"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, August 17, 2011

"Kita Nak Pergi Mana Ni Mama?"

Huhu..korang tau je la kan..Tina ni memang tersangatlah banyak bertanya. Sebaik sahaja bangun tidur..hinggalah dia tidur semula, mulutnya takkan diam. Ada je soalan dia..

So tadi petang lepas abah balik sekolah, mama riki2.. tanya abah bila nak gi cari persiapan raya Tina. Satu apa pun kami tak beli lagi utk dia. Cuma 2 pasang baju kurung jek yg dah siap mama jahit (ngelat disitu..leher mak mama jahitkan)

Bila abah bagi green light, lepas asar kami pun keluar. Tempat tujuan..? Jusco Bukit Indah. Yang si Tina sibuk bertanya..

Tina :kita nak pegi mana mama?

Mama : kita nak pergi Jusco Bukit Indah

Tina: Jusco Bukit Indah? Nape?

Mama : Kita nak cari baju raya Tina..kasut raya Tina..

Tina : oo..baju raya..


Kami tak lah meround sangat sebab dah tau tempat yang nak dituju.. Cartoon Planet. Sebab 2 hari sebelum kami..kakak ipar mama dah meround dulu beli baju raya hero2 dia. So dia dah tengok la mana sales..mana tak

Lagipun dia ada belikan sehelai t-shirt untuk Tina. Mama & abah berkenan dengan kualiti kainnya. Harganya pun berpatutan. Sesuailah untuk mood beraya kan.. :)

Kami terus jek masuk Cartoon Planet dan terus jek dengan usaha mencari baju2 gegirl yang sesuai utk Tina..

Bukan senang okeh mencari baju si budak bambam yang montel nih.. saiznya tu kene very the careful one. Terbonjol disana sini..sian plak kat dia.

Dekat setengah jam gak kat dalam tu. Baju2 yang kami pilih tu da siap2 dicuba sekali. Bukan apa..jangan dah balik nnt baru menyesal bila baju tu ketat kat dia.

Mostly yang kami pilih tu girl t-shirt. Kaler ceria riang la. And paling best sekali bila akhirnya kami berjaya jumpa gaun yang sangat selesa & nampak sangat comel bila Tina pakai. Yang penting material dia sangat selesa utk dia yang kuat berpeluh. So next time..mama dah tau mana nak cari gaun untuk Tina..

Dalam pada kami memilih2 tu, sales girl pun beri cadangan mulakan dengan saiz 8 ke atas. Sempat dia tanya..

Sales Girl : umur dia 6 tahun ke kak?

Mama : Ha? tak lah..baru 4 tahun

Sales girl : ???? Ingat dah 6 tahun. Badan semangat

Mama : (senyum jek).. dah biasa dengan ayat2 macam tu..


Selesai di Cartoon World kami beralih ke Jusco pulak. Mencari sedikit baju harian Tina. Semua T-shirt yang bersaiz 7-8 ke bawah yang ada kat rumah memang dah sendat2 sangat.. slow2 la kene restok baju dia. Pun tak boleh beli banyak. Badan cepat naik..

Sempat menyambar 2 helai 3/4 short, 2 helai t-shirt murah

Kami lepas tu bergegas pula mencari tempat untuk berbuka. Dekat food court jusco jek paling senang. Alhamdulillah selesai ramadhan untuk hari ini..

Kemudian kami singgah ke Bata pulak mencari kasut raya Tina.. huhu sekali la dengan mencari sandal raya mama. Abah takmo beli sandal katanya. Cuma mencari selipar biasa untuk dipakai pergi surau. Crocs yang ada dah nipis benar tapaknya. Dan di bata..semuanya kami jumpa apa yang diperlukan.

Penat!!
Itu je yang difikirkan.. nak balik berehat. Tina pun dah sibuk ajak balik.


Mama ada nak mencari sedikit barang lagi tapi tengok lah kalau rajin. kalau tak.. tak payah pun takpe la. Bukan kita pun yg nak beraya sangat. Tina la paling happy..sibuk cerita dengan atuk kisah mencari selipar dora yang tak jumpa.. huhu mama lupa la nak kat mana kita tengok selipar dora tu.. lain kali jumpa kita beli ye..

Penat sangat.. until my next post la ek...

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

beshnya dh siap shopping raya..kite ada lagi sket2 nak beli nih..kena tunggu hubby balik weken ni baru pi kot..=)

dieya said...

wah tina dah ready nak raya!
nak gak selipar dora yek.. nampaknya mama kena pegi jusco lagi skali ni.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...