"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Friday, September 3, 2010

Kata Tak Nak Pegi Tapi..Lastnya Pegi Jugak

Ini cerita majlis berbuka hari ini. Dah dari semalam lagi abah ada cakap kat sekolah dia ada anjurkan majlis berbuka untuk budak-budak sekolah & kakitangan sekolah. Mama actually malas nak pegi. Bukan apa, takut cikgu-cikgu lain tak bawak wife pun..malu la mama kang. Dan mama sebenarnya tak nak la dikata 'mengekor' jek mana abah pegi. In case sometime dia memang patut pegi sorang kan..

Tapi bila mama cakap dgn MIL mama, MIL mama suruh mama teman abah pegi. Takut abah kena ngorat hahaha.. takdelah.. Yelah, kata MIL biasanya kalau majlis berbuka cikgu-cikgu memang bawak wife & anak.. so mama boleh la pegi pun..Masa kat umah MIL tu mama memang cakap.."tengoklah mak.."

Pagi..sebelum abah gi sekolah dia tanya mama lagi untuk kesekian kalinya..nak pegi tak. Last-last mama cakap jek..pegi. Cerialah sikit air muka dia..hahaha..

Pukul 4 lebih dah gerak sebab pukul 5 agendanya dorang nak khatam quran dulu. Sesampainya kat sana memang dah ramai..kata budak sekolah..memang la ramai kan..harus! So mama sesalam-salam dan teruslah menolong apa yang patut.

Ni satu lagi..nak amik gambo-gambo sekelian malu la pulak.. sudahnya tak amik sekeping pun gambar. Sabo ajelah..

Gitu-gini..menu nasi biryani lauk ayam, dalca & acar darat. Ada kuih talam, karipap, donut, dan ada la beberapa benda lagi. Dorang ni berbuka buat air bandung..lemahnyo den. Mama memang anti air sirap bandung ni..tak suka!! Nasib baik ada air teh suam..kalau tak ntah nak minum air apa agaknya..

Pukul 9 malam gerak balik sebab nak amik encik waja kat bengkel. Hantar semalam. Brek problem, wiper problem & regulator pintu. Semuanya tu adalah tanda-tanda tak sihat untuk dibawak beraya. So, kenalah repair dulu..makan gak RM400++ aduhai..nak raya2 nih..macam-macam dugaan la..nasib baik shopping raya Tina & mama dah selesai. Mama sikit jek. Tina la yang lebih. Abah mengalah tahun ni.. buat baju melayu baru je. Walaupun sebenarnya abah ni patut kena beli baju untuk beraya.. abah ni makin sihat badannya sejak-sejak puasa ni..tapi bajet tidak mengizinkan. Dapat memenuhi untuk Tina tu pun dah syukur.. anak-anak yang nak beraya kan..

Balik..tunggu mekanik hantar kereta kat rumah MIL.. makan-makan sikit jamah.. pastu terus balik. Sampai je rumah..mandikan Tina..salin baju tidur..buatkan susu & dia lelap tak lama lepas tu. penat sangat la kot.

Mama pun cepat-cepat mandi..terasa segar rasanya kena air.. tengok blog sekejap ni ha.. pas ni bolehlah tido.. huhuhu kang pukul 4:15am dah nak kena bangun masak sahur pulak..ok lah..penat la..

2 comments:

Lelord said...

hahahhaha pe lak nak malu...snap2 jek...rugi arrr nak gak aku tgk majlis buka ko tu

Diamilikku said...

hurmm...saya pulak time nak dekat raya nih la road tax kete hubby mati...dah le kete tuh old skewl...(lebih 15 years dah)...so gi buat insurans ngan roadtax habis dekat RM500...tak buat kang hubby takde kete nak naik gi keje...sian dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...