"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, September 14, 2011

Aduhai.. Mama Tak Sanggup Tengok Tina Mcm Ni Sayang.. :(

Siyes, beberapa hari lepas mama kebah sikit dari demam. Tina dah mula tunjuk tanya nak demam.

Day 1:
Khamis

ini gambar malam pertama demam..



Badan Tina mula panas sejak lepas zuhur. Panasnya semakin petang semakin tinggi. Check guna termometer digital.. mencecah 38++. Kami dah risau. Jadi malam tu mama asyik la basahkan tuala letak kat dahi dia. Jap2 kang lap2 sket tangan & kaki. Pukul 3 pagi dia merengek lagi. Muka dia merah. Mama check suhu..alamak.. 39++ huh.. hati ni dah risau giler. Tapi abah tido. Sian nak kejut. Nak sekolah kan..

So mama bertahan tukar2 tuala basah kat dahi dia. Dengan harapan akan membantu turun. Tak sedar bila mama terlelap tapi yang pastinya mama terjaga bila alarm hp berbunyi pukul 5.45pagi



Day 2:
Jumaat

Bangun mcm biasa iron baju sekolah abah & buat air bekal. Sekejap tu Tina merengek. Mungkin tak selesa. Mak & abah mama temankan dia jap..urutkan kaki sampai dia terlelap.

Lepas abah gi sekolah jek mata mama betul2 mengantuk sampai pening. Mak & abah mama kata..tido la sekejap. Diorang tengokkan Tina.

Pukul 8 pagi mama terjaga. check kad klinik..rasanya klinik bukak kul 9. Mama kunci jam hp & tido balik sebab masa tu Tina tengah lena tido.

Kul 9 tepat mama terjaga. Bangun cuci muka & terus call klinik. Siap2 within half an hour..shoot terus gi klinik..




kat klinik pakar kanak-kanak chum..tun aminah




ubat-ubatan


Dokte Chum kata badan Tina terlalu panas & mintak izin untuk masukkan ubat montot. Jap jek dia masukkan.. tapi mama tak kasi Tina tengok..takut dia menronta-ronta pulak kang.

Balik dari klinik Tina tertidur dalam kereta. Berpeluh-peluh. Sampai kat rumah thought of dia akan ok sebab dia nampak ok dah tadi tu. Tapi sangkaan tu meleset sama sekali..

Mulai lepas asar jek Tina mula resah. badan dia kembali panas & dia merengek tak selesa. Mama sukat suhu..alamak..naik kembali ke paras 39++. Apalagi..kembali la basahkan tuala letak kat dahi, bagi makan ubat. dan Tina tido.

Setiap kali menyusu dia muntah..setiap kali makan pun muntah..cuma air masak je yang tak buat dia muntah. Dan dia hanya nak minum air teh..




Day 3 :
Sabtu

Pagi2 lagi mama kejut Tina. Ajak dia mandi & pakai baju bersih. Ajak dia jalan gi pasar. Kami beli barang sebab ada kawan abah nak datang beraya hari ahad.Lagipun makcik mama dari Bukit Tongkat pun memang nak datang beraya.. sekali lah..masak lebih sket.

Pas beli2 barang kat pasar Tina dah mulai pucat. Dia tak nak makan apa2 pun kan so dia agak lemah.. kami teruslah balik

Kebetulan malam tu ada kawan abah cakap nak datang beraya. Kami lari sekejap ke giant pulai beli karipap segera. tak sedap pulak orang datang beraya takde pape nak makan kan.. Tina kami tinggalkan dengan mak & abah mama sekejap. Masa balik mak mama kata Tina ada bangun sekejap..tepuk2 dia tido balik.

Masa keluar tu kami sempat ke guardian beli ubat montot, vicks & panadol soluble sekali sebab semua dalam rumah menunjukkan tanda2 nak demam..

Masa tetamu datang beraya pun Tina tido. tak sedar pun dia..

Malam tu Tina tido tak berapa lena. Badan & kepala dia panas giler. Apalagi..tuala basah lah seperti biasa. Tapi malam ni dia punya ragam kusmangat.. mencabar kesabaran seorang ibu.. :(


Ada hati nak menyusu..tapi bila menyusu akan muntah. Ada hati nak makan tapi belum setengah jam pun akan muntah sampai takde apa nak dimuntahkan.. sian sangat


Day 3:

Ahad


Pagi tu Tina elok sikit. .

Tengaharinya makcik mama sampai..dan Tina masa tu ok lagi. Masih mampu bermain-main.. :)

Lepas asar..ada satu family lagi datang..dan waktu tu lah Tina dah mula meragam sket. Mama pun tak selesa. Dia asyik nak berpeluk dengan mama.

Habis tetamu kat luar tu sian jugak kan. terpaksalah mama tinggal-tinggalkan. Sian sangat kat dia tapi terpaksa bahagi2 kan masa.. bila dia diam or tido..mama gi la layan tetamu..

Masa tetamu last datang tina dah tak boleh lagi nak tolak ansur dah. Kalau mama tak gi kat dia..dia akan nangis kuat2.. aduhai..

Tetamu pun seperti memahami.. diorang balik maghrib. Mama & abah siap2 bawak Tina gi urut badan. Sebab tetamu yang datang tu kata mungkin demam urat.. hmm..mungkin jugak lah..so bawak la gi urut..

Sebelum gi urut tu dah masukkan sebiji ubat montot sebab terlalu tinggi panas..

Blik urut je badan Tina dah tak panas sangat. Lepas makan ubat jek..dia terus tido lena. Sekejap2 jek dia bangun minum air teh & air masak..

So malam tu agak awal kami semua tido..letih tak terkata..Tina memang tak merengek sampai lah pagi sebab mungkin selesa kene urut badan..

Thats it..
huh..kita sambung next post..

1 comment:

SiTi said...

salam...ct slalunya klo anak demam ct x pkai kan baju @ sleeveless...kalau dah panas sgt mandikan dia...itu apa yg doc bgtau kat ct slama ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...