"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, July 16, 2014

Crunchy Nestum Cookies - 1st Attempt

Tahun ni mama macam takde mood nak buat biskut-biskut bagai. Cuma dah dekat akhir-akhir ramadhan ni teringin nak buat biskut nestum.. sebab biasanya tiap2 tahun buat biskut nestum untuk kunyah-kunyah. Dan oleh kerana tak ada banyak bahan pelik..maka biskut nestum ni pilihan terbaik..hihi bahan semua ada kat umah je

Sebab apa suka biskut nestum? Sebab sweetheart & abah suka. Memang sedap makan especially baru2 bakar sehari dua. Harap-harap resepi yang dicuba kali ni sedap lah hendaknya fuh..fuh..hihi



Izinkan saya share resepi tu kat sini ye tuan blog Cute Oven, Small Kitchen

Crunchy Nestum Cookies


Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil

 Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
 4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.

5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit.

6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan

.7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Doh yang dikeluarkan dari peti ais


Bulat-bulatkan & golek dalam nestum


Susun atas dulang. Ni dulang pembakar nan hadoo.. susun atas tutup periuk je. Kertas kalis minyak pun takde, tabur tepung je

Cookies yang siap.. tapi macam terhangus sket. Terlebih masa gitu hihi


Penderhakaan, takde ceri.. letak smarties kunun. Saja nak cuba..

Mesti jadi punyalah walaupun korang 1st time nak buat cookies. Senang saja. Cuma rasa dia belum tau.. pose ni weh. Buka nanti baru boleh rasa :) 

Selamat mencuba ye


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...