"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, October 28, 2008

Qistina Demam Panas Di Majlis Harijadinya ..

Sabtu 24/10/2008 Masih Ingat pada post lepas? Qistina sembelit dan poo poo tak mahu keluar. Jam 1 tengahari je bila habis ofis hour, mama terus pergi farmasi caremart dan bertanya dengan pharmacist tentang ubat untuk baby yang sembelit. Pharmacist beri 2 jenis ubat, 2 biji ubat untuk masukkan melalui punggungnya dan 1 botol Lactul untuk dimakan (cecair). Selepas ambil cake dikedai, mama terus balik kerumah.

Masa mama sampai Tina tengah main-main. Abah kata dah cuba tolong Tina untuk keluarkan poo poo tapi terlalu keras. Abah dah pun berjaya keluarkan sedikit tapi Tina punya nangis..jangan ceritalah..menjerit-jerit.

Jadi dengan segera mama beri Tina minum lactul sebanyak 10ml. Kemudian masukkan cecair melalui punggungnya. Kesiannya..tak sanggup nak tengok tapi kalau mama tak buat macam tu Tina akan terus sakit perut. Lagipun perutnya dah keras sejak semalam.. Tak sampai 2 minit pun ubat dimasukkan Tina menjerit-jerit lagi sebab poo poo nak keluar. Dia peluk mama dengan kuat sambil menangis. Bau poo poo nya jangan ceritalah..2 hari tak dibuang. Bila nampak Tina dah lega, mama bukak diaper dan cjeck sama ada semua sudah keluar. Ya..mama dapat lihat poo poo yang keras tu sangat besar..

Malam itu badan Tina panas.. bila mama dengan abah check..39 darjah celcius.Alamak..macam mana ni..esok kan nak buat majlis harijadi Tina! Malam tu Tina tak dapat tidur lena..tidurnya asyik terganggu dan sesekali meracau-racau kerana panas terlalu tinggi. Bawah mata dan bibirnya merah kerana terlalu panas.Mama dan abah pun tak dapat tidur. Risau mama..bila Tina dah lelap je..mama atau abah akan letak tuala basah kat dahinya. Dia pun rasa selesa. Lagipun kami bimbang biarkan panas dikepalanya terlalu tinggi..sebab macam2 boleh berlaku.Dekat pukul 2 baru mama dengan abah tidur. Itu pun selepas siapkan barang-barang yang nak dimasak esok.. dan masa tu Tina dah tidur lena.

Pada Hari Ahad 26/10/2008, kami meraikan birthday qistina dengan menjemput keluarga terdekat, jiran dan kawan-kawan.Demam Tina masih lagi tinggi. Kami nak bawa Tina pergi klinik pakar kanak-kanak doktor Chum tapi clinic hour adalah 2pm hingga 7pm bagi hari ahad. Terpaksalah juga kami jalankan dahulu majlis yang telah dirancang.

Tapi Tina tak seceria selalu. Mama pun tak sampai hati nak pakaikan dia gaun yang mama beli sebab mama tahu dia akan rasa tak selesa. Tapi bila majlis dah nak bermula, mama salinkan Tina baju gaun untuk potong kek. Tina rimas sangat, dia tarik2 renda baju sampai tercabut. Mama ada beli cekak rambut untuk padankan dengan gaunnya tapi bila dia dah macam tu..tak pakaikan pun. Kesian..dah lah dia memang rasa tak selesa..mama tak nak dia rasa lebih tak selesa.

Nasib baik semasa majlis berlangsug..Tina tak meragam. Dia gembira dan sesekali bermain dengan sepupu-sepupunya yang datang. Mereka pun sukakan dia..dia pandai berkawan

Selepas potong kek cepat-cepat mama tukarkan Tina pakai singlet dan short. Baru dia rasa selesa.Dalam pukul 4 lebih selepas semua tetamu balik mama dan abah siap-siap untuk bawa Tina jumpa doktor.





Doktor Chum kata tekak Tina merah dan bengkak. Dia pesan supaya mama tak beri Tina makanan dan biskut sebab takut tekak Tina luka. Dan doktor Chum bagi sample Isomil untuk Tina cuba. Lagipun mama dengan abah kalau boleh nak hilangkan colic yang Tina alami selama ni. Mungkin Tina memang alah pada protein susu lembu tapi dia cuma colic je sebab tu tak perasan sangat. Tapi tu semua hanya kemungkinan. Kami kena cuba dulu Isomil tu bila Tina dah sembuh dari demam nanti barulah dapat tahu.
Doktor Chum bagi ubat demam, ubat selsema dan antibiotik. Tina memang serasi dengan doktor dan ubat dari klinik ini. Harap-harap Tina akan cepat sembuh lepas makan ubat nanti. Dalam perjalanan balik Tina merengek hingga tertidur. Sampaikan mama & abah nak makan pun tak sampai hati nak dukung dia lama-lama jadi mama suruh abah take away McDonalds. Kami makan dalam kereta je sebab Tina dah tidur atas riba mama. Lena sangat dia tidur..
Dan hari ini 28/10/2008, Tina sudah sembuh 80%. Demamnya tinggal sikit-sikit je lagi. Panas pun dah banyak kurang. Semalam (mama cuti deepavali) Mama masakkan bubur dan Tina dah ada selera nak makan. Banyak jugak dia makan. Cuma bila poo poo je dia akan menangis..mungkin sebab masih sakit dibawah sana tu..

Inilah baju gaun Tina untuk Majlis harijadinya ...








Cekak rambutnya yang tak sempat mama pakaikan..




Hadiah dari Mak Long & Mummy Azie..


Hadiah dari Mak Lang
Hadiah dari pakcik Sarip



Selain dari hadiah diatas ni..ramai yang bagi duit sebagai hadiah. Bila mama kira-kira...jumlahnya banyak juga ..

Wish harijadi Tina di website MeadJohnson



7 comments:

MeRy said...

Hope Tina will get well soon.

Sarah's Daddy and Mommy said...

How is Tina now?
Pity her...
But from the photo, she looked fine.

Sarah's Daddy and Mommy said...

I got a tag for you
http://samydy.blogspot.com/2008/10/pink-sisterhood.html

Qistina's Mama n Abah said...

Mery and Joanne - Tina looks like ok this morning but she suffered cough yesterdy. Cough till vomit. Me this morning covered with her vomit as she vomit while I take her from baby cot. So pity leh.. baby cough like adult one..

Qistina's Mama n Abah said...

correction la mama...present LOVE BEAR 2 Maklong and Mumy Azie belikan la...kang merajuk pulak diorang....

Sarah's Daddy and Mommy said...

Ooo..is it? I have heard from Sarah's paed said that, for bb, they will either poo poo or vomit out the phlegm, so this might be one of the reason Tina cough till vomit.

If she is consistently eat the medicine, should be fine.
Oh ya, not forgetting to apply some vicks to her feet (cover with socks) and on her chest and back whenever she goes to bed. It helps.

Qistina's Mama n Abah said...

Abah - Sorry la..mama ingat uncle amy belikan..

Joanne - I used to apply vicks continously on small amount to her chest, back and feet. also cover her feet with socks. This 2 night I get her soft adult pillow and put her head on the pillow so that will prevent her nose block. Seem that she's fine with the pillow. May be she feels comfort..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...