"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Friday, September 16, 2011

Sambungan N3 Tina Demam.. Part 2

Sambungan dari N3 Ini

Day 4:
Isnin


Abah sekolah kan..so mama dgn mak abah mama jek ada kat rumah. Tina nampak ok sket. Panas berkurangan tapi ada masalah lain pulak.. tengok gambar bawah ni..



see..bibir dia kering & pecah berdarah. Kesian sangat mama tengok. Inilah bahananya apabila panas dalam terlalu kuat.. mama kan selalu kena..mama tau la mcm mana sakitnya..






Dalam sakit pun masih ada hati nak bergambar-gambar. Ikutkan hati tak sanggup nak ambil gambar2 dia sakit ni tapi mama nak kongsi cerita dengan korang kan..kang takde gambar tak best lah..






Sian sangat sayang mama..




So hari isnin tu kitaorang cuma monitor suhu badan Tina jek. Dia pun tak mahu sangat menyusu. Sehari semalam ada la 2 kali..itupun cuma 4 oz setiap satu jek..jauh sangat bezanya dengan selalu kan.. sedih tau..

Abah dengan mak mama balik tengahari tu. Tinggallah kami berdua beranak jek kat rumah. Dengan Tina yang asyik nak baring jek.. dengan mama yang masih belum sihat sepenuhnya..kami rest jek. Alarm rumah mama on kan je sebab takut tertidur masa tepuk2 Tina.

Takde aktiviti pun.. teman Tina layan cd boboi boy & upin ipin raya sampailah dia tertidur..




Day 5 :
Selasa


Abah amik cuti sebab nak bawak Tina pegi puteri. Alhamdulillah sebab bila check dengan paed dia.. Tina dah tak demam lagi. Suhu badan dah normal. Paed kata tekak dia ok..kemungkinan ada jangkitan pada peti suara. So Tina tak mahu nak bercakap2 sangat sebab bila bercakap..peti suara bergetar..akan menimbulkan rasa sakit..

So paed kasi ubat untuk tekak. Balik dari puteri Tina request nak makan pizza tapi lepas separuh jalan dia dah tak mahu. Katanya nak tengok nenek (MIL) so kami bawak dia ke rumah nenek dia..

Malam tu balik dari rumah MIL..bagi Tina makan ubat & teman dia tidur..



Day 6 :
Rabu


Pagi-pagi lagi mama bangun & masakkan bubur nasi untuk Tina. Mama masakkan juga sup kentang tanpa minyak macam yang abah pesan pagi tadi. Dengan harapan Tina akan mahu manjamah makanan hari ini..


Dan alhamdulillah, Tina menghabiskan sesenduk bubur & sup kentangnya. Senangnya hati mama tengok dia makan. Mangkuk pertama ..mama suapkan. Mangkuk ke dua dia suap sendiri.. :)


Ini gambar si montel mama .. beransur sihat nampaknya.. mama rindu senyuman Tina sayang..






Sepanjang rabu Tina ok..Hopefully akan ok sepenuhnya nanti. Tapi khamis malam & jumaat badan dia kembali suam2. Bila mama check suhu..naik ke 37.4..dan dia mula cranky semula . Khamis malam dia tidur tak lena. Asyik mengigau setiap 15 minit sekali.. kesian sangat..

Mama cuba pasangkan yassin dari hp dan dia tidur ok la sekejap. Mama tak boleh nak lena sangat sebab Tina asyik menjerit-jerit..

Tapi alhamdulillah..seperti yang mama duga..sebaik sahaja azan subuh hampir berkumandang.. Tina tidur lena hingga ke pagi.

Mungkin ada "misteri nusantara" la kot sebab mlm khamis tu kami ke Nusa Idaman open house rumah cikgu sekolah abah.. hmm camner nak cakap ek? tapi mama dapat rasa ada benda tak kena la mlm tu..

So sekarang Tina ok sikit even badan dia suam.. batuk menjadi2..

Janganlah makin teruk..mama kesian la kat dia..


" Ya, Allah..sembuhkanlah puteri kami. Janganlah engkau biarkan dia melalui kesakitan terlalu lama Ya Allah..kasihanilah dia.. Amin"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...