"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, March 29, 2014

School Holiday March 2014 - 2nd day.. Perjalanan Mendaki Cameron Highlands

Selasa 25 Mac 2014

Jam 10 pagi kami check out dan bersarapan di sekitar hotel sahaja. Selesai sarapan kami terus gerak ke Giant dahulu untuk membeli sedikit keperluan & bahan makanan. Sebelum mendaki kami makan tengahari yang lewat di sebuah restoran di Tapah. Selesai makan.. sessi perjalanan mendaki diteruskan.

Sebab sebelum tu lagi dha membaca banyak blog tentang CH, mama dah dapat agak dah jalan ke Ch melalui Tapah ini akan mengundang pening, bintang2, burung2 semua keluar.. jadi mama awal2 dah sediakan bekas untuk muntah. 

Seperti yang diduga.. Tina muntah-muntah berkali-kali sehinggalah sampai di Ringlet. Mama pun tertewas juga.. keluar semua nasi makan lunch tu.. habis.. Kat Ringlet Tina dah lembik penat dek muntah jadi gerak dari Ringlet dia tidur. So dah tak muntah sehinggalah kami sampai di Cameron Valley Bharat Group.. Ladang teh la tu..

Layan scenery.. hijau sejauh mata memandang.. tenang je..









Ok.. tuan punya blog pulak bergambar.. rugi woo.. kene snap2 jugak..







Tak ada sessi membeli belah teh mana sesuai kan. Jadinya lepas minum teh kami masuk kedai membeli sedikit buah tangan.. Minum teh diatas ni dengan minum teh dirumah lain rasanya. Alhamdulillah merasa juga minum teh diladang teh CH..







Muka toya je sebab tadi kat jalan dah muntah2 bagai kan.. serabai je rasa tapi peduli apa.. hihi

Lepas membeli belah, abang ipar & family tunggu kami dikereta sementara kami menapak turun ke ladang teh snap2 gambar. Almaklum orang 1st time sampai kan.. tq tq tq lah kat dia sebab sudi menunggu kami selfie2 kat bawah tu huhu..














Momen2 ladang teh yang segar..




dengan gambar terakhir ini kami pun bergerak naik menuju ke apartment di kawasan Tanah Rata. Tiada insiden muntah lagi..

Dalam pukul 4 lebih ke pukul 5 kalau tak silap kami sampai di  D-1-1-9 Royal Lily Apartment, Tanah Rata. Apartment kepunyaan abang ipar yang sorang lagi.

Ingatkan lepas naik ke apartment tu petangnya kami nak turun jalan2 ke apalah kan. Memandangkan penat.. kami memasak simple2 dish kat apartment saja. Selesai makan & rehat sekejap.. baru kami decide nak turun tengok suasana malam di Tanah Rata. Turun ke deret-deret kedai-kedai tengok buah-buah kering, souvenir & benda paling penting setiap percutian.. Fridge Magnet! Heaven giler.. banyak jenis FM..

Makin malam..makin sejuk.. berstokin, bersweater, jeans lagi.. uuuhhh.. mencucuk tulang sejuknya. Kami pun balik lah sebab anak2 dah penat..

Sambung lagi..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...