"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, March 14, 2016

36W1d .. Makin Hampir..

Cepat rasanya masa berlalu. Trimester ke 2 dan kini trimester ke 3. Makin lama makin hampir.. sudah 9 tahun pengalaman berjuang di bilik bersalin dulu, kini bakal ditempuh sekali lagi. 
Gabra?
Dah pasti..

Bukan mama je.. abah sekali. Sebab waktu berjuang melahirkan sweetheart dulu dia ada bersama-sama didalam bilik bersalin. Menunggu & menyaksikan kesakitan & kepayahan yang mama alami. Sedikit sebanyak, dia rasa tak tenang juga menanti kelahiran yang ini. Dia yang tengok pun cemas.. apalagi kita yang nak berjuang ni kan.. Allah je tahu apa dalam hati..

Lagipun edd yang dokte bagi memang hari sekolah. Lagilah abah risau. Macam-macam lah yang di fikirkan. Takut mama sakit masa dia disekolah lah..
Sempat ke dia balik kalau mama sakit tiba2..
Takut jalan jammed
Takut kereta buat hal
Macam-macam. Mama tak larat nak fikir hal macam tu. Doa banyak-banyak supaya Allah permudahkan semuanya untuk kami. Tu je.

Perkembangan mama?
Memang kembang sangat dah ni..hahahaha. Banyak baju semasa mengandung sweetheart dulu, dah tak boleh sarung..huhu

Sekarang ni memang dah sangat-sangat tak selesa dalam posisi apa pun. Duduk tak selesa, baring lagi tak selesa, berjalan pun susah. Lower part dah bertambah-tambah sakit. Nasib baik gigi dah tak sakit. Kalau tak lagi bertambah-tambah sakit lah mama..

Few weeks lepas, tetiba perasan yang kaki bengkak. So masa balik kampung, mintak mak lang mama urutkan. Esoknya alhamdulillah elok..

Yang pastinya pregnancy kali ni berat naik melebihi apa yang pernah dicapai.. huhu dengan jayanya okeh..Pernah ada yang naik sampai 1.7kg terus..perghhh..tapi ramai yang pelik sebab badan tak nampak naik sangat pun.. boleh gitu..

Check up 36w settle.. 2 minggu sekali appointment settle
Now start dengan seminggu sekali appointment dah..

Report check up:
Urine : ok
Berat: naik 300g
BP: 100/70
HB: 12.1
Baby heartbeat : heard by doppler..healthy
Head : engaged

Alhamdulillah kan.. semua ok

Menanti masanya penuh debar...

2 comments:

mama reen said...

Tahniah! Bila due? Maaf kali ni tak dapat nak bagi byk preee gift..yela i da tak keje kat baby diaper tu lagi. ..anyway selamat bersalin ye sha! ☺

mama reen said...

Tahniah! Bila due? Maaf kali ni tak dapat nak bagi byk preee gift..yela i da tak keje kat baby diaper tu lagi. ..anyway selamat bersalin ye sha! ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...