"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, September 21, 2010

Raya Ke-3 >>> Kota Tinggi

Pagi raya ke 3 kami mulakan operasi beraya kat sebelah mama pulak. First kami ke kampung abah mama di kg sepak hulu. Tinggal adik beradik abah mama jek kat sana..raya pun kejap-kejap jek.. 3 rumah settle.. Layan gambo mak mama & Tina sebelum gerak beraya..


Tina & Mak..masa ni belum keluar rumah lagi





The only baju gaun untuk raya tahun ni. Tengok hidung tu..tengah merah sebab lukanya dah terkopek. Tangan maintain okeh..pegang duit raya

Lepas raya kg abah mama, kami ke kg mak pulak. Raya rumah mak long jek dulu. Sebab dahulukan saudara tua. Yang lain kemudian lah..Pastu..jom kita kerumah ummi diella.

Kat rumah ummi diella mama dah request awal2 nak makan laksa. Pergh..permintaan dikabulkan. Sebab masa raya pertama diorang datang rumah mama, siap dah pesan dengan mak mama lagi tu..jangan tak jadi datang sebab mak teh mama (mak mertua ummi diella) nak buatkan laksa..yahoo..

Tapi maaflah gambar laksa takde tau. Camner boleh lupa pun tak tau. Teringat bila pinggan laksa dah kosong jek..hihihi... makan 2 kali tu..sedap sangat. Thank you mak teh.. muah!

Tapikan..mama ada amik gambar-gambar kuih raya ummi diella tau.. ni dia..


hihihi...jangan marah ye diella.. cantik2 kuih diella..

Ha..tahun depan kalau ada sesape nak tempah kuih bolehlah contact ummi diella..hihihi...

Hmm..tengah-tengah kami melepak2..mak usu mama sampai. Dengan anak-anak dia semuanya..masa diorang makan, mama & abah curi anak dia kejap amik gambo..ni dia sicomel yang debab tu..








Mama & Abah bergambar dengan baby alisha, 5 bulan..ehem.. ada rupa nak tambah sorang lagi tak?


Malam jugak baru kami gerak dari rumah mak teh & ummi diella.. seronok berkumpul berbual2..balik rumah dah penat..mandi..dan zzzz....

2 comments:

Dilla Ady said...

hihihi..kelakar jek akak nih..

siap masukkan gambar kuih2 tu lagi..dilla tolong adun jek la..yg gentel2 dan hias mak teh ngan ekin..

tapi kan, nape ek kite tak penah amik gambar berdua? org cam tak caye jek kite nih sedara..pastu tak penah amik gambar si tina ngan acha berdua..haiyaaaa..

beli tgk ni, rase cam ruginye la tak amik gambar..huhu

Sha@Mama Tina said...

hmm..payah beno nak ngaturnya weh..dua2 tak reti diam mcm ulat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...