actually macam CP ( chemical pregnancy ) sebab chart mama takkan naik setinggi lebih dari 36.50 kalau bukan pregnant. Few chart dah perhatikan. Mungkin ada ovum berjaya tersenyawa tapi bukan benih yang sihat. Itu kesimpulan paling menenangkan hati


Aidilfitri 2015

Biasalah..raya memang sibuk. Mana ada raya tak sibuk. Dalam kesibukan tu masih ingat.. dimana fertile window sebab sentiasa sukat suhu untuk BBT chart. 

Beraya sakanlah di kedua2 kampung. Makan lah sekehendak hati. Tak ada nak pantang2 bagai. Apa rasa nak makan.. makan je. Lupakan seketika makanan berangin lah..tajam lah..herba2 panas la.. lantak ko.. huhu..

Bila sekolah dah naik.. rutin kembali macam biasa..

Rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan badan sendiri. Suhu makin hari makin naik. Sweetheart sibuk kata  "mama demam" ..

Sudah dikata.. stock UPT dan OPK memang ada kat rumah. 30 Julai 2015 beranikanlah hati mencelup upt sebab suhu berada diatas..agak tinggi untuk range mama.. dan mama dapat ini..strip UPT ni sensitiviti 20miu ye..

Nampak ke? Ada.. tapi sangat kabur.. kalau tak edit tak boleh nampak sangat. Dah edit pun nampak bayang je. Tak boleh nak percaya sangat.. maknanya kene celup lagi untuk tengok peningkatan HCG. Kalau tak meningkat, maknanya mainan tido sahaja line tu..huhu

Esok paginya suhu tetap boleh dikata tinggi.. celup upt lagi.. dapat ni pulak..

Separuh nyawa yang rasa diawang-awangan tu dapat balik bila tengok ada peningkatan.. TAPI.. jangan suka suki dulu.. kene terus monitor peningkatan HCG tu..

1 Ogos..
Celup lagi. Korang mesti kata mama giler celup. Lantak.. tapi yang mama tau..kene tengok peningkatan HCG tu.. benda yang kami TTC ian sangat tekankan bila dapat upt ada 2nd line. So.. celup..
Strip UPT ni sensitiviti 25miu



 Siap bukan buat FMU ( first morning urine) .. buat petang pulak sebelum maghrib.. Nampak? 
Peningkatan yang memberangsangkan disitu kan..

2 Ogos.. beranikan hati buat sedikit investment. Apa benda? Pergi beli Clear Blue Digital.



Giler kentang upt ni mahal.. dan ia sangat2 sensitif.. Makanya dari subuh 2 Ogos tu tahan nak ke toilet sampailah berjumpa dengan CBD tu ..  

Jantung macam nak gugur menunggu jam pasir upt tu kelip2.. adeh..
ta daaaa....


Mulut tak henti ucap alhamdulillah.. air mata mengalir tak payah disuruh. Sorang2 melayan perasaan. Sujud syukur atas kurniaan Allah yang sangat2 hebat ini..

Jadi petang tu plan nak bagitau berita gembira ni pada kekasih hati..
As expected, kekasih hati pun sama macam mama.. dalam happy..syukur..masih berpijak dibumi nyata. Tunggulah sampai scan confirm.. tengok hbeat bagai nanti.. syukur dalam ngeri2 manja gitu. Sape tak takut. Ini bukan 1st time..

Jumpa dokte? Owh no.. belum lagi. Selagi tak terang benderang T line tu.. takkan ku pergi.

10 Ogos 2015


Akhirnya T line lebih terang dari C line. DPO pun dah lebih dari yang paling panjang. Makanya masa untuk jumpa dokte. Ada hal yang perlu dirisaukan.. kita perlu tahu kandungan ini didalam rahim atau tidak?

Kalau tidak..bahaya woo.. boleh meragut nyawa..

Sejam tunggu dokte.. keras perut tahan urine. Dokte ini dah tahu tentang mama. Jadi tak banyak cerita jika jumpa pun. Dokte kata dah 5weeks.. alhamdulillah.. si degil ni nak mintak scan jugak. Jenuh woo tahan kencing. Rugi la tak scan. Dokte kata may be belum nampak lagi.. tapi takpe la.. cuba dulu..

Mesin scan agak kuno sket hihi.. letak saja.. yeay! dokte kata tu.. nampak cute sangat dalam rahim.

 Alhamdulillah.. Kita sambung next post :)

Detik Itu Tiba Jua .. - Part 2

4 comments:

Jurina said...

Hai la...bestnya tengok upt kak sha ni... jue bakal menyusul...doakan ye.. struggle utk next cycle lak kot..cycle ni mcm tak jadi juga..cycle ke 6...

Sha@Mama TinaAzra said...

Tengok upt memang best lepas berusaha bertahun2 jue..
InsyaAllah.. amik aura mak yong ye..
Sentiasa doakan jue & yang lain2..

Unknown said...

Waktu bila yg sesuai chek suhu tu sis..

Sha@Mama TinaAzra said...

check suhu bangun dari tido waktu pagi. sebelum bergerak ke mana2.. selepas cukup 3 jam tido. Guna thermo, temping bawah lidah..
cari group ttc kat fb.. dalam tu ada banyak info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...