Pejam celik..pejam celik..
3rd precious baby sudah pun memasuki fasa-fasa akhir kehamilan. Serangan BH sudah semakin kerap dirasa dan lower body part sudah terasa sangat-sangat sakit disana sini..
Minta maaflah sebab memang tak berkesempatan menjengah blog, tak berkesempatan menulis dan berkongsi kegembiraan kandungan ke -3 ini..
Sibuk dengan baby Azra yang semakin hari semakin lasak dan aktif. Ditambah kandungan yang semakin sarat.. tak terlarat rasanya nak bukak blog
Malam ini terasa hendak menulis sebab sedang menyiapkan beg-beg hospital yang terakhir. Check semuanya yang telah dimasukkan sebelum ini. Kadang-kadang ada sahaja yang terlupa. Contohnya, masa buat beg hospital awal-awal aritu.. rupanya tuala mandi tak dimasukkan pun..
Siapkan 1 beg sahaja untuk segala kelengkapan mama dan baby..
Satu beg lain sebagai "handbag".. beg doraemon yang akan mengisi barang2 semasa macam purse, buku pink semua tu lah..
Sedang-sedang menaip.. terasa gerakan baby begitu kuat menolak ke bawah.. ngilu dan sakit..huhuhu..
Tengah malam ke pagi begini baby sangat aktif menolak dirinya..
Nanti bila semuanya dah selesai.. kita berkongsi cerita lagi disini ye..
Dikesempatan yang ada ini, mama nak minta doa semua kawan-kawan sekelian supaya urusan kelahiran kali ini dipermudahkan, kesakitan diringankan dan semuanya berlalu dengan selamat. Sihat mama dan baby..
No comments:
Post a Comment