"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, August 1, 2017

Morning Sickness Owh Morning Sickness

Entry ini ditulis pada 1 September 2015

Meniti hari-hari diminggu awal kehamilan dengan debar yang tak habis didada. Segala kemungkinan yang pernah berlaku terbayang-bayang di fikiran. Tak dinafikan mama sangat-sangat takut dengan keadaan ini. Kekecewaan yang pernah terjadi memaksa untuk lebih berhati-hati..
Alahan pula semakin menjadi-jadi. Ada masa memang sepanjang hari tekak rasa loya dan kepala pening. Sampaikan bila terbayang makanan pun rasa nak muntah..

Mula alah dengan bau-bauan seperti menumis, memasak, menggoreng dan bau nasi ..uwaaa...

Dupaston dan Acid Folic memang jadi teman setia. Nasib baik susu coklat boleh minum. Dokte pesan dupaston nak kene makan sehingga minggu ke 12 nanti. Kemudian kita tengok macam mana progress. 

Tiba-tiba pada 21 Ogos 2015..
CD47 DPO30
keluar spotting coklat cair..

Hari itu sebenarnya kami ke Giant Pulai. Dekat je dengan rumah untuk cari bekalan susu coklat yang dah habis. Bila dah sampai dan berjalan sekejap, pinggang serta belakang terasa sakit. Balik tu masih ok ..takde spotting. Kami ke rumah mil pulak.. abah tengok bola. Mama cuma baring je kat ruang tamu. 

Bila balik.. rasa macam ada discharge yang cair. Sekali tengok.. mau gugur jantung bila spotting tu bukan putih macam biasa tapi warnanya coklat cair. Terus bersih-bersihkan, makan dupaston lebih malam tu dan bagitau kat abah.. kene bedrest..

Subuh tu tengok coklat dah takde dan mama pergi klinik dokte Norihan untuk scan. Hati risau. Sebelum ini scan masih belum ada heartbeat. Makanya hari ni nak scan tengok ok ke tidak baby didalam selepas spotting malam tadi tu..


Dup dap dup dap..
Tapi bila dokte kata..
" tu.. nampak elok je.."

Tanya juga.. dah ada heartbeat ke dokte?
" yes.. dah ada dah. Sekejap ye.. kita cari angle yang paling terang.."

Alhamdulillah.. nampak blinking2 tu hati sangat senang. Dah ada heartbeat dah baby mama abah.

Tapi cerita morning sickness tak berakhir kat situ. Makin begitu dan makin begitu sampai ada masanya terasa sangat lambat waktu berlalu. Tak tahan..

Bila hati rasa macam tu.. pergilah berehat.. bertenang dan muhasabah diri. Allah nak bagi rezeki yang sangat besar.. pahala yang sangat tinggi darjatnya.. kenapa kita nak mengeluh?

Layan je la..huhu..




Mujur.. ada suami yang sangat memahami.. sangat membantu. In fact waktu2 fragile ni abah memang sangat banyak berkorban. Kerja rumah banyak dia yang buat. Yang melibatkan tenaga lebih.. mama tak boleh buat. Sampai jinjing sampah dapo pergi buang kat tong pun boleh sebab kan spotting. Sabar tak sabarlah dia menghadap kan.. Tq sayang..

Bayangkan rumah tak bersapu sampai seminggu.. kain baju berlambak tak berlipat.. ambil yang perlu sahaja. Dokte pesan jangan renyah. kalau boleh bedrest. So, hari2 abah akan pesan.. yang mana tak boleh jangan buat. Biarkan je.. Tutuplah mata sekejap dengan kesepahan ini semua..Sabar..

Nak masak kene jadi ninja kat dapo. Tu pun buat yang simple2 sahaja. Sweetheart balik sekolah kan.. kesian pulak. Mualnya time memasak tu tuhan je la tahu.. kadang dek sebab memasak tu pening mual berlarutan sampai ke malam..Sabar..

Pernah.. sempat masak nasi sahaja. nasi melegak je.. dia punya pening mual tak leh handle dah. Rasa nak runtuh dunia dek bau nasi. Akhirnya baring nak elak muntah.. Bila sweetheart balik..

sweetheart: Mama ada masak apa2 ke hari ni?
Mama : Masak nasi je sayang. Mama pening sangat hari ni..
sweetheart : Tak pe mama.. goreng telo letak kicap pun boleh..
Mama: sorry ok.. mama tak larat nak masak lauk..
sweetheart : its ok ma..

Uwaaa.. sangat nak nangis.. mereka berdua begitu memahami..

Berdebar menanti untuk scan 10w pada 15 september 2015 nanti..
Semoga Allah melindungi mama dan baby dalam kandungan..

Tak sanggup menunggu 15 september, kami pergi klinik dokte Norihan awal dari tarikh tu. Pergi pun malam sebab nak abah dan sweetheart tengok sama. Siang masing2 sekolah.. tak ada masa nak teman mama tengok baby..


 Alhamdulillah.. dia membesar dengan baik seiring usia kandungan..
Syukur

35 Weeks 2 Days

Pejam celik..pejam celik..
3rd precious baby sudah pun memasuki fasa-fasa akhir kehamilan. Serangan BH sudah semakin kerap dirasa dan lower body part sudah terasa sangat-sangat sakit disana sini..

Minta maaflah sebab memang tak berkesempatan menjengah blog, tak berkesempatan menulis dan berkongsi kegembiraan kandungan ke -3 ini..

Sibuk dengan baby Azra yang semakin hari semakin lasak dan aktif. Ditambah kandungan yang semakin sarat.. tak terlarat rasanya nak bukak blog

Malam ini terasa hendak menulis sebab sedang menyiapkan beg-beg hospital yang terakhir. Check semuanya yang telah dimasukkan sebelum ini. Kadang-kadang ada sahaja yang terlupa. Contohnya, masa buat beg hospital awal-awal aritu.. rupanya tuala mandi tak dimasukkan pun..

Siapkan 1 beg sahaja untuk segala kelengkapan mama dan baby..
Satu beg lain sebagai "handbag".. beg doraemon yang akan mengisi barang2 semasa macam purse, buku pink semua tu lah..

Sedang-sedang menaip.. terasa gerakan baby begitu kuat menolak ke bawah.. ngilu dan sakit..huhuhu..
Tengah malam ke pagi begini baby sangat aktif menolak dirinya..

Nanti bila semuanya dah selesai.. kita berkongsi cerita lagi disini ye..

Dikesempatan yang ada ini, mama nak minta doa semua kawan-kawan sekelian supaya urusan kelahiran kali ini dipermudahkan, kesakitan diringankan dan semuanya berlalu dengan selamat. Sihat mama dan baby..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...